Sunday, February 13, 2011

Liga Selangor : SAJOHA Vikings vs RSC Dalmatian


Pertandingan Liga Kesatuan Ragbi Selangor telah bermula pada hujung minggu ini dan pada tahun ini pasukan ragbi SAJOHA Vikings telah naik ke Divisyen 2 kejohanan dan ini adalah sesuatu yang amat membanggakan untuk sebuah pasukan yang agak baru dalam arena ragbi tanahair.

Pada perlawanan pertama, Vikings telah dijadualkan untuk bertemu dengan pasukan yang telah berada lama di dalam kancah arena ragbi iaitu Royal Selangor Club (RSC) Dalmatian, yang mana hampir keseluruhan pemain pasukan ini adalah mat saleh(cuma 2-3 orang je melayu, tu pun melayu celup).

Dengan berbekalkan saiz badan yang besar, seperti yang dijangkakan mereka telah bermain dengan menggunakan forward mereka. Dengan menggunakan kelebihan barisan backline yang laju, Vikings mula mengasak tetapi larian Pumba ditidakkan oleh saiz padang yang kecil (yup, padang ni memang kecik sikit, siapa yang pernah main di RSC akan tau, Padang B diorang kecik) Seperti biasa, Vikings berjaya mengekang mereka tetapi kekangan demi kekangan, akhirnya Vikings terpaksa memberikan Dalmatian 2 try di hujung padang hasil asakan forward mereka.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 10-0. Ketika separuh masa kedua bermula, Vikings cuba mengontrol permainan dan hasilnya, sebuah try berjaya dihasilkan oleh backline hasil cubaab Sopek. Beberapa pertukaran pemain dilakukan sebab ramai yang injured (hampir kesemua pemain forward). Ketika semangat Vikings mula memuncak, sebuah try yang tidak masuk ke dalam garisan try telah dihadiahkan oleh pengadil perlawanan (mat saleh RSC gak). Walaupun protes telah dilakukan oleh pemain, tetapi pengadil berkata "keputusan pengadil adalah muktamad".

Ini sedikit sebanyak telah melemahkan semangat Vikings, tetapi para pemain terus berjuang hinggalah berjaya memperolehi 5 mata lagi hasil try oleh Sopek lagi. Dan ini sedikit sebanyak menerbitkan rasa semangat dan rasa boleh dalam diri pemain. Dan Vikings terus bermain dengan penuh semangat di dalam padang Dalmatian sehingga waktu permainan tamat.

Keputusan penuh, Vikings kalah kepada Dalmatian, 10-20.

Jumpa lagi pada minggu hadapan, Vikings telah dijadualkan untuk bertemu dengan pasukan Mat Saleh lagi iaitu Bintang RC di Alice Smith International School, Seri Kembangan pada hari Ahad (20/2) jam 5 pm.

Sekian, herwan melaporkan dari USJ, Subang Jaya.
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer