Monday, July 18, 2011

Sekitar ANSARA 7's lagi ...


::: Merupakan sambungan , sila baca post sebelum ini untuk maklumat lanjut . Terima kasih :) :::

.... sungguh mendebarkan buat kedua - dua pasukan kerana keputusan perlawanan ini akan menentukan sama ada meneruskan pertandingan dalam kategori cup ataupun plate . Walaupun nama ASJATI jarang , atau mungkin tidak pernah melalui gegendang telinga kami , namun ternyata bantuan pemain mereka yang handal telah membuat diri pemain Sajoha tersentak sama sekali . Gabungan larian daripada backline mereka dengan handoff daripada bahagian forward telah menundukkan Sajoha dengan 3 try berbalas 1 .

Kekalahan perlawanan menentang ASJATI mengheret Sajoha VIKINGS untuk bermain menentang OPA bagi meneruskan saingan dalam merebut tempat final plate . Bahasa mudah bagi kategori perlawanan ini ialah semi - final plate . OPA dengan mudah menumpaskan pasukan Sajoha VIKINGS , sekali gus menyingkirkan pasukan ini daripada meneruskan perjuangan . Hard luck setelah para pemain menunjukkan komitmen yang harus diberikan pujian ketika bermain perlawanan ini .

Keputusan penuh , VIKINGS tersingkir semi - plate .

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Ansara 7's bagi pasukan Vikings .

Sekian ,

- Bidan Terjun -
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Sekitar ANSARA 7's


Date : 16 & 17 July 2011
Venue : Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Shah Alam


Ansara 7's kembali dengan penyertaan daripada pasukan - pasukan ragbi alumni yang masing - masing mempertaruhkan nama sekolah tercinta untuk mendapat perhatian dalam arena ragbi 7 sebelah . HSKOBA , yang merupakan johan MAS 7's , merupakan pasukan yang kami jangkakan akan memonopoli pertandingan ini dengan rekod baik permainan mereka . Namun , ternyata pasukan lain memberi tentangan hebat sepanjang pertandingan ini . Berikut merupakan laporan pertandingan :

Pasukan Sajoha VIKINGS telah diundi bersama - sama pasukan SMS Tuanku Jaafar ( STJOB ) dan SMK Tinggi Setapak ( SHOBA ) dalam GROUP F .

Perlawanan pertama pasukan Sajoha Vikings pada jam 1300 , lawan kami ialah SHOBA . Merupakan satu perlawanan pemanas badan yang baik untuk pasukan Sajoha dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Sajoha . Seperti selalu , kehadiran para pemain ketika perlawanan pertama terus menjadi tanda tanya : Bilakah pemain akan datang awal seperti saudara Tajul Syafiq yang telah berada di kawasan padang 3 jam lebih awal dengan superbike beliau ? Semoga kita sama - sama mencuba untuk datang awal selepas ini . Aminn .

Jam 1520 , manyaksikan perlawanan akhir peringkat kumpulan F , pertemuan SAJOHA menentang STJOB . Sekali lagi Sajoha menunjukkan penguasaan kumpulan F dengan kemenangan bergaya . Perlawanan ini mengasyikkan para penonton dengan aksi lincah pemain veteran SAJOHA , @Asri Kuda , dengan side step ala Jonah Lomu dan knock on bergaya di hadapan line try sebelum tamat permainan . :)

Keesokan harinya , setelah menduduki ranking ke - 2 keseluruhan , Sajoha VIKINGS telah dijadualkan untuk bertemu dengan ASJATI Bangi . Perlawanan yang bermula pada jam 11 pagi itu ........


will be continue ...
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Tuesday, July 5, 2011

VIKINGS benam OPA


::: 3 Julai 2011 :::

Bertempat di Padang Perindu , UiTM Shah Alam , jadual perlawanan menemukan Sajoha Vikings dan OPA . Perlawanan dimulakan lewat kerana menunggu kehadiran para pemain . Selepas lebih 30 minit daripada waktu sepatutnya , pengadil meniup wisel untuk memulakan perlawanan . Seawal 5 minit pertama , Pisang telah dikeluarkan kerana pelanggaran yang berlaku dalam padang telah menyebabkan luka sepanjang 4 jahitan di mukanya . Mat Lan Jr . dimasukkan bagi mengganti tempat Pisang .

Asakan demi asakan dilakukan . Try pertama diperoleh hasil permainan cantik Sajoha Vikings . Conversion berjaya dilakukan oleh Kuda . Selepas beberapa ketika permainan , satu lagi peluang muncul untuk melakukan penambahan mata untuk pasukan Sajoha . Namun , gagal kerana kecuaian . Separuh masa pertama tamat dengan score 7 - 0 .

Separuh masa kedua bermula . Pasukan Sajoha Vikings melakukan beberapa pertukaran pemain , antaranya memasukkan Kitol sebagai prop , Taliban sebagai fullback dan Sidal sebagai fly half . Berlangsunglah separuh masa kedua antara Vikings dengan Opa . Sekali lagi kubu Opa diasak , namun , kesilapan yang dilakukan telah menyebabkan Sajoha dikenakan penalti lebih 10 kali sepanjang perlawanan . Banyak peluang menambah mata lebur begitu sahaja .

Satu demi satu percubaan Opa untuk mendapatkan try berjaya dihalang . Walau bagaimanapun Opa berjaya menembus kubu pertahanan Sajoha setelah dihadiahkan penalti 5 meter daripada garisan try Sajoha . Masih Sajoha mendahului kerana Opa tidak berjaya menambah 2 point menerusi conversion .

Vikings meneruskan asakan untuk menjadikan kedudukan mereka selesa . Usaha mereka membuahkan hasil apabila berjaya menambah 2 try lagi untuk pasukan Sajoha Vikings . Keputusan kekal hingga wisel penamat ditiup oleh pengadil . Keputusan akhir perlawanan : SAJOHA VIKINGS 17 - 5 OPA .

Yom yang telah ditackle oleh pemain OPA , menjadi pening lalat sehabis game ini .

" .....tk ingat apa jd masa ujung game.. bila naek keta smpai puchong bru 100%.. konpius urat kepala aku ni.. "

Begitulah ujar Yom ketika ditanya mengenai kepeningan itu .

Tahniah dan terima kasih atas kesudian para pemain dan semua yang memberikan komitmen anda kepada pasukan SAJOHA VIKINGS :)

Sekian daripada saya ,

- Bidan Terjun -
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Pertembungan Pahlawan Purba


::: 11 Jun 2011 :::

Perlawanan liga ragbi diteruskan dengan perlawanan warriors , SAJOHA VIKINGS VS KUSESS BARBARIAN .

Perlawanan pada hari Sabtu itu telah dimulakan lebih kurang pada pukul 4 petang . Perlawanan ini berlangsung seperti perlawanan biasa , saling menyerang dan diserang . Semuanya berjalan dengan lancar , namun , selepas beberapa pertukaran pemain dilakukan pada penghujung 2nd half , berlaku satu insiden yang boleh dianggap kelakar -,- . Semasa pengadil memanggil bahagian forward untuk perform scrump , didapati pemain Sajoha telah mempunyai spare part , di mana bahagian forward mempunyai 10 orang pemain ( sepatutnya 9 ketika scrump ) . Selepas Mat Lan Jr . memilih untuk keluar , barulah permainan diteruskan seperti sediakala .

Moral ? Tak tahu , decide sendirilahh :)

Perlawanan ini berakhir dengan kemenangan Sajoha Vikings . Keputusan perlawanan : SAJOHA VIKINGS 15 - 8 KUSESS BARBARIAN .

Ucapan terima kasih kepada semua pemain yang terlibat :) LONG LIVE VIKINGS !!!

Sekian , terima kasih .

Yang Melaporkan ,
- Bidan Terjun -
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Selatan VS Timur


Pada 5 Jun 2011 , bertempat di Padang Utara Petaling Jaya , pasukan daripada Johor telah bertemu dengan pasukan daripada Terengganu . Pasukan yang dimaksudkan adalah SAJOHA VIKINGS ( Johor ) dan SESMA ( Terengganu ) .

Perlawanan dimulakan pada pukul 4 . 30 petang . Cuaca yang agak panas menyebabkan pemain cuba mengawal corak permainan supaya tidak terlalu penat . Namun , bagi pengurus pasukan Sajoha , saudara Herwan , beliau telah 'sengaja' melembapkan jersi para pemain Sajoha supaya mereka tidak berkelakuan seperti cacing kepanasan tatkala permainan berlangsung di dalam padang . Terima kasih , Herwan :)

Dengan formula bernas ini , pemain - pemain Sajoha telah berjaya mengawal permainan dengan lebih cool , membuahkan hasil untuk mencapai kemenangan dengan markah akhir perlawanan , SAJOHA VIKINGS 24 - 12 SESMA .

Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan seperjuangan Vikings . TACKLE...PASS...RUN...RUN..........TRY!!!!

Sekian .

- Bidan Terjun -
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

SEMOGA CEPAT SIHAT YA !!


29 Mei 2011 ,

En . Samsul Norazudin a . k . a Bunga , yang merupakan SMSJ and Vikings Idol dan isteri beliau telah terlibat dalam kemalangan . Nahas jalan raya itu berlaku di Kluang . Sehubungan dengan itu , beliau telah dimasukkan ke dalam ICU Hospital Puteri Johor Bahru . Saya dan rakan Vikings mohon jasa baik para pembaca blog ini agar mendoakan beliau dan isteri cepat sembuh . Amin .


- Bidan Terjun -
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Mencuba Nasib Arena 7's




::: 29 Mei 2011 :::
::: MAS 7's :::


" to all players,i would like to invite SAJOHA to participate in MAS 7's closed invitation tournament 2011....got players,got money,got balls..lets play...!! " - Aizuddin Sulaiman

Begitulah petikan kata - kata Mr . Aizuddin Sulaiman dalam membantu perkembangan pasukan Sajoha Vikings dalam arena ragbi 7 sebelah . Untuk para pemain , sudah tentu ! Untuk meningkatkan experience kami dalam permainan ragbi 7's , kami menerima invitation itu dengan perasaan senang hati .

Walaupun melalui beberapa proses yang sukar semasa pendaftaran , namun kami berjaya untuk menyenaraikan diri dalam senarai peserta . Sajoha Vikings telah disatukan dengan pasukan - pasukan yang hebat , antaranya HSKOBA , yang merupakan pasukan pilihan .

Vikings telah bertemu Hskoba pada perlawanan pertama . Ternyata , Hskoba menunjukkan permainan sang juara dengan passing dan larian yang mengkagumkan . Hskoba telah menang dengan score 24 - 0 .

Bagi pasukan Vikings , perlawanan pertama itu sedikit pun tidak melunturkan semangat juang . Buktinya , Sajoha Vikings tiada masalah memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan dan separuh akhir kategori plate .

Final plate menemukan Sajoha Vikings dan Bangi Hunters , antara pasukan yang tidak kurang hebatnya . Dalam perlawanan itu , kedua - dua pasukan menunjukkan aksi yang hebat , saling membalas try dan melakukan tackle - tackle yang kemas . Namun , semangat ingin menang yang ditunjukkan pemain - pemain vikings nyata memberi impak kepada corak permainan mereka . Konklusinya , pasukan Sajoha Vikings telah berjaya membeliakkan mata sesetengah pihak dengan menjadi johan plate MAS 7's .

Sejuta + ribuan terima kasih dan tahniah atas kejayaan para pemain Vikings . Semoga terus menjadi tumpuan dalam pertandingan yang akan datang .

Berikut merupakan beberapa buah mata untuk tatapan pembaca :)










SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Perlawanan Penentuan -----


Kenapa perlu tajuk tu ?
Because , bagi Sajoha Vikings , perlawanan ini akan menentukan sama ada pasukan ini akan kekal di division ini atau turun ke division bawah . Sudah pastinya , para pemain inginkan yang terbaik buat pasukan Sajoha Vikings ni . Laporan di bawah disediakan oleh bidan terjun :)

::: 14 Mei 2011 :::

Di Padang Utara , Petaling Jaya , pasukan Sajoha Vikings telah dijadualkan bertemu dengan pasukan SDAR Lions . Perlawanan ini , sebagaimana yang dimaklumkan di atas , akan menentukan nasib pasukan Sajoha . Tanggungjawab diletakkan atas bahu para pejuang Vikings .

Dipendekkan cerita ( kerana pada waktu ini penaip ingin rehat sekejap :p ) , Sajoha Vikings telah berjaya memenangi perlawanan ini :) Well done VIKINGS !

Congratulations dan terima kasih tak terhingga diucapkan kepada para pemain Vikings , Pengurus Pasukan dan semuanya yang menyokong perkembangan pasukan ini . Long Live Vikings ! ^^,

Sekian , terima kasih . TACKLE...PASS...RUN...RUN..........TRY!!!!

- Bidan Terjun -
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Angels Tundukkan Vikings




::: 7 Mei 2011 :::

Bertempat di Padang Universiti Putra Malaysia , perlawanan liga ragbi diteruskan dengan pertemuan UPM Angels VS Sajoha Vikings . Pelbagai taktik permainan ditunjukkan oleh kedua - dua pasukan sebelum Angels membuka tirai jaringan hasil mistake pemain Vikings . Beberapa minit kemudian , pemain Vikings pula berjaya mendapatkan try melalui pemain forward . Perlawanan ini agak menarik dengan kedua - dua pasukan membalas - balas try . Bagi pasukan Vikings , kecuaian adalah punca utama kekalahan pada hari itu .

Ternyata , pasukan Sajoha Vikings perlu memperbaiki kelemahan daripada aspek mental . Kecuaian yang tidak sepatutnya berlaku sedikit sebanyak telah menjatuhkan morale para pemain . Keputusan akhir , Sajoha Vikings kalah kepada UPM Angels .

Terima kasih kepada para pemain yang terlibat :)

Sorotan gambar hari peristiwa :










Sekian , terima kasih .

- Bidan Terjun -
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

SMSS 10's ( part 2 )


Date : 30 April 2011 & 1 Mei 2011

SMSS 10's

Setelah melayakkan diri ke hari perlawanan , SAJOHA VIKINGS telah disatukan dengan pasukan KOBOYS , SMSS OB dan MUAR OB untuk meneruskan pertandingan SMSS 10's .

Selesai peringkat kumpulan , SAJOHA VIKINGS telah layak untuk ke final peringkat bowl , di mana diketemukan dengan pasukan SDAR . Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan SDAR dengan try yang diperolehi pada last minute . Hard luck kepada pasukan SAJOHA VIKINGS , juga kepada referee yang sehingga kini diingati kerana ke'bias'an beliau . Terima kasih , REF >:)

Pertandingan tersebut berakhir dengan pasukan Sajoha Vikings mendapat tempat ke - 2 peringkat bowl . Tahniah diucapkan , pertandingan ini sedikit sebanyak menaikkan nama SAJOHA VIKINGS dalam pertandingan berformat 10 sebelah :)

Sekalung penghargaan buat pemain yang tidak jemu - jemu mencurahkan bakti dalam mengharumkan nama SAJOHA VIKINGS dalam arena ragbi tanah air . Terima kasih , VIKINGS !


Sekian , TACKLE...PASS...RUN...RUN..........TRY!!!!

- Bidan Terjun -
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

SMSS 10's ( part 1 )





SMSS 10's ! Sebuah pertandingan yang mendapat perhatian para pemain ragbi , sama ada peringkat alumni , mahupun peringkat sekolah . Pertandingan yang berlangsung di Sekolah Menengah Sains Selangor ( SMSS ) ini melibatkan 3 kategori : U 15 , U 17 , dan Alumni Sekolah . Selain perlawanan yang berlangsung , para penonton boleh mendapatkan barangan Carisbrook di gerai yang disediakan , membeli barangan Power Bar , dan menikmati air milo free serta char kuetiau penang yang best :D ( lari tajuk ==') .

SMSS 10's

::: 17 April 2011 :::

Peringkat Qualifying Grouping (Group D ) :

ASAS
SAJOHA
MCOBA
KYSER

Keputusan :

SAJOHA 12 - 5 MCOBA
SAJOHA 14 - 7 KYSER
SAJOHA - ASAS ( walk over )


p/s : Pasukan SAJOHA VIKINGS telah berjaya melayakkan diri :) Namun , saudara Hafifi Misman ( SPM 05 ) telah mengalami kecederaan serius ( broken bone ) di bahagian kaki . Semoga cepat sembuh . Amin ....

--->> gambar - gambar hari perlawanan :



















SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

LION Membaham VIKINGS


LIGA KRS
  • 3 April 2011
  • Padang Perindu , UiTM Shah Alam
  • X - Lions VS Sajoha Vikings
Sebagaimana yang para pembaca tahu , X - Lions merupakan antara pasukan ragbi yang gah dalam arena sukan ragbi . Dipertemukan dengan mereka merupakan satu ujian yang hebat bagi Sajoha Vikings . Walaupun mendominasi kawalan bola lonjong , tetapi kesilapan - kesilapan seperti fumble dan knock - on telah menafikan try yang cuba dilakukan oleh pemain Vikings . Malah , kesilapan demi kesilapan yang berlaku telah membolehkan pasukan Lions menghukum Sajoha Vikings .

Hard luck kepada pemain Sajoha Vikings , perlawanan yang berakhir dengan kekalahan ini sedikit sebanyak menyedarkan para pemain Vikings untuk berusaha dengan lebih gigih bagi membaiki kesilapan dalam permainan .

Terima kasih diucapkan kepada para pemain Sajoha Vikings di atas komitmen yang telah diberikan :)

Sekian , terima kasih .

- Bidan Terjun -

SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

UKM 10's


Date : 26 Mac 2011 & 27 Mac 2011

Sebelum memulakan laporan tentang pertandingan UKM 10's ini , ingin dimaklumkan bahawa Sajoha Vikings telah memberikan kemenangan walk over kepada pasukan Rangers pada 19 Mac 2011 atas sebab - sebab yang tidak dapat dielakkan .

Berbalik kepada UKM 10's ,

Grouping Sajoha Vikings adalah seperti berikut :
SAJOHA VIKINGS
KPD TIGER
STAROBA
SBOBA


Perlawanan pertama Sajoha Vikings , Sajoha telah diketemukan dengan KPD Tiger . Perlawanan berakhir dengan Vikings kalah kepada KPD kerana kelewatan pemain .
Bagi perlawanan kedua , Vikings bertemu Staroba , menyaksikan perlawanan sengit yang berakhir dengan keputusan 7 - 0 , kemenangan berpihak kepada Sajoha Vikings . Mengakhiri peringkat kumpulan , Sajoha diketemukan pula dengan Sboba . Sajoha menang mudah dengan keputusan 24 - 0 .

Dengan keputusan ini , Sajoha Vikings bermain pada peringkat Bowl pada keesokan harinya . . . .

* some text missing *
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Pertempuran Pejuang


::: 13 Mac 2011 :::

Tarikh keramat yang menemukan pejuang tanah air : KPD Tiger , dengan pejuang sukan ragbi : Sajoha Vikings . Perlawanan ini telah berlangsung di Padang Kem Batu Kentomen , Jalan Ipoh . Pasukan Sajoha terpaksa mengharungi pertempuran ini dengan hanya 13 orang pemain sepanjang 80 minit perlawanan kerana ketandusan player .

Walau bagaimanapun , semangat Vikings terus menjulang tinggi walaupun keadaan padang yang licin akibat hujan . Buktinya ? 13 'askar' Vikings ini sedaya upaya bertempur dengan kekuatan fizikal 15 askar KPD , tanpa kenal erti TAKUT , GENTAR .

Hasilnya ? Keputusan akhir perlawanan , SAJOHA VIKINGS 23 - 18 KPD Tiger !

Satu keputusan di luar jangkaan bagi pemain Vikings yang terlibat . Satu tepukan gemuruh patut diberikan oleh para pembaca yang dihormati sekalian :D

Mewakilkan diri , saya ingin mengucapkan ribuan , jutaan terima kasih kepada para pemain yang telah menunjukkan kekentalan semangat Vikings . Well done ! :)

Sekian , terima kasih .

- Bidan Terjun -
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

SAJOHA VIKINGS dan Padang Uniten


Venue : Padang UNITEN
Opponent : UNITEN

Pada 27 Februari 2011 , pasukan Sajoha Vikings telah dijadualkan untuk bertemu dengan pasukan Uniten sebagai pasukan away . Bertempat di padang Universiti Tenaga Nasional , perlawanan telah dimulakan tepat jam 4.13 petang .

Sajoha Vikings yang hanya berbekalkan 15 orang pemain telah diasak bertalu - talu oleh pemain Uniten , yang rata - ratanya pemain yang handal dan mempunyai fitness level yang tinggi . Namun kekentalan para pemain Vikings yang menunjukkan kesungguhan yang mantap telah bertahan dengan melakukan tackle - tackle yang solid , lantas menafikan percubaan pemain -pemain Uniten untuk mendapatkan try .

Setelah 80 minit beraksi , para pemain Sajoha Vikings melonjak gembira setelah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di Padang Uniten , dengan keputusan akhir perlawanan , SAJOHA VIKINGS 10 - 5 UNITEN .

Jutaan terima kasih diucapkan kepada player - player Vikings yang terlibat dan memberikan komitmen yang tinggi kepada pasukan ini :)

Sekian , TERIMA KASIH ^^

- Bidan Terjun -


SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer