Tuesday, July 5, 2011

VIKINGS benam OPA


::: 3 Julai 2011 :::

Bertempat di Padang Perindu , UiTM Shah Alam , jadual perlawanan menemukan Sajoha Vikings dan OPA . Perlawanan dimulakan lewat kerana menunggu kehadiran para pemain . Selepas lebih 30 minit daripada waktu sepatutnya , pengadil meniup wisel untuk memulakan perlawanan . Seawal 5 minit pertama , Pisang telah dikeluarkan kerana pelanggaran yang berlaku dalam padang telah menyebabkan luka sepanjang 4 jahitan di mukanya . Mat Lan Jr . dimasukkan bagi mengganti tempat Pisang .

Asakan demi asakan dilakukan . Try pertama diperoleh hasil permainan cantik Sajoha Vikings . Conversion berjaya dilakukan oleh Kuda . Selepas beberapa ketika permainan , satu lagi peluang muncul untuk melakukan penambahan mata untuk pasukan Sajoha . Namun , gagal kerana kecuaian . Separuh masa pertama tamat dengan score 7 - 0 .

Separuh masa kedua bermula . Pasukan Sajoha Vikings melakukan beberapa pertukaran pemain , antaranya memasukkan Kitol sebagai prop , Taliban sebagai fullback dan Sidal sebagai fly half . Berlangsunglah separuh masa kedua antara Vikings dengan Opa . Sekali lagi kubu Opa diasak , namun , kesilapan yang dilakukan telah menyebabkan Sajoha dikenakan penalti lebih 10 kali sepanjang perlawanan . Banyak peluang menambah mata lebur begitu sahaja .

Satu demi satu percubaan Opa untuk mendapatkan try berjaya dihalang . Walau bagaimanapun Opa berjaya menembus kubu pertahanan Sajoha setelah dihadiahkan penalti 5 meter daripada garisan try Sajoha . Masih Sajoha mendahului kerana Opa tidak berjaya menambah 2 point menerusi conversion .

Vikings meneruskan asakan untuk menjadikan kedudukan mereka selesa . Usaha mereka membuahkan hasil apabila berjaya menambah 2 try lagi untuk pasukan Sajoha Vikings . Keputusan kekal hingga wisel penamat ditiup oleh pengadil . Keputusan akhir perlawanan : SAJOHA VIKINGS 17 - 5 OPA .

Yom yang telah ditackle oleh pemain OPA , menjadi pening lalat sehabis game ini .

" .....tk ingat apa jd masa ujung game.. bila naek keta smpai puchong bru 100%.. konpius urat kepala aku ni.. "

Begitulah ujar Yom ketika ditanya mengenai kepeningan itu .

Tahniah dan terima kasih atas kesudian para pemain dan semua yang memberikan komitmen anda kepada pasukan SAJOHA VIKINGS :)

Sekian daripada saya ,

- Bidan Terjun -
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

2 comments: