Opponent : UNITEN
Pada 27 Februari 2011 , pasukan Sajoha Vikings telah dijadualkan untuk bertemu dengan pasukan Uniten sebagai pasukan away . Bertempat di padang Universiti Tenaga Nasional , perlawanan telah dimulakan tepat jam 4.13 petang .
Sajoha Vikings yang hanya berbekalkan 15 orang pemain telah diasak bertalu - talu oleh pemain Uniten , yang rata - ratanya pemain yang handal dan mempunyai fitness level yang tinggi . Namun kekentalan para pemain Vikings yang menunjukkan kesungguhan yang mantap telah bertahan dengan melakukan tackle - tackle yang solid , lantas menafikan percubaan pemain -pemain Uniten untuk mendapatkan try .
Setelah 80 minit beraksi , para pemain Sajoha Vikings melonjak gembira setelah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di Padang Uniten , dengan keputusan akhir perlawanan , SAJOHA VIKINGS 10 - 5 UNITEN .
Jutaan terima kasih diucapkan kepada player - player Vikings yang terlibat dan memberikan komitmen yang tinggi kepada pasukan ini :)
Sekian , TERIMA KASIH ^^
- Bidan Terjun -
dah lonjak-lonjak sebelum game..
ReplyDeleteexcited dah tau nak menang :D haha
ReplyDelete