Monday, July 13, 2009

SAJOHA Vikings Johan Kumpulan


Salam perpaduan

Perlawanan Liga Alumni antara SAJOHA Vikings dan High School Klang Old Boys Association (HSKOBA) telah berlangsung pada Sabtu lepas ( 11 Julai) di Padang Utara PJ. Aksi perlawanan dimulakan dengan sepak mula oleh SAJOHA yang diambil oleh Akmal yang bermain di posisi "fly half". SAJOHA Vikings menunjukkan aksi bertenaga mengasak ke kubu pihak lawan dengan perlanggaran yang dilakukan oleh Itik, Tajol dan pemain2 lain yang bermain di posisi "forward". Larian2 kencang oleh "back lines" nyaris memberikan mata awal untuk SAJOHA tetapi dinafikan oleh pemain HSKOBA yang mempunyai skill "tackle" yang kemas. Permainan secara keseluruhan dikawal oleh SAJOHA walaupun kadangkala terdapat kelalaian yang menyebabkan kubu SAJOHA hampir ditembusi oleh pihak lawan. Ini dapat dilihat melalui "scrum" dan "line out" yang secara keseluruhan dimenangi oleh SAJOHA. Tiada mata dipungut walaupun SAJOHA bermain hampir 20 minit di bawah garisan 22 HSKOBA.

Separuh masa kedua menunjukkan aksi yang lebih bertenaga dari kedua-dua pasukan bagi merebut johan bagi kumpulan. Kemantapan "forward" SAJOHA melakukan "ruck" yg sempurna, "moul" yang kemas hampir membuahkan hasil apabila Narshidi berjaya melepasi kawalan HSKOBA untuk melakukan "try" tetapi dinafikan oleh "fullback" HSKOBA. Walaupun begitu ini tidak memutuskan semangat pemain SAJOHA, sebaliknya mereka menyerang dengan lebih tersusun dan gerakan lebih kreatif. Hasilnya SAJOHA memperolehi mata pertama oleh "try" yang dilakukan oleh Kitol setelah melepasi kawalan "backlines" HSKOBA. Sepakan yang sempurna dilakukan oleh Akmal menjadikan SAJOHA mendahului 7-0. Mata kekal sehingga wisel penamat dibunyikan selepas beberapa peluang disia-siakan oleh pemain SAJOHA.

Perlawanan berkesudahan dengan SAJOHA Vikings mengalahkan HSKOBA dengan pungutan mata 7- 0. Dengan kemenangan ini SAJOHA Vikings mendominasi kumpulan B dan akan berentap dengan johan A. Terima kasih diucapkan kepada pemain-pemain yang menunjukkan prestasi yang amat memberansangkan dan sangat memuaskan. Ucapan jutaan terima kasih penaja-penaja seperti Al-Jabbar yang menyediakan minuman berkhasiat untuk perlawanan ini dan menjadi pemangkin kepada kemenangan kali ini. Tidak lupa juga kepada orang perseorangan yang juga sudi menaja makan malam pada hari tersebut.

Senarai pemain : Tajol, Itik, Syawal, CheKam, PakWan, Yoi, Ajim, Belahak, Shidi, Akmal, Kitol,
Sepet, Hatta, Bujal, Sukun, Kude dan lain-lain (maaf, ada yang tak ingat nama)
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

No comments:

Post a Comment