Tuesday, April 14, 2009

Liga KRS : Vikings ke Final Cup!


Salam,

Alhamdulillah, penyertaan kali pertama Vikings di dalam Liga KRS telah berjaya memberi impak kepada arena ragbi apabila berjaya ke final bahagian cup. Walaupun sepatutnya bertemu UNITEN Thunders di separuh akhir, tetapi atas sebab tidak mempunyai pemain yang mencukupi, mereka terpaksa memberikan kemenangan percuma kepada kami.

Walaupun laluan ke final nampak mudah, tetapi kami tidak akan memandang rendah keupayaan lawan dalam final. Berikut adalah detail bagi perlawanan final kelak.

Lawan : UPM Angel
Hari : Ahad (19 April 2009)
Masa : 4.30 pm
Tempat : Padang Ragbi A, UPM (Fakulti)

Dijemput semua hadir bagi memeriahkan dan memberikan sokongan kepada para pemain. Kami mengharapkan doa anda semua.

Sekian,

Blood, Sweat & Glory

Terima kasih,
Herwan
016-326 1124

SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Saturday, April 4, 2009

LIGA KRS: MINGGU KEENAM


KRS DIAMOND 1

CUACA HUJAN PETIR GANGGU JADUAL PERLAWAANAN MINGGU KE 6.

Cuaca hujan petir yang melanda Lembah Klang pada petang Sabtu dan Ahad menyebabkan 2 perlawanan yang dijadualkan di padang Utara, di tangguhkan.

STORMS yang semakin mantap permainan mereka selepas mengharungi 5 perlawanan sebelum ini, mengejutkan pendahulu liga BIB dengan keputusan seri 3 - 3 di padang Jalan Utara pada petang Sabtu selepas hujan lebat. Pengadil Carmen Seeto yang memulakan perlawanan sedikit lewat, mengawal permainan dengan baik. BIB yang mendahului dengan sepakan penalti di minit ke 15, disamakan kedudukannya oleh Storms diminit ke 20. Permainan yang banyak berkisar di tengah padang ini ditamatkan dengan kedudukan terikat 3 - 3.
Pada petang Ahad di padang yang sama, perlawanan di antara SMS Old Boys dan JLJ Jr terpaksa ditangguhkan apabila keadaan cuaca tidak mengizinkan. Selepas SMS Old Boys mendapat try pertama di minit ke 17, pengadil perlawanan Zulkarnain Manan memaklumkan beliau terpaksa menangguhkan perlawanan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. namun selepas 30 minit, keadaannya tidak banyak berubah dan permainan terpaksa di tangguhkan.
Sementara di padang Kem Sg Buloh, RMR Warrior meneruskan kecemerlangan mereka minggu lalu dengan memenangi perlawanan menentang pasukan pilihan, Cobra Stings dengan skor 36 - 10. Kecemerlangan pasukan senior mereka yang bermain dalam Liga Super KRM pada hari Sabtu tidak dapat memberi inspirasi untuk mereka menidakkan kecekapan RMR yang tampak semakin mantap dalam mengharungi Liga KRS pada tahun ini.
KRS DIAMOND 2
ExAngels sudah mula dapat mengumpulkan pemain utama mereka untuk turun menentang pasukan MAS Cougars di padang UPM Serdang pada petang Sabtu. Menggunakan pengalaman bermain di pelbagai peringkat sebelum ini, ExAngels memperolehi beberapa try mudah untuk menundukkan Cougars dengan keputusan 48 - 11.
Sementara di padang UiTM Shah Alam pada petang Ahad, pasukan UiTM Lions yang mendahului dengan kedudukan 27 - 12 ke atas MBSA sebelum perlawanan ditamatkan oleh pengadil perlawanan Ahmad Sham di separuh mas ke dua, kerana rusuhan para penyokong ke dalam padang, diistiharkan pemenang oleh KRS.
KRS GOLD 1
UPNM SMOOKIES hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk memastikan kejuaraan Liga KRS Gold 1 milik mereka apabila dengan mudah menundukkan SDAR Lions di padang UPNM Sg Besi pada petang Ahad. Bekas pemain kebangsaan, Tan Tai Fat yang diamanatkan untuk mengadili permainan selepas pengadil yang dilantik tidak hadir, mengawal permainan dengan baik dan permainan berkesudahan dengan kedudukan Smookies 32, SDAR Lions 12.
Dan pasukan yang bakal mencabar Smookies minggu hadapan, KL Gunners menghadapi sedikit rintangan dari pemain-pemain XLions sebelum mengesahkan kemenangan tipis mereka di padang UiTM Shah Alam pada awal petang Ahad. Gunners menang 33 - 25.
Sementara di padang Utara, pada waktu yang sama, pasukan HSKOBA memadam harapan D'Montel untuk menduduki 4 tempat teratas liga apabila membenam DMontel dengan keputusan 24 - 00.
Dan perlawanan di antara STJOB Warriors dan Bangi Tractors terpaksa ditangguhkan kerana cuaca tidak mengizinkan pada awal petang sabtu di padang Utara.
KRS GOLD 2A
SAJOHA mengesahkan kedudukan mereka sebagai Juara Kumpulan A KRS Gold 2 apabila lawan mereka SOBRA gagal hadir ke padang pada perlawanan awal petang Sabtu. Dengan kemenangan itu, SAJOHA mendapat mata penuh dari 5 perlawanan yang mereka tempuhi.
Sementara pasukan Cobra Jr mengesahkan kedudukan mereka di tempat ke 2, apabila berjaya menundukkan ANSARA dengan keputusan 14 - 00 di padang Utara pada perlawanan awal petang Ahad.
KRS GOLD 2B
Kunjungan UPNM Smookies Jr ke Sabak Bernam pada hari Sabtu dirasakan berbaloi apabila mereka dengan mudah menundukkan pasukan tuan rumah PSIS Falcon dengan keputusan 35 - 5.
