Friday, July 24, 2009

SAJOHA Vikings vs INTEC


Salam perpaduan

Semalam (23 Julai 2009) telah diadakan perlawanan persahabatan antara SAJOHA Vikings dan INTEC UiTM bertempat di Shah Alam. Perlawanan ini adalah sebagai pemanas badan bagi pasukan SAJOHA Vikings dan INTEC yang akan menyertai dua pertandingan yang berbeza pada hujung minggu ini. Perlawanan ini dimulakan dengan perlawanan 10 sebelah yang mana telah dimenangi oleh pasukan SAJOHA Vikings. Disini jelas menunjukkan kematangan dan pengalaman adalah salah satu elemen penting bagi sebuah pasukan untuk memenangi sesuatu perlawanan. Walaupun INTEC terdiri daripada pelajar- pelajar lepasan SPM yang datang kebanyakan dari SBP, mereka tetap memberikan tentangan sengit. Ini dapat dilihat apabila mereka berjaya menembusi kubu SAJOHA Vikings untuk melakukan 'try' seawal minit pertama akibat kealpaan pasukan SAJOHA Vikings yang mungkin memandang rendah pada pasukan INTEC. Tersentak akibat itu, SAJOHA Vikings menggunakan segala kemahiran yang ada melalui gerakan cantik oleh Shidi dan Akmal yang membolehkan Bujal selaku 'fullback' melakukan 'try'. Bermula dari situ banyak 'try' yang berjaya dilakukan.

Bagi perlawanan 7 sebelah yang diadakan selepas itu yang berkeputusan seri menunjukkan kecergasan adalah aspek penting dalam permainan ragbi. Pemain-pemain SAJOHA Vikings kelihatan kurang cergas sewaktu melakukan larian2 atau pun set piece yang mana dapat dibaca oleh pihak lawan. Mata awal yang dipungut oleh INTEC yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi menunjukkan SAJOHA Vikings perlu melakukan sesuatu sewaktu latihan terutamanya aspek kecergasan. Walaupun begitu pengalaman yang dimiliki oleh SAJOHA Vikings berjaya melakukan beberapa 'try' melalui larian Bujal, Tajol, Che Kam dan Kitol seterusnya berjaya merapatkan jurang mata.

Perlawanan tamat sewaktu azan Maghrib berkumandang. Terima kasih kepada semua pemain2 yang hadir serta memberikan komitmen yang baik. Terima kasih juga kepada INTEC kerana sudi mengadakan perlawanan persahabatan bersama SAJOHA Vikings. Tidak dilupakan juga kepada Saudara Husin Mian (SPM 80) yang hadir memberikan sokongan.

Senarai pemain yang hadir :
Shidi, Akmal, Herwan, Yus, Pakwan, Tajol, Syawal, Rejab, Kitol, Che Kam, Kitol, Anep, Bujal, Bikai, Yoi, MatYen....(maaf jika ada tertinggal)
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

No comments:

Post a Comment