Sunday, February 13, 2011

Liga Selangor : SAJOHA Vikings vs RSC Dalmatian

Pertandingan Liga Kesatuan Ragbi Selangor telah bermula pada hujung minggu ini dan pada tahun ini pasukan ragbi SAJOHA Vikings telah naik ke Divisyen 2 kejohanan dan ini adalah sesuatu yang amat membanggakan untuk sebuah pasukan yang agak baru dalam arena ragbi tanahair.

Pada perlawanan pertama, Vikings telah dijadualkan untuk bertemu dengan pasukan yang telah berada lama di dalam kancah arena ragbi iaitu Royal Selangor Club (RSC) Dalmatian, yang mana hampir keseluruhan pemain pasukan ini adalah mat saleh(cuma 2-3 orang je melayu, tu pun melayu celup).

Dengan berbekalkan saiz badan yang besar, seperti yang dijangkakan mereka telah bermain dengan menggunakan forward mereka. Dengan menggunakan kelebihan barisan backline yang laju, Vikings mula mengasak tetapi larian Pumba ditidakkan oleh saiz padang yang kecil (yup, padang ni memang kecik sikit, siapa yang pernah main di RSC akan tau, Padang B diorang kecik) Seperti biasa, Vikings berjaya mengekang mereka tetapi kekangan demi kekangan, akhirnya Vikings terpaksa memberikan Dalmatian 2 try di hujung padang hasil asakan forward mereka.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 10-0. Ketika separuh masa kedua bermula, Vikings cuba mengontrol permainan dan hasilnya, sebuah try berjaya dihasilkan oleh backline hasil cubaab Sopek. Beberapa pertukaran pemain dilakukan sebab ramai yang injured (hampir kesemua pemain forward). Ketika semangat Vikings mula memuncak, sebuah try yang tidak masuk ke dalam garisan try telah dihadiahkan oleh pengadil perlawanan (mat saleh RSC gak). Walaupun protes telah dilakukan oleh pemain, tetapi pengadil berkata "keputusan pengadil adalah muktamad".

Ini sedikit sebanyak telah melemahkan semangat Vikings, tetapi para pemain terus berjuang hinggalah berjaya memperolehi 5 mata lagi hasil try oleh Sopek lagi. Dan ini sedikit sebanyak menerbitkan rasa semangat dan rasa boleh dalam diri pemain. Dan Vikings terus bermain dengan penuh semangat di dalam padang Dalmatian sehingga waktu permainan tamat.

Keputusan penuh, Vikings kalah kepada Dalmatian, 10-20.

Jumpa lagi pada minggu hadapan, Vikings telah dijadualkan untuk bertemu dengan pasukan Mat Saleh lagi iaitu Bintang RC di Alice Smith International School, Seri Kembangan pada hari Ahad (20/2) jam 5 pm.

Sekian, herwan melaporkan dari USJ, Subang Jaya.

Tuesday, January 18, 2011

ANSARA 10's 2011 - Alumni Category (15,16/01/2011)

Salam 1MALAYSIA,

SAJOHA Vikings sebuah pasukan ragbi yang sedang meningkat naik dalam persada sukan ragbi alumni sekolah-sekolah telah membuka tirai kejohanan ragbi pada tahun 2011 dengan menyertai kejohanan ragbi ANSARA 10's yang telah diadakan di padang Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu (15 & 16 Jan 2011) telah menyaksikan ramai pasukan yang masuk bertanding antaranya, SEMESTI, SESMA, SMSOB, EXSAS, HSKOBA, SASER, SEMASHUR, dan lain-lain.

Pada 15 Jan:

SAJOHA Vikings telah dijadualkan untuk bertemu SEMESTI pada perlawanan pertama iaitu pada sebelah tengahari dan bagi perlawanan berikutnya SAJOHA Vikings telah dijadualkan untuk bertemu SESMA pada sebelah petang.

Pada perlawanan pertama menentang SEMESTI, kemenangan tidak berpihak kpd pasukan SAJOHA Vikings berikutan pasukan SAJOHA Vikings mengalami sedikit masalah iaitu kekurangan ahli pemain dalam pasukan. Perlawanan pertama menyaksikan SAJOHA Vikings tewas di tangan SEMESTI 0-21 hasil daripada 3 try yang dihasilkan oleh pasukan SEMESTI. Perlawanan seterusnya menyaksikan SAJOHA Vikings bertemu SESMA pada sebelah petang. Perlawanan ini menyaksikan kemenangan berpihak kpd SAJOHA Vikings hasil gerakan dan larian cantik daripadaKitol dan Pumba untuk menghasilkan 2 try kemenangan dan 1 sepakan conversion berjaya disempurnakan. Namun begitu, pasukan SESMA juga berjaya membolosi pertahanan SAJOHA Vikings di saat-saat akhir perlawanan dengan menghasilkan 1 try dan 1 sepakan conversion berjaya disempurnakan. Perlawanan berkesudahan dengan SAJOHA Vikings 12 - SESMA 7.

Berikut merupakan ranking pasukan setelah berakhirnya perlawanan pada hari pertama.

Ranking Alumni:


1. HSKOBA

2. Kelab Ragbi Ansara

3. XSSAAS

4. MRSM Serting

5. SMSOB

6. Kussess

7. Semesta

8. ExSAS

9. Sesma

10. Semesti

11. Ansara Terendak

12. Ansara Muadzamshah

13. VIOBA

14. Saser

15. Ansara Balik Pulau

16. Sajoha

17. STJOB

18. Semashur

19. Ansara Kota Putra

20. Ansara Taiping

21. RIOBA

22. Ansara Muar

23. IKOB

24. Sek19SAlam


Pada 16 Jan:

Hasil keputusan mengikut ranking yg dikeluarkan, SAJOHA Vikings telah dijadualkan untuk bertemu VIOBA pada peringkat semifinal bowl pada hari kedua kejohanan berlangsung hasil daripada 1 kemenangan dan 1 kekalahan pada perlawanan hari semalam. Dalam perlawanan semifinal bowl ini, SAJOHA Vikings nampaknya tidak menunjukkan sebarang masalah untuk menundukkan pasukan VIOBA dengan menghasilkan kemenangan 21 berbalas 5. Try-try kemenangan pasukan telah disumbangkan oleh dua pemain berbakat iaitu 2 try menerusi hasil larian dan gerakan cantik Mohd Hilmi (Pumba) dan 1 try lagi menerusi side step dan gerakan cantik daripada Mohd Shadan (Pisang). Hasil daripada kemenangan tersebut, SAJOHA Vikings berjaya memasuki final kategori bowl pada sebelah petang. Lawan yg menanti SAJOHA Vikings bagi kategori final bowl merupakan pasukan SASER iaitu Alumni Sek Men Sains Seremban yg dijangka akan memberikan tentangan sengit kpd pasukan SAJOHA Vikings pada aksi final. Namun hasil daripada pengalaman yg dimiliki oleh para pemain SAJOHA Vikings, mereka tidak menerima sebarang masalah untuk menundukkan pasukan SASER walaupun dengan hanya kemenangan yg tipis iaitu 7 berbalas 0 hasil gerakan dan larian yg menghasilkan try yg cantik oleh belahak dan 1 sepakan conversion yg berjaya disempurnakan telah menyebabkan SAJOHA Vikings berjaya dinobatkan sbg Juara Kategori Bowl Kejohanan ANSARA 10's 2011 Kategori Alumni.

Senarai pemain:

kitol, itik, tiger(bdk asas), belahak, bikai, pisang, kude, tajul, che nas, mat lan jr, mat lan sr, pumba, bujal, taliban, bobo, wandon, nyai, pak wan

Manager:
Herwan
dibantu oleh Mael Ali dan Tn Hj Fakhrulakmal Alias.























Tuesday, August 10, 2010

SAJOHA Vikings Dinobat Juara Liga Alumni 2010

Salam,

Agak lama tiada laporan tentang pasukan ragbi SAJOHA Vikings dihantar. Ini kerana komitmen setiausaha kami agak tinggi dan bukan bermakna kami tiada apa-apa yang ingin dilaporkan.

Setelah habis Liga Selangor (LIga KRS), kami telah bermain untuk Liga Alumni di dalam Divisyen 1B. Diletakkan bersama-sama pasukan High School Klang Old Boys Assc (HSKOBA), Kolej Yayasan Saad Old Boys (KYSER) dan SMS Kuala Selangor Old Boys (KUSESS), kami tidak menghadapi sebarang masalah untuk muncul juara bagi divisyen 1B ini, walaupun mendapat tentangan sengit dari juara tahun lepas iaitu HSKOBA.

Berikut adalah keputusan-keputusan perlawanan.

27/6/2010 SAJOHA vs KUSESS 22-5
4/7/2010 SAJOHA vs HSKOBA 36-31
17/7/2010 SAJOHA vs KYSER 17-5

Dengan kemenangan-kemenangan di atas, kami berjaya mengungguli takhta Divisyen 1B dan bertemu dengan juara Divisyen 1A iaitu SMS Selangor Old Boys (SMSOB).

Perlawanan menentang SMSOB telah berlangsung pada Ahad yang lepas (8 Ogos 2010), bertempat di Padang Utara pada jam 5.30 petang. Dengan cuaca yang agak baik dan kehadiran pemain serta penyokong setia SAJOHA dari awal, semacam memberi petanda bahawa kami akan menjuarai perlawanan tersebut. Seawal dari sepak mula, kami telah berjaya mengasak kubu lawan hasil try pertama oleh Syawal di hujung padang. Try seterusnya muncul hasil larian kencang oleh winger Zainal dan terus di bawah post. Permainan kemas kami, dan persefahaman antara pemain jelas ketara dan seterusnya kami dikurniakan lagi try hasil larian solo oleh Zainal lagi.

SMSOB seakan tidak mampu berbuat apa-apa tetapi hasil kealpaan kami telah menyaksikan SMSOB berjaya meloloskan diri untuk try pertama mereka melalui gerakan barisan hadapan mereka. Kedudukan separuh masa pertama kekal 19-7.

Separuh masa kedua dimulakan dengan line up pemain yang sama kecuali Zainal yang terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan pada buku lali. Tiada pertukaran lain dilakukan kerana semua pemain merasa seronok dan enjoy dengan permainan mereka. Try seterusnya hasil larian solo oleh Pumba. Selepas itu, Syawal dikeluarkan untuk memberi peluang kepada pemain-pemain lain yang hadir beraksi. Try seterusnya diperolehi hasil larian cantik Akmal yang berjaya meloloskan diri dari beberapa orang pemain dan dengan semangat pasukan yang tinggi, Akmal membuat passing yang cantik kepada Belahak untuk try di bawah post.

Seterusnya giliran Bujal untuk memberikan try, juga hasil larian solo olehnya.

Setelah kesemua pemain simpanan dimasukkan (10 orang) dan juga ketika waktu perlawanan hampir tamat, SMSOB memperolehi try ketiga mereka hasil salah faham antara winger dan full back kami. Keputusan akhir, SAJOHA Vikings 43 - 21 SMSOB.

Dengan keputusan ini, SAJOHA Vikings telah berjaya merampas takhta Liga Alumni yang dipegang oleh SMSOB selama 5 tahun dan juga berjaya menebus kekalahan kami pada tahun lepas dengan pasukan yang sama untuk merebut takhta liga.

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua pemain dan penyokong-penyokong kami yang tidak jemu untuk memberikan sokongan kepada kami. Tanpa kalian, pasukan ini tidak bermakna apa-apa.

Dikesempatan ini juga, saya bagi pihak pasukan ragbi SAJOHA, mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa. Jumpa lagi selepas hari raya.

Sekian, terima kasih.

-herwan-
pengurus pasukan.


Monday, April 26, 2010

Viking jinakkan Lion

Venue : Padang Astaka, P.J
Masa : 25.04.2010 (330 p.m)

Perlawanan terakhir Vikings di Liga KRS Divisyen 3 pada petang tadi menyaksikan pertembungan sengit antara SAJOHA Vikings dan SDAR Lions. Perlawanan ini boleh dianggap sebagai pertembungan sengit kerana kedua-dua pasukan merupakan musuh tradisi sejak di era persekolahan. Sebaik wisel dibunyikan, kedua-dua pasukan mula mengasak melalui hentaman-hentaman keras dan larian-larian kencang dari kedua-dua pasukan. Berbekalkan semangat juang tinggi, Viking menyusun gerakan-gerakan dari bahagian forward untuk cuba masuk ke kawasan-22 Lions. Ini seterusnya berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Lions dan memberikan ruang kepada backlines untuk cuba mendapatkan try dengan larian oleh bertenaga oleh Bujal. Walaubagaimana pun, gerakan ini dinafikan oleh fullback Lions yang sememangnya berpengalaman melalui tackle yang kemas. Lions juga seringkali merobek ke kawasan-22 Vikings dan hampir-hampir memperolehi try tetapi kesilapan-kesilapan seperti fumble menafikan peluang Lions untuk mendapatkan try. Peluang Vikings datang apabila Shidi yang bermain diposisi scrumhalf berjaya memperdayakan pemain Lions selepas mengeluarkan bola dari rucking untuk try pertama di separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan Lions lebih bersemangat dan mengatur gerakan dengan lebih tersusun dengan kombinasi antara forward-backlines. Rentak permainan yang lebih laju oleh Lions membuatkan pertahanan Viking mula terkucar-kacir. Inside-center Lions berjaya menembusi backlines Vikings setelah terlepas dari kawalan Matlan Jr untuk larian lebih 20 meter sebelum dihalang oleh Bujal. Pemain Lions yang sempat mengeluarkan bola dari ruck sebelum Vikings kembali dari posisi ofsaid terus melakukan hantaran untuk try oleh Lions mendahului 7-5. Tersentak dengan try itu, Vikings menggandakan asakan melalui rempuhan oleh Chekam dan Tajol serta pengalaman oleh Shidi yang memberikan ruang untuk Kude berlari masuk ke kawasan-22 Lions. Scrum diberikan oleh pengadil di minit-minit terakhir selepas fullback Lions fumble membuka peluang Vikings untuk mendapatkan try. Akhirnya dengan kepantasan larian dan set-piece menarik oleh backlines memberikan ruang kepada Bujal untuk mendapatkan try terus dibawah goal post Lions. Wisel penamat oleh pengadil megesahkan kemenangan Vikings dengan mata 12-7.

Terima kasih kepada semua pemain-pemain SAJOHA Vikings di atas komitmen yang diberikan sepanjang perlawanan berlangsung amnya dan khususnya juga sepanjang penglibatan SAJOHA Vikings di Liga KRS 2010. Harapan semua semoga semangat yang ditunjukkan oleh anda dapat diteruskan lagi di musim 2011. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada First Endurance, Pn. Shahida Rizwan, alumni SMSJ dan individu yang tidak dapat dinyatakan kerana telah menaja pasukan ini di sepanjang Liga KRS 2010 berlangsung. Dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi inilah yang kita perlukan bagi menaikkan semula nama SAJOHA Vikings di kancah arena ragbi amatur di Malaysia. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang menyokong dan menonton perlawanan setiap kali SAJOHA Vikings beraksi di padang. Dengan semangat dan sokongan daripada anda semua menaikkan semangat kepada pemain-pemain SAJOHA Vikings untuk terus beraksi dan memberikan aksi yang terbaik tanpa mengenal erti putus asa. Semoga berjumpa lagi di Liga KRS 2011 dengan aksi yang lebih menarik dan semangat juang yang lebih tinggi bagi menyahut seruan kerajaan menjadikan sukan sebagi teras perpaduan rakyat. TERIMA KASIH!!!!

Senarai pemain :

Wak On, Azahan (Abun), Syawal, Wan J, Im, Matlan 96, Bikai, Belahak, Shidi
Akmal, Matlan Jr, Pumba, Sopek, Taliban, Bobo, Kude, Bujal, Kitol, Chekam
Rebuk, Pisang, Petak, Ajis, Karak

Sunday, April 18, 2010

PERTEMBUNGAN 2 'PAHLAWAN' : VIKINGS TUMBANGKAN WARRIORS

Venue : Padang Astaka, PJ.
Masa : 17.04.2010 (3.30 p.m)

Kemaraan Vikings untuk mencari kemenangan disaat Liga KRS hampir ke penghujungnya tidak dapat dibendung apabila Warriors kali ini menjadi mangsa kerakusan Vikings. Warriors yang merupakan alumni SMS Tuanku Jaafar dipaksa berhempas pulas menahan asakan berterusan daripada pemain Vikings. Walaupun Warriors mendahului dengan 5-0 di minit awal permainan, semangat Vikings yang tidak pernah mengenal erti putus asa sedaya upaya melakukan hentaman- hentaman keras oleh barisan forward dan larian-larian bertenaga oleh backlines. Dengan secara keseluruhan taktik yang dikawal oleh Daun selaku scrumhalf berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Warriors. Akhirnya Bujal yang bermain diposisi winger berjaya memperolehi try pertama setelah menerima hantaran cantik oleh Pumba.Vikings yang bersemangat lebih tinggi selepas try pertama meneruskan rentak permainan yang bertenaga. Kali ini giliran Awal Lalola menghasilkan try setelah berjaya menembusi forward Warriors melalui hentaman keras. Try ketiga sebelum wisel separuh masa pertama mengukuhkan lagi kedudukan Vikings ke atas Warriors.

Separuh masa kedua menyaksikan permainan dikawal sepenuhnya oleh Vikings. Kemasukan Kitol,Bonzer, Tajol dan Kude menjadikan permainan Vikings bertambah lebih menarik. Dengan barisan backlines yang jarang melakukan kesilapan semasa hantaran menambah derita buat Warriors. 2 try oleh Bujal dan 1 try oleh Pumba yang mempunyai kelebihan larian kencang mengukuhkan lagi kedudukan Vikings. Warriors yang cuba menyusun gerakan untuk mendapatkan mata telah dinafikan oleh pertahanan Vikings yang kental. Bunge yang masuk menggantikan Mat Lan diposisi flanker hampir menghasilkan try tetapi dinafikan selepas bola itu fumble dihadapan goal-post. Peluang datang buat Kude selepas Warriors yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan-22 mereka, berjaya mengelirukan 2 orang pemain Warriors untuk try di penjuru padang. Try terakhir oleh Pisang sebelum wisel penamat dibunyikan menambah derita Warriors. Perlawanan dimenangi oleh SAJOHA Vikings dengan mata 50 berbalas 5.

Ucapan tahniah diucapkan kepada pemain-pemain Vikings dengan komitmen dan kesungguhan untuk mencapai kemenangan. Segala keringat peluh berbalas walaupun sebelum ini Vikings pernah kalah pada 2 pertemuan sewaktu Liga Alumni 2009. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Saudara Adili Abu Samah (FIRST ENDURANCE), Pn.Shahida dan individu-individu yang tidak dapat dinyatakan kerana kesudian menaja pasukan Vikings sepanjang penglibatan pasukan ini dalam sukan ragbi. Ribuan terima kasih juga kepada peminat-peminat yang hadir menyaksikan perlawanan pada petang tadi termasuklah Saudara Azari (Burn), Saudara Asmadi (Mantot), Saudara Jai Ghani (SPM/MCE 1982) dan semua yang hadir. Teruskan menyokong SAJOHA Vikings.

Senarai pemain (maaf jika terlepas pandang):

Rebuk, Bikai, Awal Lalola, Tajol, Bonzer, Shidi, Bunga, Daun
Mat Lan, Abadi, Wan J, Akmal, Sopek, Kitol, Pumba, Bujal,
Khai, Hatta, Kude, Pisang

-Setiausaha Kehormat-

Monday, April 12, 2010

KRS DIAMOND 3










PASUKAN

M

M

S

K

Sk

K

B

M

Rank

UPM ANGELS

6

5

1

0

135

61

74

17

1

ROYAL RANGER

6

4

1

1

183

77

106

15

2

UNITEN THUNDERS

6

4

0

2

155

76

79

14

3

MOR

6

3

0

3

78

148

-70

12

4

SAJOHA

5

3

0

2

133

84

49

11

5

STJOBA WARRIORS

6

1

0

5

80

139

-59

8

6

SDAR LIONS

4

1

0

3

37

88

-51

6

7

MAS COUGARS

5

0

0

5

45

173

-128

5

8



Di atas adalah ranking terkini Liga KRS..
Masih ada harapan untuk SAJOHA Vikings berada di kedudukan top 2 untuk naik ke Divisyen 2 tahun depan..

Sunday, April 11, 2010

Liga KRS : Thunders lemas di UNITEN

Venue : Padang ragbi UNITEN, Bangi
Masa : 5.00 pm (10.04.2010)

SAJOHA Vikings menebus kehampaan setelah tewas pada perlawanan sebelumnya kepada UPM Angels. Sebaik wisel dibunyikan, Vikings terus mengasak dengan menggunakan sepenuh kekuatan forward yang diketuai oleh Daun. Hentaman oleh Tajol, Bonzer dan Syawal memaksa barisan forward Thunders bertahan seawal minit permainan. Selepas hampir 10 minit, Vikings berjaya memperolehi try selepas Tajol melakukan larian di penjuru padang dan conversion disempurnakan oleh Akmal. Vikings tidak menunggu lama apabila sekali lagi Tajol berjaya menembusi pertahanan Thunders dan melakukan try berdekatan goal post. Tersentak dengan 2 try oleh Vikings, Thunders mula menyusun strategi dan menyerang menggunakan backlines terus ke arah Vikings. Thunders memperolehi try pertama selepas berjaya mencuri bola dari Vikings dan terus melakukan larian kencang untuk try di bawah goal post.

Separuh masa kedua menyaksikan perlawanan dalam keadaan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Akibat kealpaan pertahanan Vikings, Thunders memperolehi try seterusnya dan conversion berjaya disempurnakan oleh pemain Thunders. Asakan berterusan oleh Vikings berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Thunders dan peluang hadir apabila Bujal yang bermain posisi fullback berjaya memperdayakan backlines Thunder untuk try ke-3 dan ke-4 Viking. Kemaraan Vikings tidak dapat dikekang oleh Thunders dan Daun berjaya menghasilkan try ke-5 dan conversion berjaya disempurnakan oleh Akmal. Kemasukan Kuda selaku pemain gantian di posisi winger ternyata berbaloi apabila dia berjaya melakukan larian kencang untuk try terakhir pada petang itu. Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Vikings dengan mata 36 berbalas 14.

Terima kasih diucapkan kepada semua pemain Vikings atas komitmen yang diberikan terutama sekali kepada Daun, Tajol dan Syawal yang kembali kepada pangkuan Vikings untuk menguatkan lagi pasukan SAJOHA Vikings. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Saudara Adili Abu Samah (FIRST ENDURANCE) yang hadir menyaksikan perlawanan pada petang itu dan membekalkan minuman berkhasiat EFS. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Puan Shahida, Saudara Ayum, Saudara Ahmad Suhaimi dan individu-individu lain yang tidak dapat dinyatakan kerana menaja pakaian, peralatan, makanan dan sokongan moral kepada pasukan SAJOHA Vikings. Teruskan berjuang SAJOHA Vikings!!

Senarai pemain (maaf jika terlepas pandang):

Tajol, Bikai, Syawal, Wak On, Bonzer, Shidi, Belahak, Daun,
Akmal, Syuk, Bunge, Nyai, Bujal, Pisang, Kitol, Kude, Rebuk, Rejab

-Setiausaha Kehormat SAJOHA Vikings-