Dan dalam perlawanan terakhir kumpulan ini, RSC Dalmatian memastikan kemenangan berpihak kepada mereka selepas berjaya menundukkan Rawang Lycan dengan keputusan 46 - 05 dipadang RSC Bukit Kiara.
KEPUTUSAN PENUH MINGGU KE 6
KRS DIAMOND 1
1. BIB RAMA drw STORMS - (3 - 3)
2. RMR WARRIOR bt COBRA STINGS - (36 - 10)
3. SMS OLD BOYS vs JLJ Jr - postponed
KRS DIAMOND 2
1. EX-ANGELS bt MAS COUGARS - (48 - 11)
2. UITM LIONS bt MBSA - (27 - 12)
KRS GOLD 1
1. HSKOBA bt DMONTEL - (24 - 00)
2. UPNM SMOOKIES bt SDAR LIONS - (32 -12)
3. KL GUNNERS bt XLIONS - (33 - 25)
KRS GOLD 2A
1. COBRA Jr bt ANSARA - (14 - 00)
2. SAJOHA w/o SOBRA - (28 - 00)
KRS GOLD 2B
1. UPNM SMOOKIES Jr bt PSIS FALCONS - (35 - 05)
2. RSC DALMATIAN bt RAWANG LYCAN - (46 - 05)
RANKING PASUKAN MINGGU KE 6
KRS DIAMOND 1
M M S K Sk K B M Rank
RSC DOG 4 3 0 1 85 26 59 10 3
SMS OLD BOYS 5 2 1 2 77 133 -56 10 5
JLJ Jr 4 0 1 3 23 64 -41 5 7
KPD TIGERS 4 0 0 4 12 118 -106 4 8
COBRA STINGS 4 3 0 1 77 43 34 10 4
BIB RAMA 6 3 2 1 121 63 58 14 1
STORMS RC 6 1 2 3 22 95 -63 10 6
RMR WARRIORS 5 4 0 1 152 27 125 13 2
KRS DIAMOND 2
M M S K Sk K B M Rank
EX-ANGELS 4 1 0 3 65 113 -48 4 8
MOR 4 1 0 3 46 54 -8 6 6
MAS COUGAR 6 0 0 6 30 192 -162 6 7
RSC BULLDOG 5 4 0 1 101 61 50 13 2
UITM LIONS 6 6 0 0 167 34 133 18 1
6 RANGER 3 2 0 1 78 37 41 7 5
MBSA 5 3 0 2 84 55 29 11 3
BINTANG RC 4 2 0 2 39 49 -10 8 4
KRS GOLD 1
M M S K Sk K B M Rank
HSKOBA 6 4 0 2 154 60 94 14 2
BANGI TRACTORS 4 1 1 2 44 54 -10 7 6
D'MONTEL 5 0 1 4 28 124 -96 5 7
STJOB WARRIORS 4 0 0 4 9 133 -124 4 8
SDAR LIONS RC 5 2 0 3 42 103 -61 9 5
X-LIONS 6 2 0 4 108 140 -32 10 4
UPNM SMOOKIES 6 6 0 0 185 43 142 18 1
KL GUNNERS 4 4 0 0 129 38 91 12 3
KRS GOLD 2A
M M S K Sk K B M Rank
OPA RUGBY 4 1 0 3 62 135 -73 6 5
TEORA 4 1 0 3 70 73 -3 6 4
ANSARA 4 2 0 2 113 87 26 8 3
SAJOHA 5 5 0 0 178 44 134 15 1
COBRA Jr 5 4 0 1 244 61 183 13 2
SOBRA 4 0 0 4 10 277 -267 3 6
KRS GOLD 2B
M M S K Sk K B M Rank
UPM ANGELS 5 5 0 0 142 34 108 15 1
UNITEN THUNDERS 5 4 0 1 79 48 31 13 2
PSIS FALCONS 5 1 0 4 34 136 -102 7 5
RSC DALMATIANS 5 3 0 2 116 51 65 11 3
UPNM SMOOKIES Jr 5 2 0 3 86 52 34 9 4
RAWANG LYCAN 5 0 0 5 18 154 -136 5 6
JADUAL PERLAWANAN MINGGU KE 7
Week
Date
Day
Time
Div.
Venue
Teams
VS
Teams
7
4-Apr
SAT
5.30PM
D1
KIARA
DOG
KPD
5-Apr
SUN
5.30PM
D1
UTARA
JLJ Jr
SMSOB
4-Apr
SAT
5.30PM
D1
UTARA
STINGS
BIB
4-Apr
SAT
5.30PM
D1
SG BULOH
STORMS
RMR
7
4-Apr
SAT
5.30PM
D2
UPM
EX-ANGELS
MOR
5-Apr
SUN
5.30PM
D2
UITM
LIONS
RANGER
4-Apr
SAT
5.30PM
D2
SUBANG
MBSA
BINTANG
7
5-Apr
SUN
3.30PM
G1
UTARA
HSKOBA
TRACTORS
5-Apr
SUN
5.30PM
G1
SMT S.ALAM
D'MONTEL
STJOB
5-Apr
SUN
3.30PM
G1
UITM
SDAR
X-LIONS
5-Apr
SUN
5.30PM
G1
UPNM
SMOOKIES
GUNNERS
7
4-Apr
SAT
2.30PM
G2A
UTARA
OPA
SOBRA
7
4-Apr
SAT
4.00PM
G2A
UTARA
TEORA
ANSARA

Nota. 1:
1. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, jadual perlawanan minggu ke 7 akan disusun semula mengikut kesesuaian. Ianya akan dikeluarkan pada hari Selasa 31hb March 2009.
Nota. 2:
1. Jadual perlawanan bagi kumpulan KRS GOLD 2 -
Perlawanan peringkat akhir adalah "cross-over" di antara 2 pasukan teratas mengikut ranking. Mereka akan bermaian dalam play-off semifinal dan yang menang akan mara ke perlawanan akhir kategori masing-masing (Cup, Plate & Bowl).
Perlawanan adalah seperti berikut:-
1.1. CUP - R1 G2A vs R2 G2B
- R2 G2A vs R1 G2B
1.2. PLATE - R3 G2A vs R4 G2B
- R4 G2A vs R3 G2B
1.3. BOWL - R5 G2A vs R6 G2B
- R6 G2A vs R5 G2B
2. Jadual Perlawanan pusingan akhir bagi Liga KRS D1, D2 dan G1 akan diumumkan selepas selesai pusingan liga.
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer