Monday, April 26, 2010

Viking jinakkan Lion


Venue : Padang Astaka, P.J
Masa : 25.04.2010 (330 p.m)

Perlawanan terakhir Vikings di Liga KRS Divisyen 3 pada petang tadi menyaksikan pertembungan sengit antara SAJOHA Vikings dan SDAR Lions. Perlawanan ini boleh dianggap sebagai pertembungan sengit kerana kedua-dua pasukan merupakan musuh tradisi sejak di era persekolahan. Sebaik wisel dibunyikan, kedua-dua pasukan mula mengasak melalui hentaman-hentaman keras dan larian-larian kencang dari kedua-dua pasukan. Berbekalkan semangat juang tinggi, Viking menyusun gerakan-gerakan dari bahagian forward untuk cuba masuk ke kawasan-22 Lions. Ini seterusnya berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Lions dan memberikan ruang kepada backlines untuk cuba mendapatkan try dengan larian oleh bertenaga oleh Bujal. Walaubagaimana pun, gerakan ini dinafikan oleh fullback Lions yang sememangnya berpengalaman melalui tackle yang kemas. Lions juga seringkali merobek ke kawasan-22 Vikings dan hampir-hampir memperolehi try tetapi kesilapan-kesilapan seperti fumble menafikan peluang Lions untuk mendapatkan try. Peluang Vikings datang apabila Shidi yang bermain diposisi scrumhalf berjaya memperdayakan pemain Lions selepas mengeluarkan bola dari rucking untuk try pertama di separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan Lions lebih bersemangat dan mengatur gerakan dengan lebih tersusun dengan kombinasi antara forward-backlines. Rentak permainan yang lebih laju oleh Lions membuatkan pertahanan Viking mula terkucar-kacir. Inside-center Lions berjaya menembusi backlines Vikings setelah terlepas dari kawalan Matlan Jr untuk larian lebih 20 meter sebelum dihalang oleh Bujal. Pemain Lions yang sempat mengeluarkan bola dari ruck sebelum Vikings kembali dari posisi ofsaid terus melakukan hantaran untuk try oleh Lions mendahului 7-5. Tersentak dengan try itu, Vikings menggandakan asakan melalui rempuhan oleh Chekam dan Tajol serta pengalaman oleh Shidi yang memberikan ruang untuk Kude berlari masuk ke kawasan-22 Lions. Scrum diberikan oleh pengadil di minit-minit terakhir selepas fullback Lions fumble membuka peluang Vikings untuk mendapatkan try. Akhirnya dengan kepantasan larian dan set-piece menarik oleh backlines memberikan ruang kepada Bujal untuk mendapatkan try terus dibawah goal post Lions. Wisel penamat oleh pengadil megesahkan kemenangan Vikings dengan mata 12-7.

Terima kasih kepada semua pemain-pemain SAJOHA Vikings di atas komitmen yang diberikan sepanjang perlawanan berlangsung amnya dan khususnya juga sepanjang penglibatan SAJOHA Vikings di Liga KRS 2010. Harapan semua semoga semangat yang ditunjukkan oleh anda dapat diteruskan lagi di musim 2011. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada First Endurance, Pn. Shahida Rizwan, alumni SMSJ dan individu yang tidak dapat dinyatakan kerana telah menaja pasukan ini di sepanjang Liga KRS 2010 berlangsung. Dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi inilah yang kita perlukan bagi menaikkan semula nama SAJOHA Vikings di kancah arena ragbi amatur di Malaysia. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang menyokong dan menonton perlawanan setiap kali SAJOHA Vikings beraksi di padang. Dengan semangat dan sokongan daripada anda semua menaikkan semangat kepada pemain-pemain SAJOHA Vikings untuk terus beraksi dan memberikan aksi yang terbaik tanpa mengenal erti putus asa. Semoga berjumpa lagi di Liga KRS 2011 dengan aksi yang lebih menarik dan semangat juang yang lebih tinggi bagi menyahut seruan kerajaan menjadikan sukan sebagi teras perpaduan rakyat. TERIMA KASIH!!!!

Senarai pemain :

Wak On, Azahan (Abun), Syawal, Wan J, Im, Matlan 96, Bikai, Belahak, Shidi
Akmal, Matlan Jr, Pumba, Sopek, Taliban, Bobo, Kude, Bujal, Kitol, Chekam
Rebuk, Pisang, Petak, Ajis, Karak
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

No comments:

Post a Comment