Monday, January 25, 2016

Kejohanan Ragbi ANSARA 10s 2016




Pada hujung minggu yang lepas telah berlangsung Kejohanan Ragbi ANSARA 10s bertempat di GMI Bangi. SAJOHA Vikings kali ini telah menghantar pasukan yang rata-rata pemainnya terdiri dari lepasan SPM 2015 sebagai persediaan bagi pemain pelapis untuk masa hadapan.

Untuk kejohanan edisi kali ini, SAJOHA telah diletakkan di dalam satu kumpulan bersama KUSSESS (SM Sains Kuala Selangor OB), STAROBA (STAR OB) dan ANSARA Balik Pulau OB. Berikut adalah jadual perlawanan.


Keputusan pada hari pertama adalah

SAJOHA   7 - 5 STAROBA
SAJOHA 14 - 5 KUSSES
SAJOHA 28 - 0 ANSARA Balik Pulau

Dengan keputusan tersebut, SAJOHA telah berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir bagi kategori Cup bagi hari kedua dan akan bertemu dengan ANSARA Kuala Klawang.

Hari kedua bermula dan tidak menjadi masalah bagi SAJOHA yang menduduki tempat kedua secara ranking pada hari pertama untuk menundukkan ANSARA Kuala Klawang yang menduduki ranking ke 7. Dengan kemenangan itu, SAJOHA telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir cup dan bertemu dengan STAROBA sekali lagi. 

Nasib tidak menyebelahi SAJOHA apabila terpaksa tewas kepada kekentalan semangat STAROBA yang ingin membalas dendam kekalahan hari pertama mereka. Dengan itu, berakhirlah perjuangan SAJOHA Vikings di Kejohanan Ragbi ANSARA 10s 2016 ini.

Berikut adalah senarai pemain bagi edisi kali ini.


1 Ucin

2 Sidal
3 Pisang
4 Stim
5 Sopek
6 Mat Lan Panda
7 Batang
8 Ayot
9 Pumba
10 Tenong
11 Tokak
12 Piko
13 Muaz
14 Mike
15 Jet
16 Katik


Presiden SAJOHA Vikings yang baru, Legend Dupa Waja Desa sedang memberikan kata-kata semangat kepada para pemain, sambil disaksikan oleh Bendahari SAJOHA Vikings, Tn Hj Fakhrul Akmal.





Mohd Herwan Sairon Web Developer

No comments:

Post a Comment