Tuesday, November 3, 2009

PERLAWANAN PEMANAS BADAN (SAJOHA Vikings VS SDAR Lions)....


Salam perpaduan..salam 1Malaysia.

Pada 25hb Oktober yang lepas, SAJOHA Vikings yang sepatutnya bermain untuk separuh akhir Piala Temenggung Liga ANSARA telah mendapat kemenangan percuma 28-0 selepas pihak lawan, MCOBA tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Sehubungan itu, pihak pengurusan telah mengatur perlawanan persahabatan antara SAJOHA Vikings dan juga SDAR Lions di venue yang sama di Padang Subang Airbase. Perlawanan yang dianggap sebagai pemanas badan ini sebagai persediaan untuk perlawanan akhir dengan ExSas.

Sepak mula oleh Zamri (Daun) ke kawasan pihak lawan terus memberikan peluang kepada pemain-pemain SAJOHA Viking untuk terus mengasak melalui gerakan "ruck" dan "moul" yang bertali arus untuk mendapatkan mata.Nyata penguasaan yang baik walaupun bermain dengan hanya 13 orang memberikan "try" yang pertama apabila Asri (Kude) berjaya meloloskan diri untuk menghasilkan "try" ke garisan gol pihak lawan. Walaupun begitu, "fitness" yang kurang menyebabkn SDAR berjaya merapatkan jurang mata akibat kesilapan pemain SAJOHA "pass" bola yang dipintas oleh pihak lawan dan memberikan "try under post" percuma. Mungkin disebabkab terlalu lama berehat sempena Hari Raya yang menyebabkan "fitness" dan fokus hilang bersama-sama ketupat dan rendang.

Perlawanan memasuki babak kedua selepas separuh seri 7-7 pada separuh masa pertama. Perlawanan bertambah rancak dan garang apabila 15 pemain telah cukup serta beberapa perubahan posisi dilakukan. Daun yang bermain posisi "scrumhalf" berjaya menggunakan sepenuhnya kekuatan "forward" dan "backlines" secara berterusan serta mengkucar kacirkan barisan pertahanan SDAR. Menggunakan sepenuhnya kekuatan rempuhan keras oleh Kitol berjaya menghasilkan " try" untuk SAJOHA Vikings mendahului 14-7. Perlawanan bertambah menarik apabila gerakan satu dua Bujal dan Pumba (junior) berjaya menghasilkan "try" seterusnya. Tersentak dengan gerakan tersebut, "backlines" SDAR Lions mengatur gerakan cantik untuk menghasilkan "try" selepas mereka berjaya mencuri bola di garisan 22 SDAR Lions.

SAJOHA Vikings mengatur beberapa gerakan di kala perlawanan berbaki 5 minit. Rempuhan- rempuhan keras yang diketuai oleh Itik berjaya menembusi hingga garisan 22 SDAR Lions. Daun yang bertindak sebagai pengantara "forward" dan "backlines" telah menghantar bola terus ke Kitol untuk merempuh ke "backlines" SDAR Lions dan "pass" bola kepada Pakwan untuk memberikan "try" terakhir pada petang tersebut. Perlawanan berkesudahan SAJOHA Vikings menang 29-12 dan tamat pada jam 6.45 pm

Terima kasih kepada semua pemain yang memberikan komitmen yang baik dan persembahan yang bagus sepanjang perlawanan persahabatan. Terima kasih juga kepada pasukan SDAR Lions yang sudi menerima jemputan perlawanan persahabatan ini. Tidak dilupakan kepada individu-individu yang selama ini menaja pasukan SAJOHA Vikings samada sokongan moral ataupun material. TERIMA KASIH!!!

Senarai pemain yang hadir (maaf jika ada terlepas pandang):

Rebuk, Bikai, Itik, Pakwan, Sukun, Herwan, Belahak, Daun, Kitol, Kude, Che Nas, Pumba, Bujal, Rejab, Hatta, Akmal, Yoi,Mamut, CheKam (caretaker)
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

No comments:

Post a Comment