Monday, January 16, 2012

Selamat Tahun Baru!


As-salam semua,

Rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat tahun baru kepada semua.
Maaf dipinta kiranya sudah lama kami tidak mengemaskini blog ini. Masing-masing terlalu sibuk dengan kerja masing-masing.

Terus ke cerita pasukan ragbi ini.

Kejohanan Ragbi Alumni 10 bawah 19 (lepasan SPM 2010)

Tarikh : 14 & 15 Januari 2011
Tempat : Padang Utara, PJ

Kejohanan ini telah menyaksikan adik-adik kita yang masih menunggu keputusan SPM tahun 2010 beraksi. Pertemuan sulung mereka telah diundi untuk bertemu dengan pasukan SEMASHUR (Sains Hulu Selangor) yang menurunkan pemain import yg bukan dari kalangan bekas pelajar mereka. Rata-ratanya adalah pemain pasukan COBRA bawah 19 dan ini telah menyukarkan pemain kita. Tetapi akhirnya pasukan SEMASHUR telah dibatalkan penyertaan mereka kerana melanggar peraturan kejohanan (nak menang sangat? hamik kau)..

Pasukan ini hanya dapat bertahan hingga ke suku akhir kategori plate. Tahniah kepada para pemain muda dan pelapis pasukan. Moga akan terus kekal dan tunjukkan semangat jitu.

Sekian,
Pengurus pasukan.
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer