Sunday, March 1, 2009

SAJOHA vs COBRA Jr.


Pada hari Ahad(22/02) yang lepas, bertempat di Padang Utara, PJ telah berlangsung perlawanan sulung membabitkan SAJOHA Vikings di dalam Liga Selangor. Vikings telah bertemu dengan pasukan COBRA Jr untuk perlawanan sulung tersebut. Di dalam keadaan cuaca hujan yang kadang kala renyai, tapi tak terlalu lebat, perlawanan dimulakan dengan sepakan mula oleh pasukan COBRA. Pasukan COBRA telah mendapat mata pertama melalui sepakan penalti hasil conversion mereka.

3 mata pertama tersebut tidak mematahkan semangat juang kami dan ini terbukti apabila Akmal (SPM 94) berjaya merapatkan kedudukan dengan sepakan conversion yang cantik melalui sepakan penalty juga. Perlawanan bertambah sengit apabila Vikings berjaya melakukan try pertama dan sepakan conversion berjaya disempurnakan oleh Akmal dan dengan ini telah menjarakkan kedudukan Vikings dengan score 10-3.. COBRA juga telah mengasak kembali kubu Vikings yang dengan 1 try tetapi tidak berjaya untuk conversion. Vikings masih lagi mendahului dengan 10-8 hingga COBRA meloloskan diri untuk try kedua mereka di bawah post dan conversion mudah dilakukan dan ini telah meletakkan mereka dihadapan dengan mata 10-15 hingga tamat separuh masa pertama.

Beberapa perubahan pemain dilakukan untuk separuh masa kedua dan pemain bermain dengan semangat juang yang tinggi untuk memperolehi try yang cantik oleh Burn(SPM98) dan dengan mudah Akmal melakukan conversion yang memang superb macam Jimmy Wilkinson (player England tu masa diorg menang world cup dulu). Hasilnya, Vikings kembali mendahului dengan 17-15 tetapi kami masih lagi tidak berpuas hati dengan score ini dan terus-terusan menyerang kubu lawan dan hasilnya try ketiga berjaya diperolehi dan seperti biasa, Akmal berjaya melakukan sepakan conversion dengan jayanya.

Score ini tidak berubah hinggalah tamat masa permainan dengan keputusan muktamad 24-15 dan kemenangan ke atas COBRA ini secara tidak langsung telah memberikan kesan psikologi kepada pasukan lain yang akan menentang kami kelak.

Terima kasih diucapkan kepada para pemain dan penyokong yang hadir walaupun dalam keadaan hujan. Terima kasih juga kepada ahli-ahli SAJOHA yang telah memberikan sumbangan dan derma ikhlas (Pn Shahidah & rakan, Pn Hawa, SPM 98,Zulhairi Ibrahim, Norsham SPM 94, Ayom SPM 94, Akmal SPM 94, Rosli SPM94, Adib SPM94, Dr Rosli, dan juga Tuan Pengerusi SAJOHA sendiri) kerana dengan sumbangan tersebut, kami telah berjaya mendapatkan satu set jersi yang cantik untuk perlawanan sulung ini. Terima kasih juga kepada ahli-ahli SAJOHA yang lain yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk kami.

Terima kasih semua.

p/s: perlawanan seterusnya pada 1 March ini di Padang Kem Sg Besi bertemu OPA (RMC Old Boys) jam 3pm. Dijemput semua hadir bagi memeriahkan lagi acara tersebut dan memberikan sokongan.

Regards,

Herwan

SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

2 comments:

  1. caya la SAJOHA....
    xsia2 usahaku slame ni walaupun sikit je...

    ReplyDelete
  2. ko la antara sebab utama jadik team ni..
    sapa yg bawak player2 yg junior2 ni kalau bukan ko? heheh..

    ReplyDelete