Sunday, December 1, 2013

Kejohanan Ragbi Combat 10s 2013


Baba & Boy

Pada 23 dan 24 November yang lalu, SAJOHA Vikings telah menyertai Kejohanan Ragbi Combat 10s anjuran Universiti Tun Hussein Onn yang berlangsung di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. 

Sebanyak 2 pasukan telah kami daftarkan bagi kejohanan ini bagi memberikan lebih peluang kepada pemain untuk bermain. 




Pada hari pertama, SAJOHA Vikings berjaya menduduki tempat kedua kumpulan E dan Vikings Old Boys juga berjaya menduduki tempat kedua kumpulan F. Pada malam hari pertama, makan malam yang bersifat tempatan iaitu Nasi Beriyani Gam telah ditaja oleh Cik Faridah Mahmood aka Singa(SPM 2001), hasil tangan ibunda beliau, dan tidak terkecuali kek untuk kami. Terima kasih kami ucapkan kepada seluruh ahli keluarga beliau yang amat sporting melayan kerenah kami. 
Maskot SAJOHA Vikings bersama kek ucapan tahniah

Maskot SAJOHA Vikings menyuap kek kepada ibunda Singa
Tompok bersama Singa

Bergambar setelah kenyang di nasi beriyani gam

Pada hari kedua, dengan kejohanan yang agak carca marba dan agak tidak teratur, SAJOHA Vikings telah melayakkan diri ke suku akhir bowl dan menang ke atas pasukan dari Pasir Gudang Thundercats manakala Viking Old Boys juga melayakkan diri ke suku akhir bowl dan menang ke atas Universiti Malaysia Kelantan.  

Dengan kemenangan di peringkat suku akhir itu, SAJOHA Vikings dan Vikings Old Boys telah dijadualkan untuk bertemu di peringkat separuh akhir bowl. Perlawanan yang diadili oleh pengadil yang juga bekas pemain ragbi SMSJ itu, telah menjadi perhatian umum kerana semua SAJOHA berada di atas padang. (LOL). Perlawanan yang lebih bersifat panas badan itu, telah memberi laluan kepada pasukan SAJOHA Vikings yang juga sebagai pasukan A untuk mara ke akhir bagi bertemu dengan sebuah pasukan dari Selangor iaitu Blackwolf 19 (Bekas pelajar Sek Men Seksyen 19, Shah Alam).

Tompok dan Baba sebelum perlawanan separuh akhir

Berbekalkan pengalaman dan bimbingan dari saudara Aizuddin Sulaiman aka Itik selaku jurulatih bagi kejohanan tersebut, SAJOHA Vikings dengan mudah berjaya mengalahkan Blackwolf 19 dan seterusnya menjuarai kategori bowl bagi Kejohanan Combat 10s 2013. 

Secara keseluruhannya, kesemua pemain amat berpuas hati dengan kejohanan pada kali ini keranan objektif utama telah tercapai iaitu sebagai pengerat kembali silaturahim dan apa yang penting ialah semua gembira.

https://www.avantlink.com/affiliate_app_confirm.php?mode=generate-js&application_id=258677
Herwan Web Developer

Monday, November 18, 2013

QF Alumni Championship : SAJOHA Vikings vs HSKOBA Ostrich


Pada 17 November 2013, Ahad (semalam la tu) telah berlangsung perlawanan peringkat suku akhir bagi Kejuaraan Alumni yang telah menemukan 2 musuh tradisi iaitu SAJOHA Vikings dan High School Klang Old Boys Association (HSKOBA) Ostrich.

Perlawanan yang bermula tepat jam 530 petang itu telah dimulakan dengan asakan demi asakan dari barisan forward Ostrich dan permainan hanya berlangsung di bahagian padang Vikings, hinggalah akhirnya kesilapan Vikings memberikan penalti kepada Ostrich di garisan 22 di hadapan post. Kesempatan itu diambil oleh Ostrich untuk mengambil 3 mata pertama mereka.

Asakan yang bertalu-talu Ostrich telah membuatkan pemain Vikings seakan belum tersedar dari lamunan hinggalah kesilapan barisan backline Vikings membuat kesilapan demi kesilapan dan kesempatan itu diambil oleh Ostrich untuk mendapatkan try pertama mereka.

Kedudukan kekal 8 Ostrich dan 0 Vikings hinggalah wisel separuh masa pertama ditiup.

Separuh masa kedua bermula dengan pertukaran beberapa pemain Vikings dan selepas kata dua dari Itik di masa rehat, permainan Vikings di separuh masa kedua agak tersusun sehingga berjaya mendapatkan try pertama oleh Belahaq berhampiran post. Conversion disepak mudah oleh Sidal dan kedudukan sekarang Vikings 7 - 8  Ostrich.

Tidak mahu mengalah, Ostrich membuat serangan yang bertalu-talu dan mendapat try kedua mereka tetapi conversion tidak dapat disepak kemas oleh mereka membuatkan kedudukan Vikings 7 - 13 Ostrich. Semangat juang yang tinggi Vikings tidak mudah dilunturkan oleh pihak lawan dan hasilnya Vikings telah diberikan penalti dan sepakan penalti berjaya dihasilkan oleh Sidal.

Ketika kedudukan berada pada Vikings 10 - 13 Ostrich, hujan lebat turun membasahi bumi Bangi. Vikings terus mula mengasak untuk cuba mencari peluang. Kemasukan Enal @ Ramli MU mula menampakkan kerancakan permainan di bahagian backline dengan larian-larian yang berdaya saing dan akhirnya Ostrich terpaku dengan larian Enal, ketika permainan berbaki 2 minit, yang seterusnya menghasilkan try yang dicari-cari berhampiran goal post. Conversion kick dengan mudah disepak oleh Sidal.

Kedudukan sehingga tamat perlawanan, Vikings menang dengan skor 17 berbalas 13 dan seterusnya akan bertemu dengan OPA (Old Putra Assc - RMC Old Boys) pada peringkat separuh akhir yang dijadualkan pada 30 November ini.

Terima kasih kepada semua pemain, supporters dan penaja yang sudi turun memberikan sokongan dan jenaka tepi padang untuk hiburan hujung minggu.

Sekian laporan minggu ini.

*Pemain : Mat Lan Senior, Sam, Afif, Itik, Wak On, Belahaq, Wan Jay, Yoi, Megat Kecik, Nuek, Bakh, Member Sidal, Gopeng, Ucin, Medan, Shopek, Pumba, Ayie, Katak, Sidal, Rebok, Enal @ Ramli MU, Adam, 
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Wednesday, June 19, 2013

Annual General Meeting..


    Bertempat di opis asmahadi @ mantot pada sabtu lepas 15/6/2013 pihak sajoha vikings telah mengadakan general meeting yg ke 2.. Thanks to itik,taliban,aman,shidi,mat lan,herwan,ayom kerana sanggup bgn pagi tuk datang meeting.... Semua ahli yg hadir telah membincangkan perkara yg berbangkit dgn serius dan penuh semangat  (ala2 parlimen)..


Geng2 vikings yg hadir

        Antara agenda yg dibincangkan
  1. Perlantikan Ajk baru
  2. Pembentangan kewangan (ade duit ker? hahah)
  3. Halu tuju club utk tahun depan
  4. Kebajikan player

        

Naib Presiden yg baru sedang memikirkan mase depan club...

         Meeting yg dijangkakan berakhir pada tengah hari terpaksa dilanjutkan ke petang oleh kerana byk isu2 hangat yg hendak dibincangkan sambil menghirupkan teh o dan biskut bentuk beruang (thanks to mantot)..to adam sorry x dpt pg kenduri ko..ktorang meeting abes nak dekat kul 3 lebih..


     Yg benar
- ex player crusaders-



         



SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer