Wednesday, December 9, 2009

SAJOHA Viking MELANGKAH KE PERLAWANAN AKHIR


SAJOHA Viking sekali lagi meneruskan rentak kecemerlangan apabila berjaya melangkah ke peringkat akhir dalam Kejuaraan Alumni 2009 setelah berjaya menewaskan KYSER ( alumni KYS) di peringkat separuh akhir pada 5 Disember yang lepas. Sebelum itu SAJOHA Viking telah menewaskan OPA (alumni MTD) di peringkat suku akhir.

Pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Padang Utara, PJ, barisan 'forward" yang diketuai oleh Samsul (Bunga) selaku scrumhalf berjaya mengkucar kacirkan pertahanan KYSER. Asakan oleh Itik, Tajol dan Nazri (Ayer) tidak mampu ditahan oleh KYSER yang dikemudi oleh Fahrin Ahmad (Sehati Berdansa) selaku No.8. Mata pertama SAJOHA Viking diperolehi melalui gerakan oleh Kitol yang memberikan laluan kepada Tajol untuk melakukan 'try' dibawah tiang gol lawan. KYSER memperolehi 3 mata percuma apabila sepakan penalti yang diambil masuk melepasi tiang gol SAJOHA.

Babak kedua bertambah rancak apabila beberapa pertukaran dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Sinchan yang bermain cemerlang sebagai 'flanker' terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan pergelangan kaki yang agak serius. Namun semangat pemain SAJOHA Vikings tidak luntur. 'Forward' SAJOHA Vikings bermain secara rapat dan banyak melakukan 'moul' yang mengkucar kacirkan 'forward' KYSER. Kombinasi antara 'forward' dan 'backlines' menyebabkan Punba dan Enal yang bertindak selaku 'winger' berjaya menghasilkan 2 'try' untuk menjauhkan lagi jarak dengan KYSER.Enal yang melakukan larian dari garisan 10 SAJOHA Vikings berjaya meloloskan diri utk 'try' diiringi aksi akrobatiknya. 'Try' terakhir pada petang itu diperolehi oleh KYSER setelah pemain SAJOHA Viking agak keletihan. Mata kekal 26 - 10 shingga wisel penamat ditiup.

Tahniah kepada kesemua pemain dan pengurusan SAJOHA Vikings kerana melangkah ke perlawanan akhir Kejuaraan Alumni 2009. Terima kasih atas komitmen yang diberikan sepanjang perlawanan ini. Ribuan terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi hadir dan seterusnya memberikan sokongan kepada SAJOHA Vikings. Ucapan terima kasih juga kepada saudara Ahmad Suhaimi (SPM 92), Faisal@ Tebu (SPM 94), Hafizan@ MatLan (SPM 96) dan Saldi Daud(SPM 01) yang datang dari P.Pinang Johor semata-mata untuk bermain bersama SAJOHA Vikings. Jutaan terima kasih kepada individu yang sudi menaja pasukan SAJOHA Vikings.

Senarai pemain(maaf jika terlepas pandang):

Ayer, Rebuk, Itik, Tajol, Pakwan, CheMat, Bunga, Kude, Sinchan, MatLan, Gaban, Sukun, Belahak, WakHon
Syuk, Kitol, Khai, Punba, Hatta, Enal, Ayom,Mail Tompok, Daud, Jack, Rejab, Bikai

TACKLE..PASS..RUN..RUN...........TRY.!!!
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

1 comment: