Monday, March 2, 2009

SAJOHA vs OPA - 1 March 2009


Ahad

1 Mac 2009

Padang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Sg Besi


Perlawanan kedua SAJOHA Vikings kali ini telah menemukan SAJOHA Vikings dengan OPA (Old Putra Association ). Bagi yang kurang mengenali, OPA ini adalah bekas pelajar Maktab Tentera Diraja. Perlawanan di tempat lawan kali ini telah menyaksikan kehadiran pemain Vikings yang amat memberangsangkan dengan kehadiran beberapa pemain senior.


Kick off dimulakan oleh OPA dan dalam masa 5 minit pertama, mereka telah berjaya membolosi benteng pertahanan Vikings. Pemain Vikings mula tersedar dari lamunan terhenti mereka, mungkin kerana cuaca panas terik dan mula mengasak kubu lawan dan berjaya menyamakan kedudukan. Tanpa rasa belas kasihan, Vikings terus mengasak dan mengasak dan berjaya menghasilkan beberapa try hingga tamat separuh masa pertama.


Separuh masa kedua dimulakan dengan beberapa pertukaran pemain yang telah tidak sabar untuk bermain di tepi padang, dan hasilnya pasukan lawan tidak berdaya untuk mengasak apabila hanya mendapat satu saja try pada masa kedua berbanding Vikings yang mendapat 3 try di masa kedua.


Kemasukan Presiden SAJOHA sendiri telah berjaya menghasilkan beberapa gerakan yang cantik dan seterusnya beroleh try. Keputusan penuh perlawanan ialah SAJOHA Vikings 44 dan OPA 14.


Alhamdulillah, perlawanan kali ini telah menyaksikan kehadiran yang paling tinggi setakat ini dan diharap agar keadaan sebegini terus kekal hingga bila-bila. Kehadiran bekas pemain SUKOM98 (Shidi – SPM92) juga sedikit sebanyak turut membantu dalam kemenangan kali ini.


Perlawanan seterusnya akan menyaksikan Vikings bertemu ANSARA di Padang Utara, PJ pada 8hb Mac depan jam 2.30pm. Diharap agar ahli-ahli SAJOHA yang lain dapat menghadirkan diri untuk memeriahkan dan member sokongan kepada para pemain.


Di kesempatan ini juga, dengan rasa rendah diri saya mengharapkan sumbangan ikhlas dari ahli-ahli SAJOHA agar kami dapat terus memperjuangkan nama SAJOHA kerana saya percaya kami adalah satu-satunya ahli SAJOHA yang bergerak aktif di bawah nama SAJOHA.


Sekian, terima kasih.


Herwan

016-326 1124


SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

No comments:

Post a Comment