Sunday, April 11, 2010

Liga KRS : Thunders lemas di UNITEN


Venue : Padang ragbi UNITEN, Bangi
Masa : 5.00 pm (10.04.2010)

SAJOHA Vikings menebus kehampaan setelah tewas pada perlawanan sebelumnya kepada UPM Angels. Sebaik wisel dibunyikan, Vikings terus mengasak dengan menggunakan sepenuh kekuatan forward yang diketuai oleh Daun. Hentaman oleh Tajol, Bonzer dan Syawal memaksa barisan forward Thunders bertahan seawal minit permainan. Selepas hampir 10 minit, Vikings berjaya memperolehi try selepas Tajol melakukan larian di penjuru padang dan conversion disempurnakan oleh Akmal. Vikings tidak menunggu lama apabila sekali lagi Tajol berjaya menembusi pertahanan Thunders dan melakukan try berdekatan goal post. Tersentak dengan 2 try oleh Vikings, Thunders mula menyusun strategi dan menyerang menggunakan backlines terus ke arah Vikings. Thunders memperolehi try pertama selepas berjaya mencuri bola dari Vikings dan terus melakukan larian kencang untuk try di bawah goal post.

Separuh masa kedua menyaksikan perlawanan dalam keadaan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Akibat kealpaan pertahanan Vikings, Thunders memperolehi try seterusnya dan conversion berjaya disempurnakan oleh pemain Thunders. Asakan berterusan oleh Vikings berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Thunders dan peluang hadir apabila Bujal yang bermain posisi fullback berjaya memperdayakan backlines Thunder untuk try ke-3 dan ke-4 Viking. Kemaraan Vikings tidak dapat dikekang oleh Thunders dan Daun berjaya menghasilkan try ke-5 dan conversion berjaya disempurnakan oleh Akmal. Kemasukan Kuda selaku pemain gantian di posisi winger ternyata berbaloi apabila dia berjaya melakukan larian kencang untuk try terakhir pada petang itu. Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Vikings dengan mata 36 berbalas 14.

Terima kasih diucapkan kepada semua pemain Vikings atas komitmen yang diberikan terutama sekali kepada Daun, Tajol dan Syawal yang kembali kepada pangkuan Vikings untuk menguatkan lagi pasukan SAJOHA Vikings. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Saudara Adili Abu Samah (FIRST ENDURANCE) yang hadir menyaksikan perlawanan pada petang itu dan membekalkan minuman berkhasiat EFS. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Puan Shahida, Saudara Ayum, Saudara Ahmad Suhaimi dan individu-individu lain yang tidak dapat dinyatakan kerana menaja pakaian, peralatan, makanan dan sokongan moral kepada pasukan SAJOHA Vikings. Teruskan berjuang SAJOHA Vikings!!

Senarai pemain (maaf jika terlepas pandang):

Tajol, Bikai, Syawal, Wak On, Bonzer, Shidi, Belahak, Daun,
Akmal, Syuk, Bunge, Nyai, Bujal, Pisang, Kitol, Kude, Rebuk, Rejab

-Setiausaha Kehormat SAJOHA Vikings-
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

No comments:

Post a Comment