Tuesday, August 30, 2011

Setahun Sekali =)

Salam ! Salam Sejahtera ! Salam Muhibbah ! Salam 1 Malaysia ! SALAM LEBARAN ! :D

Dikesempatan ini , saya , mewakili semua pemain SAJOHA VIKINGS , ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA , maaf zahir dan batin kepada semua yang membaca blog ini .

Itu sahaja :p

Sekian , terima kasih . ^^

- Mael Ali -

P/S : jangan over sangat makan ketupat , lomang , kuih . Lepas raya ada game , kot . :D

Monday, July 18, 2011

Sekitar ANSARA 7's lagi ...

::: Merupakan sambungan , sila baca post sebelum ini untuk maklumat lanjut . Terima kasih :) :::

.... sungguh mendebarkan buat kedua - dua pasukan kerana keputusan perlawanan ini akan menentukan sama ada meneruskan pertandingan dalam kategori cup ataupun plate . Walaupun nama ASJATI jarang , atau mungkin tidak pernah melalui gegendang telinga kami , namun ternyata bantuan pemain mereka yang handal telah membuat diri pemain Sajoha tersentak sama sekali . Gabungan larian daripada backline mereka dengan handoff daripada bahagian forward telah menundukkan Sajoha dengan 3 try berbalas 1 .

Kekalahan perlawanan menentang ASJATI mengheret Sajoha VIKINGS untuk bermain menentang OPA bagi meneruskan saingan dalam merebut tempat final plate . Bahasa mudah bagi kategori perlawanan ini ialah semi - final plate . OPA dengan mudah menumpaskan pasukan Sajoha VIKINGS , sekali gus menyingkirkan pasukan ini daripada meneruskan perjuangan . Hard luck setelah para pemain menunjukkan komitmen yang harus diberikan pujian ketika bermain perlawanan ini .

Keputusan penuh , VIKINGS tersingkir semi - plate .

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Ansara 7's bagi pasukan Vikings .

Sekian ,

- Bidan Terjun -

Sekitar ANSARA 7's

Date : 16 & 17 July 2011
Venue : Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Shah Alam


Ansara 7's kembali dengan penyertaan daripada pasukan - pasukan ragbi alumni yang masing - masing mempertaruhkan nama sekolah tercinta untuk mendapat perhatian dalam arena ragbi 7 sebelah . HSKOBA , yang merupakan johan MAS 7's , merupakan pasukan yang kami jangkakan akan memonopoli pertandingan ini dengan rekod baik permainan mereka . Namun , ternyata pasukan lain memberi tentangan hebat sepanjang pertandingan ini . Berikut merupakan laporan pertandingan :

Pasukan Sajoha VIKINGS telah diundi bersama - sama pasukan SMS Tuanku Jaafar ( STJOB ) dan SMK Tinggi Setapak ( SHOBA ) dalam GROUP F .

Perlawanan pertama pasukan Sajoha Vikings pada jam 1300 , lawan kami ialah SHOBA . Merupakan satu perlawanan pemanas badan yang baik untuk pasukan Sajoha dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Sajoha . Seperti selalu , kehadiran para pemain ketika perlawanan pertama terus menjadi tanda tanya : Bilakah pemain akan datang awal seperti saudara Tajul Syafiq yang telah berada di kawasan padang 3 jam lebih awal dengan superbike beliau ? Semoga kita sama - sama mencuba untuk datang awal selepas ini . Aminn .

Jam 1520 , manyaksikan perlawanan akhir peringkat kumpulan F , pertemuan SAJOHA menentang STJOB . Sekali lagi Sajoha menunjukkan penguasaan kumpulan F dengan kemenangan bergaya . Perlawanan ini mengasyikkan para penonton dengan aksi lincah pemain veteran SAJOHA , @Asri Kuda , dengan side step ala Jonah Lomu dan knock on bergaya di hadapan line try sebelum tamat permainan . :)

Keesokan harinya , setelah menduduki ranking ke - 2 keseluruhan , Sajoha VIKINGS telah dijadualkan untuk bertemu dengan ASJATI Bangi . Perlawanan yang bermula pada jam 11 pagi itu ........


will be continue ...

Tuesday, July 5, 2011

VIKINGS benam OPA

::: 3 Julai 2011 :::

Bertempat di Padang Perindu , UiTM Shah Alam , jadual perlawanan menemukan Sajoha Vikings dan OPA . Perlawanan dimulakan lewat kerana menunggu kehadiran para pemain . Selepas lebih 30 minit daripada waktu sepatutnya , pengadil meniup wisel untuk memulakan perlawanan . Seawal 5 minit pertama , Pisang telah dikeluarkan kerana pelanggaran yang berlaku dalam padang telah menyebabkan luka sepanjang 4 jahitan di mukanya . Mat Lan Jr . dimasukkan bagi mengganti tempat Pisang .

Asakan demi asakan dilakukan . Try pertama diperoleh hasil permainan cantik Sajoha Vikings . Conversion berjaya dilakukan oleh Kuda . Selepas beberapa ketika permainan , satu lagi peluang muncul untuk melakukan penambahan mata untuk pasukan Sajoha . Namun , gagal kerana kecuaian . Separuh masa pertama tamat dengan score 7 - 0 .

Separuh masa kedua bermula . Pasukan Sajoha Vikings melakukan beberapa pertukaran pemain , antaranya memasukkan Kitol sebagai prop , Taliban sebagai fullback dan Sidal sebagai fly half . Berlangsunglah separuh masa kedua antara Vikings dengan Opa . Sekali lagi kubu Opa diasak , namun , kesilapan yang dilakukan telah menyebabkan Sajoha dikenakan penalti lebih 10 kali sepanjang perlawanan . Banyak peluang menambah mata lebur begitu sahaja .

Satu demi satu percubaan Opa untuk mendapatkan try berjaya dihalang . Walau bagaimanapun Opa berjaya menembus kubu pertahanan Sajoha setelah dihadiahkan penalti 5 meter daripada garisan try Sajoha . Masih Sajoha mendahului kerana Opa tidak berjaya menambah 2 point menerusi conversion .

Vikings meneruskan asakan untuk menjadikan kedudukan mereka selesa . Usaha mereka membuahkan hasil apabila berjaya menambah 2 try lagi untuk pasukan Sajoha Vikings . Keputusan kekal hingga wisel penamat ditiup oleh pengadil . Keputusan akhir perlawanan : SAJOHA VIKINGS 17 - 5 OPA .

Yom yang telah ditackle oleh pemain OPA , menjadi pening lalat sehabis game ini .

" .....tk ingat apa jd masa ujung game.. bila naek keta smpai puchong bru 100%.. konpius urat kepala aku ni.. "

Begitulah ujar Yom ketika ditanya mengenai kepeningan itu .

Tahniah dan terima kasih atas kesudian para pemain dan semua yang memberikan komitmen anda kepada pasukan SAJOHA VIKINGS :)

Sekian daripada saya ,

- Bidan Terjun -

Pertembungan Pahlawan Purba

::: 11 Jun 2011 :::

Perlawanan liga ragbi diteruskan dengan perlawanan warriors , SAJOHA VIKINGS VS KUSESS BARBARIAN .

Perlawanan pada hari Sabtu itu telah dimulakan lebih kurang pada pukul 4 petang . Perlawanan ini berlangsung seperti perlawanan biasa , saling menyerang dan diserang . Semuanya berjalan dengan lancar , namun , selepas beberapa pertukaran pemain dilakukan pada penghujung 2nd half , berlaku satu insiden yang boleh dianggap kelakar -,- . Semasa pengadil memanggil bahagian forward untuk perform scrump , didapati pemain Sajoha telah mempunyai spare part , di mana bahagian forward mempunyai 10 orang pemain ( sepatutnya 9 ketika scrump ) . Selepas Mat Lan Jr . memilih untuk keluar , barulah permainan diteruskan seperti sediakala .

Moral ? Tak tahu , decide sendirilahh :)

Perlawanan ini berakhir dengan kemenangan Sajoha Vikings . Keputusan perlawanan : SAJOHA VIKINGS 15 - 8 KUSESS BARBARIAN .

Ucapan terima kasih kepada semua pemain yang terlibat :) LONG LIVE VIKINGS !!!

Sekian , terima kasih .

Yang Melaporkan ,
- Bidan Terjun -

Selatan VS Timur

Pada 5 Jun 2011 , bertempat di Padang Utara Petaling Jaya , pasukan daripada Johor telah bertemu dengan pasukan daripada Terengganu . Pasukan yang dimaksudkan adalah SAJOHA VIKINGS ( Johor ) dan SESMA ( Terengganu ) .

Perlawanan dimulakan pada pukul 4 . 30 petang . Cuaca yang agak panas menyebabkan pemain cuba mengawal corak permainan supaya tidak terlalu penat . Namun , bagi pengurus pasukan Sajoha , saudara Herwan , beliau telah 'sengaja' melembapkan jersi para pemain Sajoha supaya mereka tidak berkelakuan seperti cacing kepanasan tatkala permainan berlangsung di dalam padang . Terima kasih , Herwan :)

Dengan formula bernas ini , pemain - pemain Sajoha telah berjaya mengawal permainan dengan lebih cool , membuahkan hasil untuk mencapai kemenangan dengan markah akhir perlawanan , SAJOHA VIKINGS 24 - 12 SESMA .

Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan seperjuangan Vikings . TACKLE...PASS...RUN...RUN..........TRY!!!!

Sekian .

- Bidan Terjun -

SEMOGA CEPAT SIHAT YA !!

29 Mei 2011 ,

En . Samsul Norazudin a . k . a Bunga , yang merupakan SMSJ and Vikings Idol dan isteri beliau telah terlibat dalam kemalangan . Nahas jalan raya itu berlaku di Kluang . Sehubungan dengan itu , beliau telah dimasukkan ke dalam ICU Hospital Puteri Johor Bahru . Saya dan rakan Vikings mohon jasa baik para pembaca blog ini agar mendoakan beliau dan isteri cepat sembuh . Amin .


- Bidan Terjun -