Saturday, June 27, 2009

SMSJ Di COBRA 10s


Salam,

Untuk pengetahuan semua, adik-adik kita akan bertanding di dalam Kejohanan CIMB-COBRA 10s 2009 anjuran COBRA Malaysia pada hari ini (27 Jun 2009) dan esok (28 Jun) bertempat di Padang Utara @ Padang Astaka, Petaling Jaya.

Perlawanan pada hari ini ialah pada jam 10 pagi, 1 tgh dan 3 ptg.

Di harap semua dapat hadir untuk memberikan sokongan kepada pasukan sekolah. Saya juga akan berada di sana untuk memberikan sokongan dan juga kerana hanya sepelaung je dari rumah saya.

Hubungi saya jika ada apa-apa pertanyaan.
Jumpa di sana!

terima kasih,

herwan
016-326 1124
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Saturday, June 20, 2009

Kejohanan SMSS 10s Qualifying Round


Salam semua,

SAJOHA Vikings akan bertanding di dalam kejohanan SMSS 10s anjuran Sains Selangor Old Boys Rugby pada SABTU & AHAD ini bertempat di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, Kuala Lumpur.

Dijemput semua hadir bagi memeriahkan majlis dan memberikan sokongan.

Bagi yang tak dapat cari kat mana kitorang akan berada esok,cari banner Sekolah Menengah Sains Johor Alumni (SAJOHA).

Jumpa di sana!!

herwan
016-326 1124
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Thursday, June 4, 2009

Kembali ke SMSJ – SERONOK!



-->
-->
Hari Pertama
Pada hujung minggu yang lalu, seperti yang telah dijadualkan, pasukan SAJOHA Vikings telah berkunjung ke SMSJ untuk perlawanan persahabatan dengan pasukan SMSJ bawah 16. Perlawanan persahabatan itu bertujuan sebagai persediaan adik-adik kita menghadapi Kejohanan Ragbi SBP 10s pada 8-11 Jun ini dengan SMSJ sebagai tuan rumah.
Bagi pihak SAJOHA Vikings pula, perlawanan persahabatan itu adalah bagi tujuan untuk persediaan menghadapi Kelayakan Kejohanan SMSS 10s pada 20-21hb Jun ini dan juga Kejohanan Liga Alumni bermula 7hb Jun ini.
Perjalanan kami bermula seawal petang Jumaat dan kami tiba di SMSJ lebih kurang jam 10 malam. Pihak SMSJ telah bermurah hati untuk menyediakan tempat penginapan kami di Asrama Putera dan ini banyak mengimbau kenangan lampau kami dengan kisah-kisah hantu dan kisah-kisah lama yang lain.
Hari Kedua
Bangkit seawal jam 6.00 pagi, kami berkesempatan berjemaah Subuh bersama-sama para pelajar SMSJ yang rata-rata masih belum pulang untuk cuti sekolah kerana menghadapi kelas persediaan. Selepas itu, kami juga bersama-sama para pemain ragbi SMSJ turun ke padang untuk latihan ringan dan memberikan tunjuk ajar kepada mereka, hingga ke jam 10 pagi.
Selepas berakhirnya latihan ringan itu, kami bersama-sama Cikgu Sahnizam telah bersarapan pagi bersama sambil bertukar-tukar idea bagi memantapkan lagi pasukan ragbi SMSJ. Kami bercadang untuk makan tengahari di Warung Sains, tetapi hampa kerana kedai tersebut tutup.
Tepat jam 3 petang, pasukan SAJOHA Vikings telah bersiap-sedia untuk turun ke padang bagi perlawanan persahabatan yang pertama. Beberapa muka baru yang tinggal di sekitar Johor telah sudi untuk turun padang. Perlawanan tersebut agak sengit dengan pemain-pemain SMSJ yang agak fit dan laju telah beberapa kali mengasak kubu kami. Tetapi pengalaman kami ternyata amat berharga dan kami berjaya menewaskan mereka dengan hanya berbekalkan pengalaman.
Perlawanan yang berlangsung selama beberapa set itu telah berakhir sehingga jam 7 petang dan dengan rasa penat yang amat sangat, kami telah pulang ke bilik asrama. Walaupun terasa penat yang amat sangat, kami berkesempatan mencuri masa untuk meronda-ronda di Bandar Kluang yang terasa amat berbeza pembangunannya sejak 10 tahun lepas.
Selepas pulang ke asrama semula, kami berkesempatan untuk berbual-bual dan beramah mesra untuk lebih mengenali adik-adik kita di SMSJ dan berkongsi pengalaman kami dengan mereka. Itu juga adalah sebahagian dari agenda kami untuk pulang ke SMSJ.
Hari Ketiga
Hari ketiga kami juga dimulakan seawal jam 6 pagi. Bangkit dalam keadaan yang amat penat kerana tidur lewat pada malam sebelumnya, kami mulakan hari ketiga ini dalam keadaan lemah. Perlawanan dimulakan seawall jam 8 pagi dengan barisan muka baru yang rata-rata tiba pada malam sebelumnya dari KL. Perlawanan tersebut berlanjutan sehingga jam 10 pagi dan terpaksa ditangguhkan kerana Cikgu Hashim Markom terpaksa ke JB bagi menghadiri kenduri kahwin saudaranya.
Bagi menunggu jam 5 petang untuk perlawanan seterusnya, Presiden SAJOHA (En Nazri Safar) telah mengambil kesempatan untuk meninjau keadaan surau SMSJ bagi memantau keadaan persekitaran surau tersebut yang memerlukan bantuan dari pihak SAJOHA.
Perlawanan terakhir bermula jam 5 petang sebanyak 3 set dan terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat. Dengan berakhirnya perlawanan tersebut, maka berakhirlah jelajah kembali ke SMSJ oleh SAJOHA Vikings. Perlawanan pada petang itu telah diakhiri dengan ucapan dari Mohd Herwan Sairon selaku Pengurus Pasukan SAJOHA Vikings dan juga Mohd Narshidi Mohd Nor selaku Jurulatih pasukan SAJOHA Vikings. Cikgu Hashim Markom juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SAJOHA Vikings atas kesudian kami untuk turun ke SMSJ bagi perlawanan ini dan atas bimbingan dan tunjuk ajar kami serta atas kesudian kami berkongsi untuk pengalaman kami kepada mereka.
Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada jam 9 malam, dan kesempatan ini diambil oleh kami untuk singgah di Melaka bagi makan malam (nasi lauk asam pedas – power!).
Dengan berakhirnya jelajah kembali ke SMSJ ini, beberapa tujuan utama kami telah terlaksana dengan jayanya. Berikut adalah antara tujuan jelajah ini :
· Untuk persediaan SMSJ menghadapi Kejohanan SBP 10s pada 8-11 Jun ini
· Untuk memberi tunjuk ajar, bimbingan dan berkongsi pengalaman dengan adik-adik kita di SMSJ
· Untuk memberitahu kepada adik-adik kita, bahawa satu pasukan ragbi telah sedia ada untuk mereka selepas mereka habis persekolahan di SMSJ.
· Sebagai persediaan SAJOHA Vikings menghadapi Liga Alumni yang bermula 7 Jun ini
· Sebagai persediaan SAJOHA Vikings menghadapi sesi kelayakan SMSS 10s pada 21 Jun ini
· Untuk mengeratkan lagi silaturahim antara pasukan SAJOHA Vikings di KL dan SAJOHA Vikings di Johor.
Sekian, terima kasih.
Laporan oleh,
Mohd Herwan Sairon
016-326 1124
sajoha.vikings@gmail.com
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Monday, June 1, 2009

SAJOHA Vikings Match Schedule for 2009


Tarikh Hari Masa Lawan Tempat Kejohanan
7 June, 2009 Ahad 5.30PM STJOB Warriors Pdg Utara Liga Alumni - Kebangsaan
14 June, 2009 Ahad 5.30PM STJOB Warriors Pdg Utara Liga Alumni - Liga
20 June, 2009 Sabtu SMSS, Cheras SMSS 10s - Kelayakan
21 June, 2009 Ahad SMSS, Cheras SMSS 10s - Kelayakan
27 June, 2009 Sabtu 5.30PM ASAS Alam Shah, Putrajaya Liga Alumni - Liga
11 July, 2009 Sabtu SMSS, Cheras SMSS 10s - Akhir
12 July, 2009 Ahad SMSS, Cheras SMSS 10s - Akhir
18 July, 2009 Sabtu 5.30PM HSKOBA Pdg Utara Liga Alumni - Liga
1 August, 2009 Sabtu Pdg Utara Alumni 7s
2 August, 2009 Ahad Pdg Utara Alumni 7s
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer