Wednesday, May 27, 2009

Friendly Match vs SMSJ - Kembali ke Sekolah


Salam,

Kembali ke sekolah! Itulah acara pada kali ini yang bertujuan untuk menguji mutu permainan adik-adik kita di SMSJ yang akan bertanding untuk pertandingan ragbi SBP 10s yang akan dikelolakan oleh SMSJ untuk tahun ini. Acara tersebut akan berlangsung pada cuti sekolah ini bermula 8 Jun hingga 10 Jun.

Sehubungan dengan itu, pihak SMSJ telah menjemput kami untuk menguji tahap permainan dan persediaan mereka. Di samping itu juga, ini adalah sebagai sebahagian dari persediaan kami bagi menghadapi Liga Alumni dan Kejohanan SMSS 10s pada bulan Jun ini.

Di harap kepada para Vikings, dapat hadir untuk memeriahkan acara ini. Berikut adalah jadual.

Lawan : SMSJ u-16
Tempat : Padang Bakti, SMSJ Kluang
Tarikh : 30 May - 31 May 2009
Masa : 2pm - sampai penat (30 May)
8pm - 3am --- Fly makan kedai mamak kat Tmn Intan
8am - sampai lapar (31 May)
2pm - Makan kat warung sains belakang Coro - skang maybe dah pindah ke bus stand baru..

Bagi yang berminat, pihak SMSJ telah sudi menyediakan asrama untuk kita (alasan pada pihak SMSJ: nak mengingat kembali nostalgia) - (alasan sbnr-tak cukup budget nak tido hotel)

Sekian, terima kasih.

herwan
016-3261124
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Sunday, May 17, 2009

May - Bulan Kelegaan


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Lama rasanya tak update blog ni. Ini kerana pada bulan Mei ini, sajoha vikings tidak menyertai mana-mana kejohanan setelah berakhirnya kejohanan Liga KRS pada penghujung bulan April lalu.

Aktiviti yang berlangsung pada bulan Mei ini hanyalah melibatkan perlawanan persahabatan dengan Subang Airbase, Pulapol, Bukit Aman dan UM. Disamping itu, kami juga tidak melepaskan peluang untuk membantu rakan-rakan kami di Liga Putrajaya dibawah pasukan Racoon.

Ini bagi memastikan tahap kecerdasan kami berada pada tahap yang sepatutnya dan bagi mengukuhkan lagi tahap permainan berpasukan, bagi menghadapi Liga ALUMNI pada bulan Jun ini.

Oleh itu, dijemput semua bekas-bekas pemain SMSJ untuk turun training pada setiap hari Sabtu di Padang Utara jam 5.30pm.

Boleh hubungi saya bagi sebarang pertanyaan.

Sekian.

herwan
016-326 1124
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer