Monday, April 5, 2010

Sajoha VIKING (3) vs UPM ANGLES (5)


Venue : UPM, Serdang
Kick-off : 04.04.2010 (5.00 pm)

Vikings meneruskan perjuangan di Liga KRS berbekalkan semangat tinggi selepas menang ke atas Royal Ranger minggu lepas untuk menumpaskan UPM Angels pada minggu ini. Sepak mula oleh Akmal menyaksikan Vikings terus mengasak ke kawasan-22 Angles. Vikings menggunakan kekuatan forward melakukan beberapa ruck dan moul untuk mengawal kawalan bola tapi berjaya ditangkis oleh Angles yang mempunyai skil tackle yang kemas. Viking terus mengasak menerusi gandingan backline antara Pumba dan Bujal yang berhempas pulas untuk cuba merobek backline Angels tetapi hampa kerana tiada kesudahan yang menarik akibat beberapa gerakan yang sudah dibaca oleh pemain lawan. Peluang datang apabila Pumba berjaya meloloskan diri di penjuru padang untuk try yang pertama tetapi dinafikan oleh pengadil selepas hantaran yang dilakukan oleh Taliban ke Pumba dianggap forward pass walaupun kesalahan itu tidak berlaku. Separuh masa pertama tamat tanpa sebarang mata oleh kedua-dua pihak.

Separuh masa kedua menyaksikan beberapa pertukaran pemain dan juga strategi dilakukan untuk meneruskan kemaraan Viking.Kemasukan Kude, Syawal, Kitol dan Bobo berjaya mengubah rentak permainan Viking dengan lebih kemas. Hasilnya Akmal berjaya melakukan drop goal pada minit ke-60 untuk Viking mendahului dengan mata 3-0. Angles menyusun gerakan dan sering melakukan sepakan ke kawasan-22 Viking yang memaksa Viking untuk kerap berlari naik dan turun dari kawasan-22 untuk bertahan. Angles memperolehi try pertama di hujung padang selepas winger berjaya meloloskan diri dari kawalan Hatta walapun hantaran yang diterima sebelum itu adalah forward pass. Ini menyebabkan pemain Viking tidak berpuas hati dan keadaan tegang seketika. Situasi dapat diredakan oleh kapten Viking. Kedudukan kekal sehingga wisel penamat dengan Viking tewas kepada Angles dengan mata 3-5.

Terima kasih kepada pemain-pemain di atas komitmen yang diberikan sepanjang perlawanan berlangsung. Teruskan usaha untuk memperolehi kemenangan di perlawanan akan datang. Jutaan terima kasih kepada En. Adili Abu Samah (First Endurance) kerana menaja t-shirt dan juga minuman kesihatan EFS kepada pemain Vikings. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada DTP Development Sdn.Bhd dan individu yang memberikan sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit, pakaian, masa dan juga idea-idea untuk menaikkan nama SAJOHA VIKING dalam arena sukan ragbi di Malaysia. Terima kasih juga kepada penonton dan penyokong yang sudi hadir menyaksikan perlawanan pada petang itu khasnya kepada senior- senior SMS Johor yang hadir seperti Saudara Ahmad Suhaimi, Saudara Dupa Waja Desa serta mereka yang mungkin melihat dari jauh. Diharap kehadiran anda dapat menyemarakkan lagi api semangat pemain-pemain Sajoha VIKING.

Senarai pemain (maaf jika terlepas pandang):

Rebuk, Bikai, Tompok, Mat Lan '96, Bonzer, Wakhon, Mat Lan '09, Belahak, Shidi
Akmal, Syuk, Taliban, Pumba, Bujal, Hatta, Kuda, Kitol, Syawal, Bobo
Badin, Pisang, Rejab, Anas, Azraf


- setiausaha-
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

No comments:

Post a Comment