Monday, November 18, 2013

QF Alumni Championship : SAJOHA Vikings vs HSKOBA Ostrich


Pada 17 November 2013, Ahad (semalam la tu) telah berlangsung perlawanan peringkat suku akhir bagi Kejuaraan Alumni yang telah menemukan 2 musuh tradisi iaitu SAJOHA Vikings dan High School Klang Old Boys Association (HSKOBA) Ostrich.

Perlawanan yang bermula tepat jam 530 petang itu telah dimulakan dengan asakan demi asakan dari barisan forward Ostrich dan permainan hanya berlangsung di bahagian padang Vikings, hinggalah akhirnya kesilapan Vikings memberikan penalti kepada Ostrich di garisan 22 di hadapan post. Kesempatan itu diambil oleh Ostrich untuk mengambil 3 mata pertama mereka.

Asakan yang bertalu-talu Ostrich telah membuatkan pemain Vikings seakan belum tersedar dari lamunan hinggalah kesilapan barisan backline Vikings membuat kesilapan demi kesilapan dan kesempatan itu diambil oleh Ostrich untuk mendapatkan try pertama mereka.

Kedudukan kekal 8 Ostrich dan 0 Vikings hinggalah wisel separuh masa pertama ditiup.

Separuh masa kedua bermula dengan pertukaran beberapa pemain Vikings dan selepas kata dua dari Itik di masa rehat, permainan Vikings di separuh masa kedua agak tersusun sehingga berjaya mendapatkan try pertama oleh Belahaq berhampiran post. Conversion disepak mudah oleh Sidal dan kedudukan sekarang Vikings 7 - 8  Ostrich.

Tidak mahu mengalah, Ostrich membuat serangan yang bertalu-talu dan mendapat try kedua mereka tetapi conversion tidak dapat disepak kemas oleh mereka membuatkan kedudukan Vikings 7 - 13 Ostrich. Semangat juang yang tinggi Vikings tidak mudah dilunturkan oleh pihak lawan dan hasilnya Vikings telah diberikan penalti dan sepakan penalti berjaya dihasilkan oleh Sidal.

Ketika kedudukan berada pada Vikings 10 - 13 Ostrich, hujan lebat turun membasahi bumi Bangi. Vikings terus mula mengasak untuk cuba mencari peluang. Kemasukan Enal @ Ramli MU mula menampakkan kerancakan permainan di bahagian backline dengan larian-larian yang berdaya saing dan akhirnya Ostrich terpaku dengan larian Enal, ketika permainan berbaki 2 minit, yang seterusnya menghasilkan try yang dicari-cari berhampiran goal post. Conversion kick dengan mudah disepak oleh Sidal.

Kedudukan sehingga tamat perlawanan, Vikings menang dengan skor 17 berbalas 13 dan seterusnya akan bertemu dengan OPA (Old Putra Assc - RMC Old Boys) pada peringkat separuh akhir yang dijadualkan pada 30 November ini.

Terima kasih kepada semua pemain, supporters dan penaja yang sudi turun memberikan sokongan dan jenaka tepi padang untuk hiburan hujung minggu.

Sekian laporan minggu ini.

*Pemain : Mat Lan Senior, Sam, Afif, Itik, Wak On, Belahaq, Wan Jay, Yoi, Megat Kecik, Nuek, Bakh, Member Sidal, Gopeng, Ucin, Medan, Shopek, Pumba, Ayie, Katak, Sidal, Rebok, Enal @ Ramli MU, Adam, 
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

3 comments: