Sunday, December 1, 2013

Kejohanan Ragbi Combat 10s 2013


Baba & Boy

Pada 23 dan 24 November yang lalu, SAJOHA Vikings telah menyertai Kejohanan Ragbi Combat 10s anjuran Universiti Tun Hussein Onn yang berlangsung di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. 

Sebanyak 2 pasukan telah kami daftarkan bagi kejohanan ini bagi memberikan lebih peluang kepada pemain untuk bermain. 




Pada hari pertama, SAJOHA Vikings berjaya menduduki tempat kedua kumpulan E dan Vikings Old Boys juga berjaya menduduki tempat kedua kumpulan F. Pada malam hari pertama, makan malam yang bersifat tempatan iaitu Nasi Beriyani Gam telah ditaja oleh Cik Faridah Mahmood aka Singa(SPM 2001), hasil tangan ibunda beliau, dan tidak terkecuali kek untuk kami. Terima kasih kami ucapkan kepada seluruh ahli keluarga beliau yang amat sporting melayan kerenah kami. 
Maskot SAJOHA Vikings bersama kek ucapan tahniah

Maskot SAJOHA Vikings menyuap kek kepada ibunda Singa
Tompok bersama Singa

Bergambar setelah kenyang di nasi beriyani gam

Pada hari kedua, dengan kejohanan yang agak carca marba dan agak tidak teratur, SAJOHA Vikings telah melayakkan diri ke suku akhir bowl dan menang ke atas pasukan dari Pasir Gudang Thundercats manakala Viking Old Boys juga melayakkan diri ke suku akhir bowl dan menang ke atas Universiti Malaysia Kelantan.  

Dengan kemenangan di peringkat suku akhir itu, SAJOHA Vikings dan Vikings Old Boys telah dijadualkan untuk bertemu di peringkat separuh akhir bowl. Perlawanan yang diadili oleh pengadil yang juga bekas pemain ragbi SMSJ itu, telah menjadi perhatian umum kerana semua SAJOHA berada di atas padang. (LOL). Perlawanan yang lebih bersifat panas badan itu, telah memberi laluan kepada pasukan SAJOHA Vikings yang juga sebagai pasukan A untuk mara ke akhir bagi bertemu dengan sebuah pasukan dari Selangor iaitu Blackwolf 19 (Bekas pelajar Sek Men Seksyen 19, Shah Alam).

Tompok dan Baba sebelum perlawanan separuh akhir

Berbekalkan pengalaman dan bimbingan dari saudara Aizuddin Sulaiman aka Itik selaku jurulatih bagi kejohanan tersebut, SAJOHA Vikings dengan mudah berjaya mengalahkan Blackwolf 19 dan seterusnya menjuarai kategori bowl bagi Kejohanan Combat 10s 2013. 

Secara keseluruhannya, kesemua pemain amat berpuas hati dengan kejohanan pada kali ini keranan objektif utama telah tercapai iaitu sebagai pengerat kembali silaturahim dan apa yang penting ialah semua gembira.

https://www.avantlink.com/affiliate_app_confirm.php?mode=generate-js&application_id=258677
Herwan Web Developer

No comments:

Post a Comment