Friday, April 2, 2010

Liga KRS : SAJOHA vs Royal Ranger


Assalamu’alaikum & salam sejahtera,

Tarikh : 28 Mac 2010
Masa : 6 Petang
Tempat : Padang Utara, Petaling Jaya.

Bagi perlawanan yang ketiga untuk Liga KRS ini, SAJOHA Vikings telah dipertemukan dengan pasukan yang tidak pernah kalah lagi setakat ini iaitu ROYAL RANGER. Perlawanan yang sepatutnya bermula jam 5 petang itu terpaksa ditangguhkan hingga ke jam 6 petang atas faktor kelewatan pengadil perlawanan.

Sepak mula dimulakan oleh pasukan Royal Ranger, dan seawal minit ke 5, mereka telah mengasak kubu SAJOHA dan mereka berjaya menghasilkan try yang pertama di hujung padang. Tidak puas dengan try pertama itu, sekali lagi mereka mengasak dengan kelajuan yang bertubi-tubi ke arah kubu SAJOHA dan berjaya memperolehi try di bawah goal post.

Ketinggalan 12-o, SAJOHA mula bangkit dari lamunan dan cuba mengasak melalui barisan forward dan seterusnya berjaya memperolehi try yang pertama melalui larian Bujal. Degann corak permainan yang sama juga, SAJOHA sekali lagi memperolehi try yang kedua melalui larian zapin Kuda. Walaupun ketinggal 12-10, para pemain tidak mengenal erti kekalahan dan kedudukan ini terikat hingga ke separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula, dengan SAJOHA mengubah strategi permainan dengan meletakkan Kitol di bahagian forward. Tetapi kepantasan dan stamina pemain lawan, tidak dapat ditandingi oleh pemain SAJOHA dan ini terbukti dengan 2 lagi try yang mereka perolehi. Walaupun begitu, kami telah cuba mengawal permainan di bahagian forward dan hasilnya kami berjaya mengejar mata dengan corak permainan yang lebih kemas dan teratur.

SAJOHA mendahului dengan 32 berbalas 31, tetapi pasukan lawan tidak pernah jemu melakukan larian-larian solo yang laju, tetapi tidak ada apa yang boleh melawan kekuatan berpasukan SAJOHA. Hinggalah ke saat-saat akhir, SAJOHA mendapat penalti di bawah post dan sepakan penalti berjaya disempurnakan oleh Akmal.

Mata akhir – SAJOHA 35 – 31 Royal Ranger.

Terima kasih diucapkan kepada para pemain & mereka-mereka yang hadir memberikan sokongan, dan juga kepada mereka-mereka yang selama ini menyokong kami di sebalik tabir (you know who you are)..

Terima Kasih.

-herwan-
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

No comments:

Post a Comment