Monday, December 14, 2009

SAJOHA Vikings DI PERLAWANAN AKHIR KEJUARAAN ALUMNI


SAJOHA Vikings KEMPUNAN MAHKOTA JUARA


Impian SAJOHA Vikings untuk menjadi Johan Kejuaraan Alumni 2009 hanya tinggal kenangan apabila tumpas kepada pasukan HSKOBA di perlawanan akhir. Bertempat di Padang Utara, PJ dan disaksikan ratusan penonton sukan ragbi tanah air, SAJOHA Vikings cuba mencari kemenangan kedua di peringkat alumni. Sepak mula oleh SAJOHA Vikings telah dimanfaatkan oleh HSKOBA untuk cuba merobek di bahagian 'forward' SAJOHA Vikings. Larian deras dan hentaman bertali arus oleh HSKOBA dinafikan melalui 'tackle' yang keras oleh pemain SAJOHA Vikings.Peluang datang apabila 'line-out' dan seterusnya 'mouling' lebih 10 meter oleh 'forward' SAJOHA Vikings memberikan ruang kepada Pumba untuk melakukan larian 'try' tapi berjaya dipatahkan oleh 'fullback' HSKOBA. Kombinasi Erwin dan Shidi selaku 'flanker' berjaya menebuk ruang dibahagian 'forward' HSKOBA tetapi dinafikan melalui skil 'tackle' yang kemas oleh pihak lawan.

Kesilapan pemain SAJOHA Vikings memberikan ruang yang banyak untuk pemain HSKOBA berlari mengundang padah apabila mereka berjaya masuk ke garisan-22 dan SAJOHA Vikings terpaksa bermain kondisi bertahan hampir 15 minit seterusnya memberikan 'try' pertama kepada HSKOBA untuk wisel tamat separuh masa pertama. Separuh masa kedua menyaksikan SAJOHA Vikings melakukan beberapa pertukaran dengan kemasukan Kuda dan Jin seterusnya menyusun semula gerakan kombinasi 'forward - backlines'. Kealpaan dan kesilapan kecil oleh SAJOHA Vikings ketika melakukan 'ruck' dihukum oleh HSKOBA apabila berjaya mencuri bola seterusnya melakukan 'try' di hujung padang. Pemain- pemain yang mula kecewa dengan kesilapan itu cuba bangkit untuk melakukan sesuatu melalui rempuhan keras oleh Kitol, Shidi dan 'forward' untuk memberikan ruang kepada Pumba untuk berlari hampir 30 meter tetapi 'forward pass' yang dilakukan menafikan peluang untuk 'try'.

Keazaman pemain HSKOBA untuk menang ternyata lebih tinggi apabila berjaya meminimumkan kesilapan sewaktu permainan. Hasilnya mereka berjaya mendapatkan 'try' terakhir dan memusnahkan impian SAJOHA Vikings untuk menjuarai Piala Kejohanan Alumni 2009. Perlawanan dimenangi oleh HSKOBA dengan skor tidak rasmi 22-0 (rujuk ligaalumni.com). Kejuaraan Alumni 2009 melabuhkan tirai pada petang itu dengan penyampaian hadiah dan pemain SAJOHA Vikings terpaksa berpuas hati menjadi naib johan.

'Hard luck' dan terima kasih kepada pengurusan dan pemain SAJOHA Vikings yang memberikan komitmen sepenuhnya terhadap perlawanan akhir. Mungkin bukan rezeki pada tahun ini dan kita akan berusaha lebih keras lagi pada edisi 2010. Jutaan terima kasih kepada YM Raja Idris yang merupakan pelopor sukan ragbi di SMSJ kerana sudi hadir menonton dan memberikan sokongan. Ribuan terima kasih juga kepada ahli SAJOHA yang hadir (seperti Tebu, Norsham, Jin, Kuyu dan mereka yang tidak dapat dinyatakan) kerana sudi hadir memberikan sokongan dan bermain di perlawanan akhir ini. Tidak dilupakan juga kepada penonton- penonton yang hadir dan individu-individu yang selama ini menaja peralatan, makanan dan jersi kepada SAJOHA Vikings. Jasamu dikenang. Semoga berjumpa di edisi 2010 dengan semangat lebih membara, permainan lebih menarik dan keseronokan yang tak terhingga.TERIMA KASIH!!!!!!!

Senarai pemain di perlawanan akhir (maaf jika terlepas pandang) :

Tajol, Syawal, Itik, Ayer, Pakwan, Erwin, Shidi, Belahak, Bunga, Kude, Jin, Gaban, CheMat
Syuk, Kitol, CheNas, Pumba, Enal, Khai, Hatta, Tompok, Rejab, Rebuk, Munek, Wakhon

TACKLE...PASS...RUN...RUN..........TRY!!!!
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Wednesday, December 9, 2009

PERLAWANAN AKHIR KEJUARAAN ALUMNI 2009


Final Alumni Championship 2009

SAJOHA Viking
vs
High Schoo
l Klang Old Boys Association (HSKOBA)


Venue : Padang Utara, Petaling Jaya
Time : 3.30pm
Date : 13 December 2009 / Ahad ni..



Dijemput semua hadir bagi memberikan sokongan kepada pasukan dan juga untuk menyanyikan lagu SMSJ ...beramai-ramai.











Majulah majulah

Sekolah yang tercinta

Biar indah megah dan masyhur

Berbakti untuk nusa dan bangsa

Di sepanjang masa

Kuserah jiwa dan ragaku

Untuk bimbingan dan didikan

Ku cari ilmu

Ku taburkan bakti

Selagi ada hayatku

Berjasalah berjasa

Sekolah yang tercinta

Sinar harapan putera dan puteri

Teguh berdiri sepanjang zaman

Membela ibu pertiwi


SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

SAJOHA Viking MELANGKAH KE PERLAWANAN AKHIR


SAJOHA Viking sekali lagi meneruskan rentak kecemerlangan apabila berjaya melangkah ke peringkat akhir dalam Kejuaraan Alumni 2009 setelah berjaya menewaskan KYSER ( alumni KYS) di peringkat separuh akhir pada 5 Disember yang lepas. Sebelum itu SAJOHA Viking telah menewaskan OPA (alumni MTD) di peringkat suku akhir.

Pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Padang Utara, PJ, barisan 'forward" yang diketuai oleh Samsul (Bunga) selaku scrumhalf berjaya mengkucar kacirkan pertahanan KYSER. Asakan oleh Itik, Tajol dan Nazri (Ayer) tidak mampu ditahan oleh KYSER yang dikemudi oleh Fahrin Ahmad (Sehati Berdansa) selaku No.8. Mata pertama SAJOHA Viking diperolehi melalui gerakan oleh Kitol yang memberikan laluan kepada Tajol untuk melakukan 'try' dibawah tiang gol lawan. KYSER memperolehi 3 mata percuma apabila sepakan penalti yang diambil masuk melepasi tiang gol SAJOHA.

Babak kedua bertambah rancak apabila beberapa pertukaran dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Sinchan yang bermain cemerlang sebagai 'flanker' terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan pergelangan kaki yang agak serius. Namun semangat pemain SAJOHA Vikings tidak luntur. 'Forward' SAJOHA Vikings bermain secara rapat dan banyak melakukan 'moul' yang mengkucar kacirkan 'forward' KYSER. Kombinasi antara 'forward' dan 'backlines' menyebabkan Punba dan Enal yang bertindak selaku 'winger' berjaya menghasilkan 2 'try' untuk menjauhkan lagi jarak dengan KYSER.Enal yang melakukan larian dari garisan 10 SAJOHA Vikings berjaya meloloskan diri utk 'try' diiringi aksi akrobatiknya. 'Try' terakhir pada petang itu diperolehi oleh KYSER setelah pemain SAJOHA Viking agak keletihan. Mata kekal 26 - 10 shingga wisel penamat ditiup.

Tahniah kepada kesemua pemain dan pengurusan SAJOHA Vikings kerana melangkah ke perlawanan akhir Kejuaraan Alumni 2009. Terima kasih atas komitmen yang diberikan sepanjang perlawanan ini. Ribuan terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi hadir dan seterusnya memberikan sokongan kepada SAJOHA Vikings. Ucapan terima kasih juga kepada saudara Ahmad Suhaimi (SPM 92), Faisal@ Tebu (SPM 94), Hafizan@ MatLan (SPM 96) dan Saldi Daud(SPM 01) yang datang dari P.Pinang Johor semata-mata untuk bermain bersama SAJOHA Vikings. Jutaan terima kasih kepada individu yang sudi menaja pasukan SAJOHA Vikings.

Senarai pemain(maaf jika terlepas pandang):

Ayer, Rebuk, Itik, Tajol, Pakwan, CheMat, Bunga, Kude, Sinchan, MatLan, Gaban, Sukun, Belahak, WakHon
Syuk, Kitol, Khai, Punba, Hatta, Enal, Ayom,Mail Tompok, Daud, Jack, Rejab, Bikai

TACKLE..PASS..RUN..RUN...........TRY.!!!
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer