Wednesday, November 4, 2009

SAJOHA Vikings JOHAN TEMENGGUNG Liga Alumni Kebangsaan


Salam perpaduan...salam 1Malaysia...

Final Piala Temenggung (Kebangsaan)
venue: Padang Universiti Malaya (UM), PJ
tarikh : 31 Oktober 2009
JOHOR Sajoha vs PAHANG Exsas


SAJOHA Vikings meneruskan rentak kecemerlangan bagi 2009 apabila melangkah masuk ke final setelah menang percuma ke atas pasukan MCOBA di separuh akhir. Dengan ketiadaan beberapa pemain tonggak yang bermain untuk Piala Presiden, tidak mampu menghalang api kemaraan pemain SAJOHA Vikings untuk merebut Piala Temenggung.

Perlawanan bermula agak garang apabila sepak mula diambil oleh SAJOHA Vikings. Kesempatan diambil oleh pemain SAJOHA Vikings untuk merobek pertahanan Exsas yang bermain hanya 13 orang pada 15 minit pertama. Rempuhan keras oleh Itik yang disambung oleh Pakwan dan Belahak hampir memberikan mata awal kepada SAJOHA Vikings. Exsas yang banyak bertahan pada mulanya terus melancarkan serangan dengan sepakan ke arah belakang "backlines" SAJOHA yang hampir memecah kebuntuan.

Kesempatan untuk SAJOHA Vikings datang apabila Syafarid(Ayom) berjaya melakukan "punt" dan disambar semula seterusnya berjaya menghantar bola pada Bujal untuk "try" pertama SAJOHA. Rentak permainan bertambah garang dengan rempuhan keras oleh Kitol dan larian bertenaga Bujal dan Punba untk "try" kedua dan ketiga. Separuh masa tamat dengan 17-0 didominasi oleh SAJOHA Vikings.

Kemasukan Faiz Alias dalam pasukan Exsas merubah rentak permainan mereka. "Tactical" yang dikemudi oleh pemain Lions ini berjaya merapatkan jurang mata kepada 17-10 apabila "backlines" Exsas mendapat 2 "try" akibat kealpaan pertahanan SAJOHA Vikings. Kad kuning yang diberikan kepada Azari (Burn) menambah derita SAJOHA Vikings yang menggunakan segala kudrat yang ada untuk bertahan dan melakukan rempuhan keras oleh Itik dan Kitol untuk cuba merobek ke garisan 22 Exsas. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada SAJOHA Vikings dengan mata 17-10.

Terima kasih kepada semua pemain-pemain SAJOHA Vikings yang memberikan komitmen dan persembahan yang bertenaga sepanjang perlawanan. Juga diucapkan kepada Exsas yang memberikan tentangan sengit sepanjang perlawanan akhir ini. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir memberikan sokongan seperti Akmal, Nazri(Ayer)dan peminat-peminat sukan ragbi tanahair. Penghargaan kepada individu-individu (SAJOHA) yang sudi menaja jersi, minuman dan peralatan sukan kepada SAJOHA Vikings seperti Kak Shahida, Syafarid dan mereka -mereka yang nama tidak mahu disebutkan. Semoga berjumpa di edisi Liga Alumni Kebangsaan 2010.TERIMA KASIH!!

Senarai pemain di perlawanan akhir (maaf jika terlepas pandang):

Rebuk, Itik, Anas, CheMat, Sukun, Pakwan, Sinchan, Ariq, Belahak, Burn, Ayom, Kude, Matyen, Kitol, Bujal, Usop, Punba, Wakhon, Rejab, Mamut, Yus, Bikai dll.


p/s : masih ada lagi kejohanan liga Alumni. Kejohanan di atas adalah bagi peringkat kebangsaan di mana SAJOHA Vikings adalah wakil bagi negeri Johor.

Perlawanan seterusnya adalah bagi merebut Piala Sukeri (macam Piala Malaysia la senang cakap). Ini terjadi selepas kejohanan Liga tamat pada sebelum puasa hari tu di mana SAJOHA Vikings telah memenangi Liga Alumni Div 1 Bhgn 1.

untuk keterangan lanjut, boleh layari website liga alumni di www.ligaalumni.com


SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

No comments:

Post a Comment