Tuesday, March 31, 2009

Liga KRS : Sajoha Vikings vs SOBRA - Menang Walk Over!


Salam,

Pada hari Sabtu yg lepas, sepatutnya berlangsung perlawanan membabitkan SAJOHA Vikings menentang pasukan Sepang Old Boys Rugby(SOBRA). Perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada jam 2.30 petang di Padang Utara itu tidak dapat diteruskan kerana pasukan SOBRA takut untuk turun padang dan ini memberikan kemenangan percuma kepada Vikings dengan skor 28-0 (kalau jadi game ni, bleh dapat lebih sebenarnya). Bagi pihak pasukan, saya ingin meminta maaf kepada mana-mana senior yang turun pada petang itu untuk memberikan sokongan kerana kejadian ini adalah di luar kawalan kami.

Atas rasa minat yang mendalam terhadap sukan ragbi, Vikings terus ke padang Sekolah Menengah Teknik Sepang di Putrajaya untuk membantu pasukan Racoon di dalam Liga Putrajaya. Mereka bertemu dengan pasukan Bangi Hunters dan perlawanan tersebut bermula jam 5.30 petang. Hampir ke semua pemain Vikings bermain untuk Racoon dan hasilnya telah memberikan Racoon kemenangan yang dicari-cari setelah tewas 2 perlawanan sebelumnya.

Perlawanan tempoh hari sepatutnya adalah perlawanan terakhir Vikings di peringkat kumpulan untuk Liga KRS ini. Kemenangan "Walk Over" ini telah mengesahkan SAJOHA Vikings sebagai JOHAN peringkat kumpulan. Perlawanan seterusnya ke peringkat Suku Akhir masih belum diketahui bila tarikhnya dan akan saya update seperti biasa.

Sekian, terima kasih.

"Blood, sweat & tears"

Regards,
herwan
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Tuesday, March 24, 2009

Liga KRS : SAJOHA vs SOBRA


Salam,

Details for next match as below.

Opponent : SOBRA (Sepang Old Boys Rugby Association)
Date : 28th March 2009
Day : SATURDAY
Time : 2 PM
Venue : Padang Utara @ ASTAKA, Petaling Jaya

Dijemput semua hadir sama ada untuk menyokong ataupun ingin bermain sekali.

regards,
herwan
016-326 1124
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Wednesday, March 11, 2009

8th March 2009 - LIGA KRS : SAJOHA Vikings vs ANSARA


Salam,

Pada hari Ahad yang lepas telah berlangsung perlawanan ketiga Liga KRS membabitkan pasukan SAJOHA Vikings di Padang Utara, PJ. Lawan kami pada kali ini ialah pasukan ANSARA (Alumni MRSM). Keadaan cuaca panas terik ketika itu kerana perlawanan yang berlangsung seawal jam 2.30 petang, tidak sedikit pun mengganggu konsentrasi Vikings.


Vikings yang bermula agak garang, terus-terusan mengasak kubu ANSARA sebaik saja wisel sepak mula ditiup. Pihak lawan bagaikan terpaku dan terkasima(pinjam bahasa ALAM jap) dengan cara permainan Vikings yang sejak dulu tidak dapat ditandingi oleh mereka. Vikings terus mengasak dari perlbagai arah, sama ada melalui forward mahupun backline. En Nazri Safar (Presiden SAJOHA) juga tidak ketinggalan untuk memberikan mata yang menjarakkan lagi jurang mata. Vikings terus mendahului hingga tamat masa pertama.


Seperti biasa, perlawanan masa kedua dimulakan dengan beberapa pertukaran pemain hingga semua pemain simpanan diturunkan termasuk la saya sendiri (gian wooo nak main). :)


Akhirnya, wisel penamat dibunyikan dan keputusan muktamad ialah SAJOHA Vikings 58 – 0 ANSARA.

Ini adalah kemenangan terbesar kami setakat ini dan diharap pada perlawanan akan datang kami akan cuba mendapatkan mata kemenangan yang lagi besar!


Perlawanan seterusnya ialah pada hari SABTU, 14 MAC jam 5.30 petang di Padang Utara, PJ yang akan menyaksikan SAJOHA Vikings bertemu pasukan TEORA. Dijemput semua hadir untuk memeriahkan dan memberikan sokongan moral kepada kami, mahupun sokongan berupa sumbangan ikhlas. :D


Sekian, terima kasih.

Herwan

SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Wednesday, March 4, 2009

Liga KRS - Sajoha Vikings vs ANSARA


Salam semua,

Details for next match as below

Venue : Padang Utara (Padang Astaka), Petaling Jaya
Time : 2.30pm
Date : 8th March 2009 (Sunday)

Diharap semua dapat hadir untuk bermain atau memberi sokongan.

regards,
-herwan-
016-326 1124
SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Tuesday, March 3, 2009

scrum



scrum, originally uploaded by SAJOHA Vikings Rugby.

SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Monday, March 2, 2009

SAJOHA vs OPA - 1 March 2009


Ahad

1 Mac 2009

Padang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Sg Besi


Perlawanan kedua SAJOHA Vikings kali ini telah menemukan SAJOHA Vikings dengan OPA (Old Putra Association ). Bagi yang kurang mengenali, OPA ini adalah bekas pelajar Maktab Tentera Diraja. Perlawanan di tempat lawan kali ini telah menyaksikan kehadiran pemain Vikings yang amat memberangsangkan dengan kehadiran beberapa pemain senior.


Kick off dimulakan oleh OPA dan dalam masa 5 minit pertama, mereka telah berjaya membolosi benteng pertahanan Vikings. Pemain Vikings mula tersedar dari lamunan terhenti mereka, mungkin kerana cuaca panas terik dan mula mengasak kubu lawan dan berjaya menyamakan kedudukan. Tanpa rasa belas kasihan, Vikings terus mengasak dan mengasak dan berjaya menghasilkan beberapa try hingga tamat separuh masa pertama.


Separuh masa kedua dimulakan dengan beberapa pertukaran pemain yang telah tidak sabar untuk bermain di tepi padang, dan hasilnya pasukan lawan tidak berdaya untuk mengasak apabila hanya mendapat satu saja try pada masa kedua berbanding Vikings yang mendapat 3 try di masa kedua.


Kemasukan Presiden SAJOHA sendiri telah berjaya menghasilkan beberapa gerakan yang cantik dan seterusnya beroleh try. Keputusan penuh perlawanan ialah SAJOHA Vikings 44 dan OPA 14.


Alhamdulillah, perlawanan kali ini telah menyaksikan kehadiran yang paling tinggi setakat ini dan diharap agar keadaan sebegini terus kekal hingga bila-bila. Kehadiran bekas pemain SUKOM98 (Shidi – SPM92) juga sedikit sebanyak turut membantu dalam kemenangan kali ini.


Perlawanan seterusnya akan menyaksikan Vikings bertemu ANSARA di Padang Utara, PJ pada 8hb Mac depan jam 2.30pm. Diharap agar ahli-ahli SAJOHA yang lain dapat menghadirkan diri untuk memeriahkan dan member sokongan kepada para pemain.


Di kesempatan ini juga, dengan rasa rendah diri saya mengharapkan sumbangan ikhlas dari ahli-ahli SAJOHA agar kami dapat terus memperjuangkan nama SAJOHA kerana saya percaya kami adalah satu-satunya ahli SAJOHA yang bergerak aktif di bawah nama SAJOHA.


Sekian, terima kasih.


Herwan

016-326 1124


SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer

Sunday, March 1, 2009

SAJOHA vs COBRA Jr.


Pada hari Ahad(22/02) yang lepas, bertempat di Padang Utara, PJ telah berlangsung perlawanan sulung membabitkan SAJOHA Vikings di dalam Liga Selangor. Vikings telah bertemu dengan pasukan COBRA Jr untuk perlawanan sulung tersebut. Di dalam keadaan cuaca hujan yang kadang kala renyai, tapi tak terlalu lebat, perlawanan dimulakan dengan sepakan mula oleh pasukan COBRA. Pasukan COBRA telah mendapat mata pertama melalui sepakan penalti hasil conversion mereka.

3 mata pertama tersebut tidak mematahkan semangat juang kami dan ini terbukti apabila Akmal (SPM 94) berjaya merapatkan kedudukan dengan sepakan conversion yang cantik melalui sepakan penalty juga. Perlawanan bertambah sengit apabila Vikings berjaya melakukan try pertama dan sepakan conversion berjaya disempurnakan oleh Akmal dan dengan ini telah menjarakkan kedudukan Vikings dengan score 10-3.. COBRA juga telah mengasak kembali kubu Vikings yang dengan 1 try tetapi tidak berjaya untuk conversion. Vikings masih lagi mendahului dengan 10-8 hingga COBRA meloloskan diri untuk try kedua mereka di bawah post dan conversion mudah dilakukan dan ini telah meletakkan mereka dihadapan dengan mata 10-15 hingga tamat separuh masa pertama.

Beberapa perubahan pemain dilakukan untuk separuh masa kedua dan pemain bermain dengan semangat juang yang tinggi untuk memperolehi try yang cantik oleh Burn(SPM98) dan dengan mudah Akmal melakukan conversion yang memang superb macam Jimmy Wilkinson (player England tu masa diorg menang world cup dulu). Hasilnya, Vikings kembali mendahului dengan 17-15 tetapi kami masih lagi tidak berpuas hati dengan score ini dan terus-terusan menyerang kubu lawan dan hasilnya try ketiga berjaya diperolehi dan seperti biasa, Akmal berjaya melakukan sepakan conversion dengan jayanya.

Score ini tidak berubah hinggalah tamat masa permainan dengan keputusan muktamad 24-15 dan kemenangan ke atas COBRA ini secara tidak langsung telah memberikan kesan psikologi kepada pasukan lain yang akan menentang kami kelak.

Terima kasih diucapkan kepada para pemain dan penyokong yang hadir walaupun dalam keadaan hujan. Terima kasih juga kepada ahli-ahli SAJOHA yang telah memberikan sumbangan dan derma ikhlas (Pn Shahidah & rakan, Pn Hawa, SPM 98,Zulhairi Ibrahim, Norsham SPM 94, Ayom SPM 94, Akmal SPM 94, Rosli SPM94, Adib SPM94, Dr Rosli, dan juga Tuan Pengerusi SAJOHA sendiri) kerana dengan sumbangan tersebut, kami telah berjaya mendapatkan satu set jersi yang cantik untuk perlawanan sulung ini. Terima kasih juga kepada ahli-ahli SAJOHA yang lain yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk kami.

Terima kasih semua.

p/s: perlawanan seterusnya pada 1 March ini di Padang Kem Sg Besi bertemu OPA (RMC Old Boys) jam 3pm. Dijemput semua hadir bagi memeriahkan lagi acara tersebut dan memberikan sokongan.

Regards,

Herwan

SAJOHA Vikings Rugby Club Web Developer