Monday, August 3, 2009

Terima Kasih Johor!


Salam kepada semua,

Alhamdulillah, buat pertama kalinya dan secara rasminya, kejohanan pertama SAJOHA Vikings di luar Lembah Kelang telah melabuhkan tirainya, dan secara keseluruhannya kami amat berpuas hati dengan "outing" kami pada kali ini.

Kami berangkat ke Johor Bahru pada hari Jumaat dengan konvoi 3 kenderaan dengan seramai 12 orang dari KL. Kami tiba di JB pada jam lebih kurang 12 tgh malam dan terus chk in di Hotel Grand Paragon yang amat indah dan penuh dengan keselesaan (terima kasih kepada Nani Ahmad yang telah mendapatkan rate gomen.. ).. walaupun keletihan, tapi perasaan untuk menikmati makanan Johor telah membuatkan kami untuk keluar mencari makanan (objektif utama tu)..

Sabtu - perlawanan peringkat kumpulan telah bermula seawal jam 10 pagi dan kami telah diletakkan bersama-sama dengan pasukan Segamat RFC dan juga Poly JB.. Alhamdulillah kami tidak menghadapi masalah pada peringkat kumpulan dan seterusnya muncul Johan kumpulan.

Ahad - pada peringkat kedua, kami telah diundi untuk bermain di dalam peringkat suku akhir cup/plate, dan lawan kami ialah pasukan Pasir Gudang Rhino. Perlawanan ini telah dimenangi dengan score 17-14. Dengan kemenangan itu, kami telah layak untuk bertanding di dalam kategori CUP dan bertemu dengan Ungku Hussin Old Boys dari Mersing. Perlawanan amat sengit dengan masing-masing cuba mengasak kubu lawan. Perlawanan ini amat menarik kerana menyaksikan larian-larian yang laju dari pasukan lawan dan kami membalas dengan "hentaman" barisan forward kami yang padu. Tetapi kami terpaksan akur dengan kepantasan pihak lawan walaupun try terakhir mereka berpunca dari kesilapan pengadil yang tidak nampak akan kesalahan pihak lawan yang berada dalam kedudukan "offside".

Dengan kekalahan itu, kami terpaksa beraksi untuk merebut kedudukan ke-3 dan ke-4 bertemu dengan pasukan Wildcats A dari Permas Jaya. Dan walaupun menerima asakan dan tumbukan yang padu dari pihak lawan, kami berjaya mencuri 10 mata hasil 2 try yang dilakukan.

Secara keseluruhannya, program ke Johor ini amat berjaya kerana beberapa sebab :

1) Berjaya merapatkan lagi hubungan sesama ahli pasukan.
2) Berjaya membuatkan semua ahli pasukan gembira bermain air di swimming pool hotel
3) Berjaya membuka mata pasukan lain di Johor bahawa terdapatnya pasukan bekas pelajar SMSJ
4) Berjaya menemui dan berhubung dengan bekas-bekas pemain ragbi SMSJ lain yang berada di sekitar Johor.
5) Berjaya mendapat tempat ke-3
6) Berjaya menghasilkan suatu suasana yang amat harmoni
7) Berjaya bertemu dengan Super Senior kita - Abg Said Ahmad dan isteri

Terima kasih yang amat sangat kami tujukan kepada En Said Ahmad dan isteri kerana sudi menaja makanan kami selepas habis kejohanan tersebut.

Terima kasih juga kepada Azhan Tumiran(SPM 96), Munek, Kayut, Mahudin (SPM 92) dan yang lain-lain kerana sudi turun ke padang untuk bermain sama dan juga memberikan sokongan kepada kami.

Terima kasih juga kepada anda yang mendoakan kesejahteraan kami sepanjang kami berada di JB.

Sekian, terima kasih.

-herwan-
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer