Monday, March 8, 2010

LIGA KRS : SAJOHA Vikings vs MAS Cougar


Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,


Pada Ahad yang lepas (7/3/2010) telah berlangsung perlawanan sulung SAJOHA Vikings dalam Kejohanan Liga Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) menentang pasukan Malaysian Airlines (MAS) Cougar yang membuatkan kami terpaksa bertandang ke gelanggang lawan di KLIA.


Perlawanan yang sepatutnya bermula jam 5 petang itu terpaksa dimulakan lewat 30 minit kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan (sesat). Sebaik sepak mula, SAJOHA Vikings telah mula mengasak kubu lawan yang rata-rata dibarisi oleh pemain-pemain utama mereka, namun kami masih gagal untuk mencari rentak permainan hinggalah ke minit 15 yang menyaksikan Kuda berjaya membuat try di bawah post. Conversion tidak menjadi masalah buat Kuda dan kami mendahului dengan 7 mata.


Gol pertama itu telah menjadikan rentak permainan kami lebih teratur di bawah kendalian Mat Bunga, dan seterusnya kami berjaya mendapatkan try yang kedua di bawah post hasil larian Sin Chan. Dengan gol yang kedua ini, semangat kami terus membara dan akhirnya try di bawah post dapat dihasilkan oleh Zainal.


Kedudukan kekal 21-0 hinggalah tamat separuh masa pertama.


Separuh masa kedua dimulakan dengan MAS Cougar melakukakn beberapa pertukaran terutama di barisan forward dan hasilnya mereka berjaya menembusi benteng kami. SAJOHA Vikings yang agak keletihan, tidak patah semangat juangnya dan kami terus bertahan walaupun diasak oleh barisan forward lawan yang besar, dan ini mengakibatkan beberapa pemain cedera.


Pertukaran pemain dilakukan oleh Pengurus Pasukan SAJOHA Vikings, dan hasilnya kami masih berupaya untuk merobek kubu pihak lawan dengan 3 lagi try di separuh masa kedua oleh Pumba dan Bujal. Keputusan akhir SAJOHA Vikings 42 – 14 MAS Cougar.


Perlawanan kali ini juga telah menyaksikan kemunculan semula lagenda SMSJ iaitu saudara Faisal (Tebu SPM94) yang bermain di posisi stand off.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang terus menyokong kami seperti Puan Shahidah Ridwan, Saudara Rosli Badron, saudara Mohd Zaini Harun dan lain-lain lagi. Maaf jika ada yang tertinggal. Terima kasih sekali lagi kepada semua.


Senarai pemain : Rebok, Wakhon, Bikai, Im, Pak Wan, Sinchan, Mat Yin, Belahak, Bunga, Kuda, Kitol, Pumba, Enal, Hatta, Bujal, Tompok, Mahmud, Rejab, Tebu, Pisang, Herwan.

SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

1 comment: