Thursday, November 19, 2009

UPM 10s & QF Piala Alumni


Salam,

Berikut adalah kejohanan dan perlawanan yang akan berlangsung pada minggu ini.

UPM 10s

Tarikh : 21 & 22 Nov 2009 (Sabtu & Ahad)
Venue : Universiti Putra Malaysia
Masa : 8am


Piala Alumni 2009 - Quarter Final Cup

Tarikh : 21 Nov 2009 (Sabtu)
Venue : Padang Utara, Petaling Jaya
Masa : 3 pm
Lawan : Old Putra Association (OPA)


Training : Jumaat (esok) di Padang Utara jam 5.30pm

Harap semua dapat hadir bagi meramaikan lagi majlis.


Terima Kasih

-herwan-
016-326 1124
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Tuesday, November 10, 2009

Update Perlawanan Terkini


Assalamu'alaikum,

Berikut adalah update aktiviti perlawanan akan datang.

1) UPM 10's - 21 & 22 Nov 2009
Lokasi : Universiti Putra Malaysia, Serdang

2) Quarter Final Cup Kejuaraan Alumni - 21 Nov 2009
Lokasi : Akan diberitahu kelak
Lawan : Old Putra Association (OPA) - ex-student MTD.

Harap semua dapat turun ke padang bagi memeriahkan lagi majlis dan memberikan sokongan padu maut kepada pasukan kita.

p/s : kami akan hadir ke AGM dan InsyaAllah kami akan membuat jualan t-shirt kelab kepada mereka2 yang berminat (jika tidak ada sebarang masalah). Di samping itu juga, kami akan mengadakan tabung derma bagi mengisi tabung kelab ragbi ini..

Sekian, terima kasih.

-herwan-
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Wednesday, November 4, 2009

SAJOHA Vikings JOHAN TEMENGGUNG Liga Alumni Kebangsaan


Salam perpaduan...salam 1Malaysia...

Final Piala Temenggung (Kebangsaan)
venue: Padang Universiti Malaya (UM), PJ
tarikh : 31 Oktober 2009
JOHOR Sajoha vs PAHANG Exsas


SAJOHA Vikings meneruskan rentak kecemerlangan bagi 2009 apabila melangkah masuk ke final setelah menang percuma ke atas pasukan MCOBA di separuh akhir. Dengan ketiadaan beberapa pemain tonggak yang bermain untuk Piala Presiden, tidak mampu menghalang api kemaraan pemain SAJOHA Vikings untuk merebut Piala Temenggung.

Perlawanan bermula agak garang apabila sepak mula diambil oleh SAJOHA Vikings. Kesempatan diambil oleh pemain SAJOHA Vikings untuk merobek pertahanan Exsas yang bermain hanya 13 orang pada 15 minit pertama. Rempuhan keras oleh Itik yang disambung oleh Pakwan dan Belahak hampir memberikan mata awal kepada SAJOHA Vikings. Exsas yang banyak bertahan pada mulanya terus melancarkan serangan dengan sepakan ke arah belakang "backlines" SAJOHA yang hampir memecah kebuntuan.

Kesempatan untuk SAJOHA Vikings datang apabila Syafarid(Ayom) berjaya melakukan "punt" dan disambar semula seterusnya berjaya menghantar bola pada Bujal untuk "try" pertama SAJOHA. Rentak permainan bertambah garang dengan rempuhan keras oleh Kitol dan larian bertenaga Bujal dan Punba untk "try" kedua dan ketiga. Separuh masa tamat dengan 17-0 didominasi oleh SAJOHA Vikings.

Kemasukan Faiz Alias dalam pasukan Exsas merubah rentak permainan mereka. "Tactical" yang dikemudi oleh pemain Lions ini berjaya merapatkan jurang mata kepada 17-10 apabila "backlines" Exsas mendapat 2 "try" akibat kealpaan pertahanan SAJOHA Vikings. Kad kuning yang diberikan kepada Azari (Burn) menambah derita SAJOHA Vikings yang menggunakan segala kudrat yang ada untuk bertahan dan melakukan rempuhan keras oleh Itik dan Kitol untuk cuba merobek ke garisan 22 Exsas. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada SAJOHA Vikings dengan mata 17-10.

Terima kasih kepada semua pemain-pemain SAJOHA Vikings yang memberikan komitmen dan persembahan yang bertenaga sepanjang perlawanan. Juga diucapkan kepada Exsas yang memberikan tentangan sengit sepanjang perlawanan akhir ini. Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir memberikan sokongan seperti Akmal, Nazri(Ayer)dan peminat-peminat sukan ragbi tanahair. Penghargaan kepada individu-individu (SAJOHA) yang sudi menaja jersi, minuman dan peralatan sukan kepada SAJOHA Vikings seperti Kak Shahida, Syafarid dan mereka -mereka yang nama tidak mahu disebutkan. Semoga berjumpa di edisi Liga Alumni Kebangsaan 2010.TERIMA KASIH!!

Senarai pemain di perlawanan akhir (maaf jika terlepas pandang):

Rebuk, Itik, Anas, CheMat, Sukun, Pakwan, Sinchan, Ariq, Belahak, Burn, Ayom, Kude, Matyen, Kitol, Bujal, Usop, Punba, Wakhon, Rejab, Mamut, Yus, Bikai dll.


p/s : masih ada lagi kejohanan liga Alumni. Kejohanan di atas adalah bagi peringkat kebangsaan di mana SAJOHA Vikings adalah wakil bagi negeri Johor.

Perlawanan seterusnya adalah bagi merebut Piala Sukeri (macam Piala Malaysia la senang cakap). Ini terjadi selepas kejohanan Liga tamat pada sebelum puasa hari tu di mana SAJOHA Vikings telah memenangi Liga Alumni Div 1 Bhgn 1.

untuk keterangan lanjut, boleh layari website liga alumni di www.ligaalumni.com


SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Tuesday, November 3, 2009

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2009 - sehingga November


AKTIVITI :



• Menyertai Pertandingan Liga Ragbi anjuran Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) bagi musim 2009.
• Menyertai Pertandingan Liga Ragbi Alumni peringkat Negeri Selangor dan Kebangsaan anjuran Persatuan Bekas Pelajar MRSM (ANSARA) musim 2009.
• Menyertai Kejohanan Ragbi 7’s (Alumni 7’s) di Padang Utara, Petaling Jaya.
• Menyertai Kejohanan Ragbi Tertutup Negeri Johor (Johor 10’s) di Padang MBJB, Johor Bahru.
• Perlawanan persahabatan 10 sebelah dan 7 sebelah antara SAJOHA VIKING dan International Education Centre (INTEC) UiTM di Shah Alam.
• Perlawanan persahabatan 10 sebelah antara SAJOHA VIKING dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) di Subang.
• Perlawanan persahabatan 15 sebelah antara SAJOHA VIKING dan Universiti Malaya (UM).
• Perlawanan persahabatan 10 sebelah antara SAJOHA VIKING dan pasukan Sekolah Menengah Sains Johor di Padang SMSJ, Kluang.
• Perlawanan persahabatan 15 sebelah antara SAJOHA VIKING dan SDAR Lion di Padang TUDM Subang.
• Perlawanan persahabatan 10 sebelah antara SAJOHA VIKING dan Pegawai Pelatih Polis dan Polis Bukit Aman di PULAPOL.

Pemain yang bermain untuk kejohanan di luar.

ARFU Under 20 (Hong Kong) - Tajol
Piala Presiden (JOHOR Team) - Shide, Tajol, Syawal, Bonzer
Piala Presiden (PENANG Team) - MatLan SPM96

Kejohanan akan datang (makluman setakat ini):
UPM 10's Open ( 21- 22 November) di UPM Serdang
Semi Final Cup - Piala Alumni (21 Nov) - Lokasi akan diberitahu kelak.


Latihan seperti biasa di Padang Utara PJ pada hari Sabtu jam 5.00 petang atau hari Jumaat jika ada perlawanan pada hari Sabtu.

Sila berhubung terus dengan pengurus (Herwan) di no 016-326 1124 bagi sebarang makluman.

TACKLE, PASS, RUN, RUN.....TRY....!!
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

PERLAWANAN PEMANAS BADAN (SAJOHA Vikings VS SDAR Lions)....


Salam perpaduan..salam 1Malaysia.

Pada 25hb Oktober yang lepas, SAJOHA Vikings yang sepatutnya bermain untuk separuh akhir Piala Temenggung Liga ANSARA telah mendapat kemenangan percuma 28-0 selepas pihak lawan, MCOBA tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Sehubungan itu, pihak pengurusan telah mengatur perlawanan persahabatan antara SAJOHA Vikings dan juga SDAR Lions di venue yang sama di Padang Subang Airbase. Perlawanan yang dianggap sebagai pemanas badan ini sebagai persediaan untuk perlawanan akhir dengan ExSas.

Sepak mula oleh Zamri (Daun) ke kawasan pihak lawan terus memberikan peluang kepada pemain-pemain SAJOHA Viking untuk terus mengasak melalui gerakan "ruck" dan "moul" yang bertali arus untuk mendapatkan mata.Nyata penguasaan yang baik walaupun bermain dengan hanya 13 orang memberikan "try" yang pertama apabila Asri (Kude) berjaya meloloskan diri untuk menghasilkan "try" ke garisan gol pihak lawan. Walaupun begitu, "fitness" yang kurang menyebabkn SDAR berjaya merapatkan jurang mata akibat kesilapan pemain SAJOHA "pass" bola yang dipintas oleh pihak lawan dan memberikan "try under post" percuma. Mungkin disebabkab terlalu lama berehat sempena Hari Raya yang menyebabkan "fitness" dan fokus hilang bersama-sama ketupat dan rendang.

Perlawanan memasuki babak kedua selepas separuh seri 7-7 pada separuh masa pertama. Perlawanan bertambah rancak dan garang apabila 15 pemain telah cukup serta beberapa perubahan posisi dilakukan. Daun yang bermain posisi "scrumhalf" berjaya menggunakan sepenuhnya kekuatan "forward" dan "backlines" secara berterusan serta mengkucar kacirkan barisan pertahanan SDAR. Menggunakan sepenuhnya kekuatan rempuhan keras oleh Kitol berjaya menghasilkan " try" untuk SAJOHA Vikings mendahului 14-7. Perlawanan bertambah menarik apabila gerakan satu dua Bujal dan Pumba (junior) berjaya menghasilkan "try" seterusnya. Tersentak dengan gerakan tersebut, "backlines" SDAR Lions mengatur gerakan cantik untuk menghasilkan "try" selepas mereka berjaya mencuri bola di garisan 22 SDAR Lions.

SAJOHA Vikings mengatur beberapa gerakan di kala perlawanan berbaki 5 minit. Rempuhan- rempuhan keras yang diketuai oleh Itik berjaya menembusi hingga garisan 22 SDAR Lions. Daun yang bertindak sebagai pengantara "forward" dan "backlines" telah menghantar bola terus ke Kitol untuk merempuh ke "backlines" SDAR Lions dan "pass" bola kepada Pakwan untuk memberikan "try" terakhir pada petang tersebut. Perlawanan berkesudahan SAJOHA Vikings menang 29-12 dan tamat pada jam 6.45 pm

Terima kasih kepada semua pemain yang memberikan komitmen yang baik dan persembahan yang bagus sepanjang perlawanan persahabatan. Terima kasih juga kepada pasukan SDAR Lions yang sudi menerima jemputan perlawanan persahabatan ini. Tidak dilupakan kepada individu-individu yang selama ini menaja pasukan SAJOHA Vikings samada sokongan moral ataupun material. TERIMA KASIH!!!

Senarai pemain yang hadir (maaf jika ada terlepas pandang):

Rebuk, Bikai, Itik, Pakwan, Sukun, Herwan, Belahak, Daun, Kitol, Kude, Che Nas, Pumba, Bujal, Rejab, Hatta, Akmal, Yoi,Mamut, CheKam (caretaker)
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer