Sunday, April 18, 2010

PERTEMBUNGAN 2 'PAHLAWAN' : VIKINGS TUMBANGKAN WARRIORS


Venue : Padang Astaka, PJ.
Masa : 17.04.2010 (3.30 p.m)

Kemaraan Vikings untuk mencari kemenangan disaat Liga KRS hampir ke penghujungnya tidak dapat dibendung apabila Warriors kali ini menjadi mangsa kerakusan Vikings. Warriors yang merupakan alumni SMS Tuanku Jaafar dipaksa berhempas pulas menahan asakan berterusan daripada pemain Vikings. Walaupun Warriors mendahului dengan 5-0 di minit awal permainan, semangat Vikings yang tidak pernah mengenal erti putus asa sedaya upaya melakukan hentaman- hentaman keras oleh barisan forward dan larian-larian bertenaga oleh backlines. Dengan secara keseluruhan taktik yang dikawal oleh Daun selaku scrumhalf berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Warriors. Akhirnya Bujal yang bermain diposisi winger berjaya memperolehi try pertama setelah menerima hantaran cantik oleh Pumba.Vikings yang bersemangat lebih tinggi selepas try pertama meneruskan rentak permainan yang bertenaga. Kali ini giliran Awal Lalola menghasilkan try setelah berjaya menembusi forward Warriors melalui hentaman keras. Try ketiga sebelum wisel separuh masa pertama mengukuhkan lagi kedudukan Vikings ke atas Warriors.

Separuh masa kedua menyaksikan permainan dikawal sepenuhnya oleh Vikings. Kemasukan Kitol,Bonzer, Tajol dan Kude menjadikan permainan Vikings bertambah lebih menarik. Dengan barisan backlines yang jarang melakukan kesilapan semasa hantaran menambah derita buat Warriors. 2 try oleh Bujal dan 1 try oleh Pumba yang mempunyai kelebihan larian kencang mengukuhkan lagi kedudukan Vikings. Warriors yang cuba menyusun gerakan untuk mendapatkan mata telah dinafikan oleh pertahanan Vikings yang kental. Bunge yang masuk menggantikan Mat Lan diposisi flanker hampir menghasilkan try tetapi dinafikan selepas bola itu fumble dihadapan goal-post. Peluang datang buat Kude selepas Warriors yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan-22 mereka, berjaya mengelirukan 2 orang pemain Warriors untuk try di penjuru padang. Try terakhir oleh Pisang sebelum wisel penamat dibunyikan menambah derita Warriors. Perlawanan dimenangi oleh SAJOHA Vikings dengan mata 50 berbalas 5.

Ucapan tahniah diucapkan kepada pemain-pemain Vikings dengan komitmen dan kesungguhan untuk mencapai kemenangan. Segala keringat peluh berbalas walaupun sebelum ini Vikings pernah kalah pada 2 pertemuan sewaktu Liga Alumni 2009. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Saudara Adili Abu Samah (FIRST ENDURANCE), Pn.Shahida dan individu-individu yang tidak dapat dinyatakan kerana kesudian menaja pasukan Vikings sepanjang penglibatan pasukan ini dalam sukan ragbi. Ribuan terima kasih juga kepada peminat-peminat yang hadir menyaksikan perlawanan pada petang tadi termasuklah Saudara Azari (Burn), Saudara Asmadi (Mantot), Saudara Jai Ghani (SPM/MCE 1982) dan semua yang hadir. Teruskan menyokong SAJOHA Vikings.

Senarai pemain (maaf jika terlepas pandang):

Rebuk, Bikai, Awal Lalola, Tajol, Bonzer, Shidi, Bunga, Daun
Mat Lan, Abadi, Wan J, Akmal, Sopek, Kitol, Pumba, Bujal,
Khai, Hatta, Kude, Pisang

-Setiausaha Kehormat-
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

2 comments:

  1. apsal name yen x de nie..

    ReplyDelete
  2. sape yen?td plaayer name yen...even mat yen pn x pnh ade..haha

    ReplyDelete