Sunday, May 17, 2009

May - Bulan Kelegaan


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Lama rasanya tak update blog ni. Ini kerana pada bulan Mei ini, sajoha vikings tidak menyertai mana-mana kejohanan setelah berakhirnya kejohanan Liga KRS pada penghujung bulan April lalu.

Aktiviti yang berlangsung pada bulan Mei ini hanyalah melibatkan perlawanan persahabatan dengan Subang Airbase, Pulapol, Bukit Aman dan UM. Disamping itu, kami juga tidak melepaskan peluang untuk membantu rakan-rakan kami di Liga Putrajaya dibawah pasukan Racoon.

Ini bagi memastikan tahap kecerdasan kami berada pada tahap yang sepatutnya dan bagi mengukuhkan lagi tahap permainan berpasukan, bagi menghadapi Liga ALUMNI pada bulan Jun ini.

Oleh itu, dijemput semua bekas-bekas pemain SMSJ untuk turun training pada setiap hari Sabtu di Padang Utara jam 5.30pm.

Boleh hubungi saya bagi sebarang pertanyaan.

Sekian.

herwan
016-326 1124
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

1 comment: