Tuesday, July 7, 2009

Liga Alumni & Perkembangan Lain


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut adalah beberapa ‘update’ tentang perkembangan pasukan ragbi SAJOHA Vikings.

1) Perlawanan liga ALUMNI antara SAJOHA Vikings menentang ASAS Rugby Club tidak dapat berlangsung seperti yang dijadualkan kerana factor-faktor yang tidak dapat diketahui dari pasukan lawan. Mereka dengan rela hati telah memberikan kemenangan percuma kepada Vikings. Ini bermakna kami telah diberikan mata 28 berbalas 0.

2) Ini bermakna Vikings hanya perlu menang perlawanan terakhir menentang High School Klang Old Boys yang dijadualkan berlangsung pada 18 Julai ini. Ini bagi memastikan Vikings berada di tangga teratas Liga Alumni bagi Divisyen 1A dan seterusnya berpeluang merebut piala Kejuaraan.

3) Pada 25 & 26 Julai pula, akan berlangsung Kejohanan Alumni 7s di Padang Utara yang akan disertai oleh SAJOHA Vikings.

4) Pihak SAJOHA Vikings dengan kerjasama Sekolah Menengah Sains Johor sedang dalam perancangan untuk mengadakan SAJOHA 10s bersempena dengan SMSJ 10s yang dijadualkan berlangsung pada penghujung bulan Oktober kelak. Ini masih lagi dalam peringkat awal dan kami sedang cuba mengenalpasti pihak-pihak korporat yang sudi untuk membantu kami dalam merealisasikan kejohanan sulung kami ini. Jika ada pihak yang berminat membantu kami, boleh hubungi Pengurus Pasukan (Herwan) atau Tuan Presiden SAJOHA sendiri.

Sekian, terima kasih.

Herwan
016-326 1124
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

No comments:

Post a Comment