Sunday, February 8, 2015

KRS Div1 (SAJOHA VS DOG)


         Kejohanan liga ragbi selangor divisyen 1 telah membuka tirainya pada 7 februari 2015 .Dengan perlawanan pertama berlangsung pada hari tersebut di padang ROYAL SELANGOR CLUB di MOUNT KIARA pada jam 5.00 petang . SAJOHA pada tahun ini telah menampilkan gandingan antara pemain senior dan junior bagi menghadapi kejohanan ini .

        Sepak mula pada jam 5.30 telah dimulakan dgn asakan yang berubi-tubi dari kedua pasukan .SAJOHA yang lebih menguasai bola pada babak pertama perlawanan telah berjaya mengutip 3 mata dari sepakan penalti yang telah disempurnakan oleh ucin.Pasukan RSC juga melakukan serangan balas tetapi SAJOHA berjaya menangkis serangan dengan pertahanan yang sukar ditembusi.Disiplin dalam pertahanan hanya membolehkan mereka mendapatkan satu sepakan penalti sahaja di dalam kawasan 22 SAJOHA. Kerakusan SAJOHA dalam serangan sekali lagi membuahkan hasil apabila ucin the kicker telah berjaya membuat drop goal yang menarik dan beliau juga telah menyempurnakan satu sepakan penalti untuk membolehkan SAJOHA dihadapan dengan 9-3 pada separuh masa pertama.

Wak on bersemangat!
      Pada babak kedua permainan, SAJOHA sekali lagi berjaya mendominasi perlawanan dengan berjaya menguasai bola dan melakukan serangan pantas dari back ine mahupun foward. Perlawanan nampak dikuasai tetapi kesilapan yang dilakukan oleh pemain hooker iaitu atok telah membuatkan megat (scrumhalf SAJOHA ) mengalami kecederaan apabila buku lali beliau patah dan terpaksa di bawa ke hospital.Namun SAJOHA terus menguasai permainan walaupun dalam keadaan player yang bermain dgn keadaan moral down dan serangan dan aturan yabg cantik dari bahagian back line telah berjaya menghasilkan try oleh shopek dan convert telah disempurnakan oleh pumba.
#Pray4Megat
#MegatBeStrong!

         Sedikit pergaduhan mulut telah berlaku didalam padang dimana pemain RSC telah pressure dan mereka tidak berjaya menembusi pertahanan yang mantap dari SAJOHA.Wisel penamat telah dibunyikan pada petang itu dengan SAJOHA memenangi perlawanan pertama liga dengan mata 19-3.
CONGRATEZ SAJOHA!

Sekian sahaja dari admin utk perlawanan ini .TERIMA KASIH kepada penyokong,family and senior yang datang untuk menyokong.TAKZIAH kpd megat dan sama sama kita berdoa agar beliau cepat sembuh dan sentiasa kuat untuk kembali bermain bersama SAJOHA.

Player; Adam ,Atok, Bikai , Wan J ,Abu ,Mat zam, Sawit ,Wak on ,Megat , Ucin , Katak , Bedan ,

Mol ,Zubir ,Shopek ,Pumba , Kam ,Pak Wan ,Yoi , Belahaq ,Taliban ,Acai ,Mat Lan kecik,(sorry if ad tp x mention)


PLAYER SAJOHA

TQ TOMPOK!

   

         
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

No comments:

Post a Comment