Monday, July 18, 2011

Sekitar ANSARA 7's lagi ...


::: Merupakan sambungan , sila baca post sebelum ini untuk maklumat lanjut . Terima kasih :) :::

.... sungguh mendebarkan buat kedua - dua pasukan kerana keputusan perlawanan ini akan menentukan sama ada meneruskan pertandingan dalam kategori cup ataupun plate . Walaupun nama ASJATI jarang , atau mungkin tidak pernah melalui gegendang telinga kami , namun ternyata bantuan pemain mereka yang handal telah membuat diri pemain Sajoha tersentak sama sekali . Gabungan larian daripada backline mereka dengan handoff daripada bahagian forward telah menundukkan Sajoha dengan 3 try berbalas 1 .

Kekalahan perlawanan menentang ASJATI mengheret Sajoha VIKINGS untuk bermain menentang OPA bagi meneruskan saingan dalam merebut tempat final plate . Bahasa mudah bagi kategori perlawanan ini ialah semi - final plate . OPA dengan mudah menumpaskan pasukan Sajoha VIKINGS , sekali gus menyingkirkan pasukan ini daripada meneruskan perjuangan . Hard luck setelah para pemain menunjukkan komitmen yang harus diberikan pujian ketika bermain perlawanan ini .

Keputusan penuh , VIKINGS tersingkir semi - plate .

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Ansara 7's bagi pasukan Vikings .

Sekian ,

- Bidan Terjun -
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

1 comment: