Monday, August 3, 2009

Terima Kasih Johor!

Salam kepada semua,

Alhamdulillah, buat pertama kalinya dan secara rasminya, kejohanan pertama SAJOHA Vikings di luar Lembah Kelang telah melabuhkan tirainya, dan secara keseluruhannya kami amat berpuas hati dengan "outing" kami pada kali ini.

Kami berangkat ke Johor Bahru pada hari Jumaat dengan konvoi 3 kenderaan dengan seramai 12 orang dari KL. Kami tiba di JB pada jam lebih kurang 12 tgh malam dan terus chk in di Hotel Grand Paragon yang amat indah dan penuh dengan keselesaan (terima kasih kepada Nani Ahmad yang telah mendapatkan rate gomen.. ).. walaupun keletihan, tapi perasaan untuk menikmati makanan Johor telah membuatkan kami untuk keluar mencari makanan (objektif utama tu)..

Sabtu - perlawanan peringkat kumpulan telah bermula seawal jam 10 pagi dan kami telah diletakkan bersama-sama dengan pasukan Segamat RFC dan juga Poly JB.. Alhamdulillah kami tidak menghadapi masalah pada peringkat kumpulan dan seterusnya muncul Johan kumpulan.

Ahad - pada peringkat kedua, kami telah diundi untuk bermain di dalam peringkat suku akhir cup/plate, dan lawan kami ialah pasukan Pasir Gudang Rhino. Perlawanan ini telah dimenangi dengan score 17-14. Dengan kemenangan itu, kami telah layak untuk bertanding di dalam kategori CUP dan bertemu dengan Ungku Hussin Old Boys dari Mersing. Perlawanan amat sengit dengan masing-masing cuba mengasak kubu lawan. Perlawanan ini amat menarik kerana menyaksikan larian-larian yang laju dari pasukan lawan dan kami membalas dengan "hentaman" barisan forward kami yang padu. Tetapi kami terpaksan akur dengan kepantasan pihak lawan walaupun try terakhir mereka berpunca dari kesilapan pengadil yang tidak nampak akan kesalahan pihak lawan yang berada dalam kedudukan "offside".

Dengan kekalahan itu, kami terpaksa beraksi untuk merebut kedudukan ke-3 dan ke-4 bertemu dengan pasukan Wildcats A dari Permas Jaya. Dan walaupun menerima asakan dan tumbukan yang padu dari pihak lawan, kami berjaya mencuri 10 mata hasil 2 try yang dilakukan.

Secara keseluruhannya, program ke Johor ini amat berjaya kerana beberapa sebab :

1) Berjaya merapatkan lagi hubungan sesama ahli pasukan.
2) Berjaya membuatkan semua ahli pasukan gembira bermain air di swimming pool hotel
3) Berjaya membuka mata pasukan lain di Johor bahawa terdapatnya pasukan bekas pelajar SMSJ
4) Berjaya menemui dan berhubung dengan bekas-bekas pemain ragbi SMSJ lain yang berada di sekitar Johor.
5) Berjaya mendapat tempat ke-3
6) Berjaya menghasilkan suatu suasana yang amat harmoni
7) Berjaya bertemu dengan Super Senior kita - Abg Said Ahmad dan isteri

Terima kasih yang amat sangat kami tujukan kepada En Said Ahmad dan isteri kerana sudi menaja makanan kami selepas habis kejohanan tersebut.

Terima kasih juga kepada Azhan Tumiran(SPM 96), Munek, Kayut, Mahudin (SPM 92) dan yang lain-lain kerana sudi turun ke padang untuk bermain sama dan juga memberikan sokongan kepada kami.

Terima kasih juga kepada anda yang mendoakan kesejahteraan kami sepanjang kami berada di JB.

Sekian, terima kasih.

-herwan-

Thursday, July 30, 2009

SAJOHA Vikings di Johor Bahru

Salam 1Malaysia :D

SAJOHA Vikings akan berada di Johor Bahru atas jemputan Kesatuan Ragbi Johor (JRU) untuk bertanding bagi Kejohanan Tertutup 10s JRU.

Berikut adalah details tentang acara tersebut:

Venue : Padang Sekolah Sultan Ismail (SSI), Johor Bahru
Tarikh : 1&2 Ogos 2009

Kami akan berada di sana seawal Jumaat malam.
Di harap dapat hebahkan pada rakan-rakan yang berada di Johor Bahru dan sekitar Johor.

Dijemput semua hadir bagi untuk bermain/menyokong kami.

Sekian, terima kasih.

herwan
016-326 1124

Friday, July 24, 2009

SAJOHA Vikings vs INTEC

Salam perpaduan

Semalam (23 Julai 2009) telah diadakan perlawanan persahabatan antara SAJOHA Vikings dan INTEC UiTM bertempat di Shah Alam. Perlawanan ini adalah sebagai pemanas badan bagi pasukan SAJOHA Vikings dan INTEC yang akan menyertai dua pertandingan yang berbeza pada hujung minggu ini. Perlawanan ini dimulakan dengan perlawanan 10 sebelah yang mana telah dimenangi oleh pasukan SAJOHA Vikings. Disini jelas menunjukkan kematangan dan pengalaman adalah salah satu elemen penting bagi sebuah pasukan untuk memenangi sesuatu perlawanan. Walaupun INTEC terdiri daripada pelajar- pelajar lepasan SPM yang datang kebanyakan dari SBP, mereka tetap memberikan tentangan sengit. Ini dapat dilihat apabila mereka berjaya menembusi kubu SAJOHA Vikings untuk melakukan 'try' seawal minit pertama akibat kealpaan pasukan SAJOHA Vikings yang mungkin memandang rendah pada pasukan INTEC. Tersentak akibat itu, SAJOHA Vikings menggunakan segala kemahiran yang ada melalui gerakan cantik oleh Shidi dan Akmal yang membolehkan Bujal selaku 'fullback' melakukan 'try'. Bermula dari situ banyak 'try' yang berjaya dilakukan.

Bagi perlawanan 7 sebelah yang diadakan selepas itu yang berkeputusan seri menunjukkan kecergasan adalah aspek penting dalam permainan ragbi. Pemain-pemain SAJOHA Vikings kelihatan kurang cergas sewaktu melakukan larian2 atau pun set piece yang mana dapat dibaca oleh pihak lawan. Mata awal yang dipungut oleh INTEC yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi menunjukkan SAJOHA Vikings perlu melakukan sesuatu sewaktu latihan terutamanya aspek kecergasan. Walaupun begitu pengalaman yang dimiliki oleh SAJOHA Vikings berjaya melakukan beberapa 'try' melalui larian Bujal, Tajol, Che Kam dan Kitol seterusnya berjaya merapatkan jurang mata.

Perlawanan tamat sewaktu azan Maghrib berkumandang. Terima kasih kepada semua pemain2 yang hadir serta memberikan komitmen yang baik. Terima kasih juga kepada INTEC kerana sudi mengadakan perlawanan persahabatan bersama SAJOHA Vikings. Tidak dilupakan juga kepada Saudara Husin Mian (SPM 80) yang hadir memberikan sokongan.

Senarai pemain yang hadir :
Shidi, Akmal, Herwan, Yus, Pakwan, Tajol, Syawal, Rejab, Kitol, Che Kam, Kitol, Anep, Bujal, Bikai, Yoi, MatYen....(maaf jika ada tertinggal)

Thursday, July 23, 2009

Perlawanan Persahabatan - INTEC Shah Alam

Salam kepada semua,

Pada petang ini, SAJOHA Vikings akan berada di Shah Alam untuk perlawanan persahabatan dengan INTEC Shah Alam. Perlawanan ini akan berlangsung seawal jam 5.30pm hinggalah penat atau selagi azan Maghrib belum berkumandang.

Tujuan perlawanan ini adalah sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Tertutup Johor 10s pada 1 & 2 Ogos depan yang dianjurkan oleh Kesatuan Ragbi Johor, bertempat di Dataran Bandaraya johor Bahru, dan juga sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Alumni 7s pada 25 & 26 Julai ini di Padang Utara,PJ.

Berikut adalah details bagi perlawanan persahabatan petang ini.

Lawan : INTEC Shah Alam
Tempat : Padang INTEC, Seksyen 17, Shah Alam
Sepak mula : 5.30pm..

Semua dijemput semua hadir bagi memeriahkan lagi acara ini, dan bagi yang berkeinginan untuk main ragbi, penyertaan anda amatlah disambut baik!

sekian, terima kasih.

herwan
016-326 1124

Tuesday, July 14, 2009

Kedudukan Terkini Liga Alumni Div 1a

Pasukan Perlawanan Menang Seri
Kalah Jaring Bolos Beza Mata
Johor SAJOHA Vikings 3 2 1 0 54 19 35 8
Selangor HSKOBA Ostrich 3 2 0 1 12 16 -4 7
NegriSembilan STJOB Warriors 2 0 1 1 25 26 -1 3
Putrajaya ASAS 2 0 0 2 3 33 -30 2
Tarikh Tuan Rumah lawan Pelawat
14-Jun-2009 STJOB Warriors 19:19 SAJOHA Vikings
27-Jun-2009 SAJOHA Vikings 28:0 ASAS
28-Jun-2009 HSKOBA Ostrich 7:6
STJOB Warriors
5-Jul-2009 ASAS 3:5 HSKOBA Ostrich
11-Jul-2009 SAJOHA Vikings 7:0 HSKOBA Ostrich
19-Jul-2009 STJOB Warriors - ASAS

Monday, July 13, 2009

SAJOHA Vikings Johan Kumpulan

Salam perpaduan

Perlawanan Liga Alumni antara SAJOHA Vikings dan High School Klang Old Boys Association (HSKOBA) telah berlangsung pada Sabtu lepas ( 11 Julai) di Padang Utara PJ. Aksi perlawanan dimulakan dengan sepak mula oleh SAJOHA yang diambil oleh Akmal yang bermain di posisi "fly half". SAJOHA Vikings menunjukkan aksi bertenaga mengasak ke kubu pihak lawan dengan perlanggaran yang dilakukan oleh Itik, Tajol dan pemain2 lain yang bermain di posisi "forward". Larian2 kencang oleh "back lines" nyaris memberikan mata awal untuk SAJOHA tetapi dinafikan oleh pemain HSKOBA yang mempunyai skill "tackle" yang kemas. Permainan secara keseluruhan dikawal oleh SAJOHA walaupun kadangkala terdapat kelalaian yang menyebabkan kubu SAJOHA hampir ditembusi oleh pihak lawan. Ini dapat dilihat melalui "scrum" dan "line out" yang secara keseluruhan dimenangi oleh SAJOHA. Tiada mata dipungut walaupun SAJOHA bermain hampir 20 minit di bawah garisan 22 HSKOBA.

Separuh masa kedua menunjukkan aksi yang lebih bertenaga dari kedua-dua pasukan bagi merebut johan bagi kumpulan. Kemantapan "forward" SAJOHA melakukan "ruck" yg sempurna, "moul" yang kemas hampir membuahkan hasil apabila Narshidi berjaya melepasi kawalan HSKOBA untuk melakukan "try" tetapi dinafikan oleh "fullback" HSKOBA. Walaupun begitu ini tidak memutuskan semangat pemain SAJOHA, sebaliknya mereka menyerang dengan lebih tersusun dan gerakan lebih kreatif. Hasilnya SAJOHA memperolehi mata pertama oleh "try" yang dilakukan oleh Kitol setelah melepasi kawalan "backlines" HSKOBA. Sepakan yang sempurna dilakukan oleh Akmal menjadikan SAJOHA mendahului 7-0. Mata kekal sehingga wisel penamat dibunyikan selepas beberapa peluang disia-siakan oleh pemain SAJOHA.

Perlawanan berkesudahan dengan SAJOHA Vikings mengalahkan HSKOBA dengan pungutan mata 7- 0. Dengan kemenangan ini SAJOHA Vikings mendominasi kumpulan B dan akan berentap dengan johan A. Terima kasih diucapkan kepada pemain-pemain yang menunjukkan prestasi yang amat memberansangkan dan sangat memuaskan. Ucapan jutaan terima kasih penaja-penaja seperti Al-Jabbar yang menyediakan minuman berkhasiat untuk perlawanan ini dan menjadi pemangkin kepada kemenangan kali ini. Tidak lupa juga kepada orang perseorangan yang juga sudi menaja makan malam pada hari tersebut.

Senarai pemain : Tajol, Itik, Syawal, CheKam, PakWan, Yoi, Ajim, Belahak, Shidi, Akmal, Kitol,
Sepet, Hatta, Bujal, Sukun, Kude dan lain-lain (maaf, ada yang tak ingat nama)

Friday, July 10, 2009

Liga Alumni - SAJOHA Vikings vs HSKOBA

Assalamualaikum & salam perpaduan,

Perlawanan Liga Alumni antara SAJOHA Vikings dan High School Klang Old Boys Association (HSKOBA) yang dijadualkan berlangsung pada 18hb Julai telah dipercepatkan ke 11hb Julai (esok) sebab padang tak ada..

Lawan : HSKOBA
Venue : Padang Utara/Astaka, PJ
Tarikh : 11 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 5pm

Dijemput semua hadir untuk memberikan tenaga (bagi yang nak main) atau memberikan sokongan. Buat pengetahuan semua, kemenangan bagi perlawanan ini adalah penting bagi memastikan SAJOHA Vikings berada di kedudukan pertama Divisyen 1 liga.

Terima kasih.

herwan
016-3261124