Tuesday, July 5, 2011

Pertembungan Pahlawan Purba


::: 11 Jun 2011 :::

Perlawanan liga ragbi diteruskan dengan perlawanan warriors , SAJOHA VIKINGS VS KUSESS BARBARIAN .

Perlawanan pada hari Sabtu itu telah dimulakan lebih kurang pada pukul 4 petang . Perlawanan ini berlangsung seperti perlawanan biasa , saling menyerang dan diserang . Semuanya berjalan dengan lancar , namun , selepas beberapa pertukaran pemain dilakukan pada penghujung 2nd half , berlaku satu insiden yang boleh dianggap kelakar -,- . Semasa pengadil memanggil bahagian forward untuk perform scrump , didapati pemain Sajoha telah mempunyai spare part , di mana bahagian forward mempunyai 10 orang pemain ( sepatutnya 9 ketika scrump ) . Selepas Mat Lan Jr . memilih untuk keluar , barulah permainan diteruskan seperti sediakala .

Moral ? Tak tahu , decide sendirilahh :)

Perlawanan ini berakhir dengan kemenangan Sajoha Vikings . Keputusan perlawanan : SAJOHA VIKINGS 15 - 8 KUSESS BARBARIAN .

Ucapan terima kasih kepada semua pemain yang terlibat :) LONG LIVE VIKINGS !!!

Sekian , terima kasih .

Yang Melaporkan ,
- Bidan Terjun -
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

1 comment: