Thursday, March 25, 2010

SAJOHA Viking vs MOR


Venue : Padang Batu Kentomen
Sepak mula : 21.03.10 (5.00pm)

Vikings meneruskan rentak untuk perlawanan Liga KRS setelah dihentikan pada sebentar pada minggu sebelumnya untuk memberikan laluan kepada Kejohanan UKM 10s. Perlawanan kali merupakan pertemuan pertama Vikings dan MOR dan Vikings memang mengharapkan kemenangan bagi memudahkan laluan untuk menjuarai liga. Sebaik sepak mula dilakukan, Vikings terus mengasak ke kubu pertahanan lawan melalui hentaman keras yang diketuai oleh Mat Bunge yang bertindak selaku scrumhalf. Vikings tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan try apabila Bujal menghabiskan larian backline yang memberikan try pertama pada petang itu. Hujan lebat tidak menghalang kemaraan MOR untuk sama-sama memberikan tentangan sengit. Akibat kealpaan dibahagian forward dan juga ketiadaan beberapa pemain yang dianggap tonggak Vikings, memberikan peluang kepada MOR untuk melakukan try dan conversion masuk di atas palang gol.

Vikings mula tertekan dan menyusun semula gerakan serta kombinasi antara forward-backline. Forward mula bermain loose untuk memberikan ruang kepada backlines yang diketuai Akmal untuk melakukan larian dan rempuhan di bahagian tengah. Ini seterusnya mengkucar-kacirkan pertahanan MOR dan hasilnya try berjaya diperolehi selepas Rebuk selaku prop melakukan larian kencang terus ke penjuru padang. Ini merupakan pencapaian peribadi kedua terbaik Rebuk bagi kancah Liga KRS 2010 selepas melakukan kali pertama semasa di Kejohanan Segamat 10s. Conversion yang diambil tersasar mungkin disebabkan faktor tanah yang becak. MOR terus menggandakan asakan menyebabkan forward bekerja keras untuk menahan rempuhan dan larian-larian MOR. Kredit kepada Tompok, Belahak dan forward lain yang bekerja keras. Kesilapan yang dilakukan memberikan ruang penalti kepada MOR dan sepakan diambil masuk menjadikan mata 10-10 sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bertambah sengit. Larian oleh backline Vikings berjaya ditahan oleh backlines Vikings. Tanpa berputus asa, Pumba berjaya meloloskan diri dan menghantar bola kepada Bujal untuk melakukan try. Conversion masuk. MOR mula tertekan untuk mencari kemenangan pertama selepas 2 perlawanan sebelum ini tewas. MOR bertindak melakukan rucking dan moul yang tidak memberikan peluang kepada Viking untuk memegang bola. Hasilnya mereka memperolehi try selepas forward kelihatan lesu menahan asakan MOR. Ini secara tidak langsung menaikkan semangat MOR untuk mendapatkan try yang lain. Ketika perlawanan berbaki seminit, MOR sekali lagi memperolehi try akibat kealpaan dan faktor kecergasan pemain Vikings. Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada MOR dengan mata 20-17.

Terima kasih kepada pemain-pemain yang memberikan komitmen yang baik dan tidak berbelah bahagi sepanjang perlawanan ini. Mungkin bukan rezeki untuk Vikings menang kali ini. Terima kasih juga kepada individu-individu yang telah sudi menaja pakaian, makanan, minuman dan perubatan. Dengan sokongan anda Vikings dapat meneruskan legasi penguasaan sukan ragbi semenjak di SM Sains Johor. Ini juga dapat dijadikan platform untuk menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan menjadi warganegara yang berintegriti.

Senarai pemain:
Rebok, Bikai, Im, Tompok, Badin, Belahak, Aziz, Bunga, Akmal, Syuk, Pumba, Enal, Bujal, Hatta, Kuda, Azraf, Bidin, Abadi
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Monday, March 8, 2010

LIGA KRS : SAJOHA Vikings vs MAS Cougar


Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,


Pada Ahad yang lepas (7/3/2010) telah berlangsung perlawanan sulung SAJOHA Vikings dalam Kejohanan Liga Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) menentang pasukan Malaysian Airlines (MAS) Cougar yang membuatkan kami terpaksa bertandang ke gelanggang lawan di KLIA.


Perlawanan yang sepatutnya bermula jam 5 petang itu terpaksa dimulakan lewat 30 minit kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan (sesat). Sebaik sepak mula, SAJOHA Vikings telah mula mengasak kubu lawan yang rata-rata dibarisi oleh pemain-pemain utama mereka, namun kami masih gagal untuk mencari rentak permainan hinggalah ke minit 15 yang menyaksikan Kuda berjaya membuat try di bawah post. Conversion tidak menjadi masalah buat Kuda dan kami mendahului dengan 7 mata.


Gol pertama itu telah menjadikan rentak permainan kami lebih teratur di bawah kendalian Mat Bunga, dan seterusnya kami berjaya mendapatkan try yang kedua di bawah post hasil larian Sin Chan. Dengan gol yang kedua ini, semangat kami terus membara dan akhirnya try di bawah post dapat dihasilkan oleh Zainal.


Kedudukan kekal 21-0 hinggalah tamat separuh masa pertama.


Separuh masa kedua dimulakan dengan MAS Cougar melakukakn beberapa pertukaran terutama di barisan forward dan hasilnya mereka berjaya menembusi benteng kami. SAJOHA Vikings yang agak keletihan, tidak patah semangat juangnya dan kami terus bertahan walaupun diasak oleh barisan forward lawan yang besar, dan ini mengakibatkan beberapa pemain cedera.


Pertukaran pemain dilakukan oleh Pengurus Pasukan SAJOHA Vikings, dan hasilnya kami masih berupaya untuk merobek kubu pihak lawan dengan 3 lagi try di separuh masa kedua oleh Pumba dan Bujal. Keputusan akhir SAJOHA Vikings 42 – 14 MAS Cougar.


Perlawanan kali ini juga telah menyaksikan kemunculan semula lagenda SMSJ iaitu saudara Faisal (Tebu SPM94) yang bermain di posisi stand off.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang terus menyokong kami seperti Puan Shahidah Ridwan, Saudara Rosli Badron, saudara Mohd Zaini Harun dan lain-lain lagi. Maaf jika ada yang tertinggal. Terima kasih sekali lagi kepada semua.


Senarai pemain : Rebok, Wakhon, Bikai, Im, Pak Wan, Sinchan, Mat Yin, Belahak, Bunga, Kuda, Kitol, Pumba, Enal, Hatta, Bujal, Tompok, Mahmud, Rejab, Tebu, Pisang, Herwan.

SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer